Monday, December 28, 2009

Mak Esah oh Mak Esah!!!

Salam,

Posting aku kali ni aku nak bercerita tentang ‘Mak Esah’ dan ‘Tok Moh’. Mak Esah dan Tok Moh yang aku maksudkan bukanlah nama sebenar. Sekadar simbolik kepada orang-orang yang bergelar bomoh dan mereka-mereka yang mengamalkan ilmu hitam.

Inilah Mak Esah yang aku maksudkan...(sekadar gambar hiasan)


Pagi semalam, masa aku tengah lepak dalam kereta sambil menunggu pukul 8 sebelum masuk ke ofis, aku dengarla siran radio HotFM. Then adelah sedutan panggilan Hot Jam. Topiknya adalah mengenai ‘Petua’. Caller tu cakap, dia nak bagi petua mudah bersalin. Nak tau apa dia cakap? “Ni petua ‘mak esah ni’. Kalau nak mudah bersalin, bangun pagi merangkak 3 kali, lepas tu kalau banyak dosa dengan suami, pagi pagi bangun hisap ibu jari kaki suami. Mak saya amalkan ni, dan mudah dia bersalin bila dia lahirkan keempat-empat anak dia’.



'Isap ibu jari kaki? Macam ni ke?'



Astaghfirullah! Aku beristighfar panjang……

Ade beberapa isu yang aku nak kupas disini.

Pertamanya, petua tu sendiri nampak macam pelik dan menakutkan. Hisap ibu jari kaki suami? Isk isk isk. Yang aku pernah dengar, kalau nak mudah bersalin, kene mintak maaf banyak banyak kat suami. Mintak dia maafkan segala dosa. Dan juga mintak maaf kat orang-orang lain macam family dan kawan-kawan. Ni kenapa nak mengamalkan petua mak esah yang mengarut tu? Petua tu takkan beri apa apa manfaat atau mudarat. Hanya setan yang akan tergelak besar melihat anak adam itu mengikut petua mak esah tu.



"Kah Kah Kah! Bodohnya manusia ini ikut saje apa yang aku cakap. Padahal aku tipu dia je!". Puas hati setan-setan tu!!


Keduanya, nampak tak petua tu akan menjauhkan diri manusia daripada menjadi baik? Sebab kalau dah banyak dosa dengan suami tu, caranya mintak maaf je. Ni ape ke jadah pi hisap ibu jari kaki dia? Petua tu akan menyebabkan para isteri itu tak perlu mintak maaf pada suami. Sebab bagi mereka, ‘Apa susah? Kalau aku buat salah pon nanti aku isap la ibu jari kaki dia!’

Ketiganya, bila dia mengatakan dengan sebab petua tu mak dia mudah bersalin, bagi aku itu dah lari akidah dah. Petua (yang baik) hanyalah sekadar usaha, selebihnya ketentuan Tuhan. Hakikatnya, bukan petua tu yang menyebabkan mak dia mudah bersalin.

Mengamalkan petua-petua sebenarnya tidak salah, asalkan bukan yang sampai memesongkan akidah. Ada pendengar lain bagi petua kalau sakit tengkuk bangun tidur, jemur bantal yang digunakan masa tidur tadi tengah panas. Bagi aku petua macam tu takde masalah untuk diamalkan. Walaupun aku rasa sebenarnya semuanya adalah berkaitan dengan psikologi semata-mata. Bila kita jemur bantal tu tengah panas, minda kita akan berkata yang kita nak tengkuk kita baik, dan sedang berusaha ke arah itu. Sistem imuniti akan bertindak dengan membantu menyembuhkan sakit tengkuk tadi. Bukanla pasal bantal tu. Aku rasa la. Sebab apala kaitan bantal tu lagi dengan tengkuk kita bila kita dah tak tidur atasnya?




Mungkinkah salah seorang penghuni rumah ni sedang mengalami kesakitan tengkuk?



Lagi satu, contohnya dalam kepercayaan terhadap suatu perkara akan mengakibatkan satu perkara. Contohnya waktu aku skolah rendah dulu, aku slalu dengar, tak boleh amik gambar 3 orang sekali. Kalau amik gambar 3 orang skali nanti salah seorang daripada yang dalam gambar tu akan mati. Aku yang waktu tu belom pon mencapai tahap cukup umur, percaya la cakap kawan-kawan tu. Dan semakin hari bila difikirkan barulah nampak yang bende ni semua tak logik. Tak logik tu takpe, tapi kepercayaan ni pon melibatkan akidah. Sebab ajal maut ditangan tuhan, bukan bergantung pada gambar yang diambil. Ade lagi ke orang percaya dengan bende camni? Harap-harap taklah….


Alhamdulillah, setakat ni aku, Lini, dan Wennie masih lagi bernyawa...jadi tak betolla amik gambo 3 orang tu, sorang akan mati kan?

So the moral of the story is, dalam setiap kepercayaan dan petua yang kita amalkan, cuba renung-renung balik samaada ianya bercanggah dengan syara’. Jangan sampai kita tergolong dalam orang yang syirik. Na’uzubillah… jangan sampai kita meminta tolong dengan Mak Esah dan Tok Moh …Kalaulah ada antara korang yang ‘ter’kawan dengan Mak esah atau Tok Moh ni, masih belum terlambat untuk pulang ke pangkal jalan. Dan bagi yang tak pernah ‘kawan’ dengan mereka, tak payahlah nak cuba cuba kawan…takut nanti sampai mati hidup tak tenang...

Thursday, December 24, 2009

Aku Dan Blogku

Salam...


Dalam zaman serba moden nih, boleh dikatakan semua orang ade blog. Dari budak sekolah hinggalah menteri, masing-masing mempunyai blog. Ada yang berkisar tentang kisah keluarga, politik, menceritakan tentang hobi, dan tak kurang juga dengan blog copycat dimana blogger nyer hanya copy and paste bende yang menarik yang dia dapat dari email atau blog orang lain ke dalam blognyer. As for me, aku menulis blog untuk kepuasan diri aku sendiri. Biasanya dalam blog aku, aku bercerita tentang perkara yang berlaku pada diri aku, luahan perasaan aku, samaada gembira, sedih, marah, dan macam macam lagi. Dan kadangkala ada juga teguran yang aku sampaikan melalui blog aku. Bagi aku, blog aku adalah medium perhubungan aku dengan mereka yang mengambil berat tentang aku.

Diam tak diam, nampaknya dah 4 tahun aku menceburkan diri dalam dunia penulisan blog ni. Bermula dengan blog friendster yang aku namakan 'Small And Mighty Blog' sehinggalah blog aku yang sekarang ni, 'Dari Keyboard Wani'.

Aku bermula dengan blog Friendster sebab dulu aku ramai member kat Friendster, dan Friendster akan hantar update kat friend list aku bile aku update blog. Tu yang menarik dan sebab tu aku pilih blog friendster dulu. Tapi skarang aku dah berubah hala ke blogspot, sebab utamanya, office aku tak boleh access friendster, dan friendster pon dah kurang glamer dengan kemunculan pesaingnya Facebook. Aku pon dah lama tak login ke friendster account aku. Kenapa ye Facebook tak sediakan ruang blog untuk penggunanya? Bile update blog je, terus kluar dalam News Feed. Kalau ade blog Facebook, mesti makin ramai menulis blog kan?

Walaupun tak ramai pon yang mengikuti blog aku, aku dapat kepuasan bila menulis. Macam yang aku cakap, aku menulis untuk kepuasan diri. And I dont bother to promote it for the time being. Biarlah pemantau pemantau setia blog aku saje yang terus baca blog aku.

Tapi yang menariknya, blog aku ni bagi aku macam ada magik. Kenapa? Sebab walaupun tak ramai yang ikut, tapi kalau aku niatkan dalam hati supaya seseorang tu baca blog aku, dia akan sampai jugak ke blog aku. Mungkin korang juga sampai ke sini sebab korang adalah antara orang yang aku niatkan untuk baca blog aku? Siapa tahu? Macam yang pernah berlaku waktu aku kat UIA dulu. Aku ade tulis pasal seseorang, tanpa mendedahkan identitinya, dan aku niatkan semoga dia akan sampai ke blog aku. Dan dengan kuasa Tuhan, lebih kurang seminggu lepas tu, memang dia baca blog aku dan dia tahu orang yang aku maksudkan dalam tulisan aku tu adalah dia sendiri. Aku tahu dia baca blog aku pon daripada kawan dia, sebab kawan dia ada bagitau aku, 'Dia dah jumpa sendiri dan baca blog ko!'. Bagi aku itu memang satu perkara yang ajaib sebab aku tak pernah deal dengan dia except for formal thing, itupon cakap dalam beberapa ayat je. Aku sendiri tak tahu yang dia kenal nama aku. Dan dia boleh sampai ke blog aku sendiri, tanpa diberitahu oleh sesiapa, seminggu lepas aku tulis pasal dia. Ajaib kan? Tak payahlah aku ceritakan macam mana dia boleh jumpa sendiri blog aku tu, sebab panjang pulak tulisan ni nanti...

Salah satu sikap yang perlu ada pada penulis blog adalah ketahanan mental. Sebab kadang kadang ade orang yang 'psycho' dan busuk hati akan bagi komen yang bukan bukan dalam blog anda. Aku pernah kene situasi ni. Tapi silap besarla. Komen pertama dia tulis dengan nama sebenar, so aku tahu komen-komen seterusnya datang dari dia. I dont care. I know that minah also memang skru dia longgar skit (sorry to say this). Tapi memaki hamun orang dalam blog sebenarnya hanya akan dilakukan oleh orang yang tak bijak. Sebab tu bila kawan-kawan aku kata, "Wani, kenapa tak delete je komen macam tu?". Aku akan jawab balik, "Biarlah, biarkan komen tu kat situ supaya orang nampak attitude dia yang suka maki hamun orang dan pikirannya yang tak bijak". Dan satu yang blogger kene ingat, kalau tak berani terima kutukan dan kritikan, tak payahlah menulis blog. Ambil kritikan yang membina dan abaikan kutukan yang membunuh.

Setiap orang ade cara tersendiri menulis blog. Blog tidak semestinya panjang (walaupon ramai yang kata blog aku ni tulis panjang2, huhuhu), tapi harus padat dengan isi-isi yang menghiburkan. Umpama cerita Kuch Kuch Hota Hai, walaupun lama, orang boleh tengok berjam-jam sampai habis sebab banyak adegan yang menyentuh hati, bukan macam cerita yang membosankan yang tak sampai 15 minit pon orang dah mengantuk. Macam tu jugalah dengan blog, ia harus padat dengan 'ayat ayat power' dan menyentuh hati supaya pembaca akan baca cerita dalam blog tu sampai habis. Blogger harus pandai menyampaikan situasi yang berlaku dengan menarik dalam tulisan mereka supaya pembaca bukan sekadar membaca, tapi seolah olah berada dalam situasi yang sedang diceritakan. Muatkan blog dengan gambar gambar yang sesuai. Ni aku sendiri jarang praktik sebab takde mase nak cari gambo yang comel comel untuk diletak dalam blog. Tapi bab ni adik aku terer. Blog dia dimuatkan dengan banyak gambar-gambar menarik. It takes your effort to produce good blog posting. Guna kreativiti sendiri untuk mempersembahkan blog anda. Macam penyanyila, kene ada identiti sendiri. Disitulah anda akan dapat banyak stalker.

Dan kepada mereka yang rajin pantau blog aku, terima kasih banyak banyak. Apalah makna blog aku ni tanpa pembacanyer (ewahhh..). Dan terima kasih sebab bagi semangat untuk aku terus update blog aku walaupon sekarang aku semakin ketandusan idea...tu yang tulis topik nih...huhuhuhu....Till then, Wassalam...

Tuesday, December 15, 2009

Cinta Dalam Muamalat

Betul ke cinta itu buta? Mmm...susah nak jawab. Tapi pada pendapat aku, cinta itu memang buta, cuma jangan biarkan ia membutakan mata hati kita. (Aiii...apa mimpi la pulak si wani ni? Aku pon tatau, sejak akhir2 ni asyik tulis topik hati dan perasaan je...)

Aku pernah dengar satu pepatah, begini bunyinya...jika anda memancing ikan dan anda telah dapat ikan itu, jangan dilepaskan kembali ikan itu ke dalam air. Kerana ikan tadi akan menanggung kesakitan akibat kesan terkena mata kail tadi. Begitulah diumpamakan cinta. Jika anda telah memberi harapan kepada seseorang, janganlah kemudian anda meninggalkannya, kerana dia akan menanggung kesakitan dari harapan kosong yang anda berikan... Mula-mula pancing, lepas tu dilepaskan...mula-mula suka, lepas tu dibuang...

Dan aku pernah dengar satu statement dari seorang lelaki, katanya...lelaki akan cuba sedaya upaya untuk attract ramai gadis, dan dia akan pilih yang terbaik. Tapi malangnya dalam usaha lelaki itu untuk attract gadis, ramai pulak antara gadis tu yang 'perasan' lelaki itu suka kat dia. Teringat pulak aku pada lirik lagu Hey Ladies nyanyian Rossa. Sudah ku bilang jangan terlalu yakin, Mulut lelaki banyak juga tak jujur... Memang benar situasi tu. Dan tipulah aku kalau aku kata aku tak pernah terperangkap dalam situasi macam tu. Ada orang baik ngan aku, aku ingat dia suka kat aku, but suddenly....aku jatuh tersungkur....dan luka aku terjatuh itu sebenarnya belum 100% pulih sampai sekarang walaupun bende tu dah lama jadi...dan bagi aku, luka aku hanya akan pulih bila aku kawin...sebab tu aku harap cepatla aku kawin, selain nak sempurnakan agama aku, itu je cara untuk aku ubat hati aku.

Bukanlah aku bermaksud menyalahkan sesiapa, sebab aku tahu aku pon silap jugak sebab sape suruh cepat sangat perasan?. Cuma bagi aku, lepas ni aku akan lebih berhati hati. Dan aku takkan anggap orang yang aku suka pun suka kat aku jugak sampai dia bagitau aku sendiri secara direct yang dia suka kat aku. Itulah pengajaran yang aku dapat. Biarlah... biarkan semuanya berlalu walaupun segalanya masih menjadi trauma pada aku.

Tapi bagi aku la, dalam pergaulan, jangan sampai kita beri harapan kosong kat orang disekeliling kita. Mungkin bagi anda, anda hanya ingin mencari yang terbaik. Nothing serious. Setakat usik mengusik apa salahnya? Tapi kita tak tahu sejauh mana ia akan memberi kesan ke atas orang yang kita beri harapan itu. Kalau nak bergurau apa apa perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan pon, tengok tengok orang la...bukan dengan semua orang kita boleh bergurau hal hal macam tu. Dan kita jugak kene ingat, bukan semua orang kuat imannya dan boleh terima apa yang kita buat kat dia...dibuatnya orang yang anda beri harapan kosong tu tak boleh terima kenyataan, dia guna ubat pengasih la ape ke jadah semua tu, sape nak jawab? Na'uzubillah....

So the moral of the story is, cara untuk mendapatkan pasangan yang terbaik adalah dengan memperbaiki diri sendiri dahulu dan kemudian berdoa pada Tuhan. Jika anda tidak benar-benar suka pada seseorang, jangan sekali-kali bagi dia harapan, at least atas dasar kemanusiaan. Sebab takut satu hari nanti kita pulak akan diberi harapan kosong oleh orang yang kita sayang....

Friday, December 4, 2009

Nak Tegur Atau Nak Tembak Orang?

Dalam kehidupan seharian kita, kita sebagai manusia biasa memang sentiasa buat silap. Takde orang yang perfect. Termasuklah aku. Semua orang tahu fakta tu.

Sebab tu, kalau kita nak tegur apa apa kesilapan yang perlu diperbaiki, cuba tegur dengan cara yang paling bijak dan berhikmah. Kenapa aku nak tulis pasal topik ni? Sebab tadi aku baru kene 'tembak' dengan seorang manusia yang memang tak ngam dengan aku dan asyik nak tembak aku dan cari weakness atau apa apa perkara slek yang aku buat.

Aku pon heran kenapa la dari dulu lagi manusia ni asyik nak cari pasal dan asyik nak serang aku. Aku ni bukan tak boleh terima teguran, tapi aku cukup benci bila teguran tu disampaikan dalam bentuk sindiran dan bukan bertujuan untuk memperbaiki, tapi untuk hentam orang. Apatah lagi di dalam meeting dan didepan orang ramai. Dari dulu lagi dia memang suka jatuhkan air muka aku depan orang. Tu yang aku rasa nak sepak je manusia tu. Dan makin menebalkan kebencian aku kat dia. Sebab nampak sangat sebenarnya dia nak buat serangan peribadi kat aku. Apa apa je yg aku handle, dia akan cari kekurangannya.

Seriously aku bukan jenis orang yang sangat ego dan taknak langsung terima teguran. Aku boleh terima teguran dari team member lain sebab bagi aku, team member lain tegur untuk improvement, dan aku tak terasa pon. Tapi manusia tu memang tegur untuk jatuhkan air muka aku. Tegur utk serang aku. Sebelom ni aku pernah kata pada diri aku sendiri yang aku akan benci dia sampai mati, dan sekarang aku dah tak tahu nak kata apa dah. Dah habis tahap kebencian aku kat dia.

Kalau nak ikut-ikutkan, aku pun ade perkara yang nak aku sampaikan untuk tegur kekurangan yang dia buat dalam post mortem program tu. Memang aku niat nak sampaikan point aku dengan baik dan memang utk improvement. Ade je bende yang slek dia buat. Tapi bila awal awal lagi dia dah tembak aku, terus aku takde mood nak cakap. Bila aku dah taknak bercakap, bermakna aku dah berada dalam tahap marah yang tertinggi.

Oleh itu, kalau tak tahu cara tegur yang berhikmah, baik diamkan diri. Itulah prinsip aku. Bukan maksud aku tak payah tegur. Tapi kalau kita tegur orang dengan cara yang buruk, kita hanya akan menambah kebencian orang pada kita. Apa yang nak ditegur pun mesti ikhlas dan bukan nak berniat utk serang orang secara peribadi.

Perkara tu membuat aku renung balik diri aku. Adekah aku menegur dengan baik bila diperlukan? Kalau adelah perkara yang aku pernah tegur korang dan membuatkan korang terasa hati, aku mintak maaf banyak banyak. Dan aku tak pernah berniat nak lukakan hati sesiapa dalam teguran aku. Sebab aku taknak orang simpan kebencian kat aku sebagaimana aku simpan kebencian kat manusia tu. Ya, aku tahu aku perlu buang rasa kebencian dalam hati aku. Tapi mungkin bukan sekarang. Mungkin satu masa nanti, yang aku sendiri tak tahu bila. Sekali lagi, maafkan aku kerana tak mampu menjadi seorang yang pemaaf.........................................

Tuesday, November 17, 2009

Tribute To My IRIS Buddies :-)

Salam...

Mmm...lama dah rasanyer tak update blog nih. Kali ni sajer la aku merajinkan diri untuk tulis pasal kawan-kawan aku kat IRIS. For me, u guyz are my second family...kalau boleh aku nak letak gambar orang orang ni dalam blog aku, tapi takut ade yang segan atau tak setuju pulak di popularkan dalam blog aku...so aku tulis nama je la....

Aku mulakan dengan Marliana Mohamed. Aku panggil dia Kak Mar. So far I can say that she's my closest friend at IRIS. Dia la yang paling banyak tahu kisah suka duka aku kat IRIS, dan dialah yang paling banyak beri aku pandangan dan nasihat bila aku perlukan. Macam kawan-kawan aku yang lain yang pernah rapat ngan aku, Kak Mar ni jugak tak pernah nak buat muka atau marah kat aku. Kecik hati skit-skit tu biasala, tapi takdela sampai buat aku terasa. Dan dia boleh terima kelebihan dan kekurangan aku seadanya. Kalau ada apa apa yang dia tegur aku pun, dia akan tegur dengan bijak. Memang semua kawan-kawan baik aku ada ciri-ciri tu. Macam memang Tuhan dah assign orang-orang camnilah yang akan rapat ngan aku.

Kawan seterusnya yang aku nak citer adalah Farahroszita Dahlan (Kak Farah). Dulu dia department aku, skang dah pindah ke department lain. Kak Farah ni pulak bagi aku kawan yang paling sama ngan aku. Dia pon selalu cakap, "Ko sama ngan akak..". Kami kongsi banyak prinsip yang sama. Dan biasanya tindakan yang dia ambil adalah sama ngan tindakan yang aku akan ambil kalau aku kat situasi dia, and vice versa. Even persepsi kami kat colleague IRIS pon biasanya sama. Kalau aku tak suka deal ngan seseorang tu, dia pon tak suka. Kalau aku suka deal ngan seseorang tu, dia pon berpendapat camtu. Sebab tu aku senang bersembang ngan dia, sebab biasanya kami saling paham perasaan masing masing...huhu...

Kak Zuraimas Mustaffa, Kak Basariah, Sudau, Siti Hajar Razali...they are also my good friend kat IRIS. Mereka lah kawan-kawan IRIS aku yang telah berjaya menjejakkan kaki ke rumah aku time raya hari tu. Kak Mar pon tak sampai lagi sebab waktu lepas raya tu, Kak Mar tengah pantang, baru lepas bersalin. I have no problem with them all, sebab semuanya bukan jenis orang yang angin pasang surut...

Next, Nik Mohd Mawardi Nik Mohd Amin...tapi mamat ni dah blah dari IRIS dah. Sebelum aku kenal ngan orang-orang kat IRIS ni, aku dah kata, 'baik mamat nih'. Dia lah yang banyak guide aku waktu awal aku masuk keje, atau dalam kata lain, dia la sifu aku. Dia pandai ajar aku, dan mengajar ngan lengkap sekali dengan tak sembunyi apa apa ilmu pon. Sangat caring dan slalu tanya kalau aku ada pape problem waktu awal aku keje dulu. Aku sangat nak mengucapkan terima kasih kat dia sebab banyak ajar aku, tapi tak terkeluar dari mulut aku. Cam segan pulak. Just in case if he's reading this posting, Thanks Nik for being a very good teacher to me! I can never repay that. Really really appreciate you for the time you have spent to teach me.

Shakawi Shaziman, dia ni engineer dari machinery department. Pon dah blah jugak. As far as what I have known him, he's among the most brilliant engineer at IRIS. Seriously. Bukan aku sorang je yang cakap, ramai lagi yang cakap. Dia memang sangat bijak sepanjang aku keje dengan dia, dan macam Nik, dia jugak seorang cikgu yang sangat baik. Tak pernah marah dan tak pernah jemu mengajar. Skang keje kat iPerintis kalau tak silap aku. Sepeninggalan dia, takde orang yang boleh replace dia di department tu. Waktu slalu deal ngan dia dulu, boss dia, Ridzuan Ranjit sangat suka gosipkan kitaorang. Konon nak nolong dirikan masjid la kot. Pastu aku bagitau dia, 'sir, dia dah bertunang la!' (skang dah kawin)...Barula dia kurangkan gosip lepas tu...huhuhu...

From ITD department, Ravin Kumar. Aku deal ngan dia waktu aku memegang jawatan sbg software engineer dulu, sbb diala yang buyoff software yang di develop oleh software enginner kat department aku. Skang ada la jugak deal skit-skit bila ade software yang aku terpaksa buat.

Sape lagi ye? Ha...YZ Chan. Dia antara engineer yang paling ingat dan paling caring kat aku. Kalau aku tengah buat keje kat production, dia akan melawat dan akan cuba tolong seboleh mungkin, walaupon pada hakikatnya keje keje tu aku boleh buat sendiri, tapi dia memang nak tolong jugak. Kalau ada pape business trip, mesti dia tak lupa nak beli survenir kat aku. Yang peliknya, budak department aku yang lain tak dapat, aku je dapat. Tu yang bangga tu. Hahahah! Dan selalu tanya aku pasal Islam. Sampai pelik aku dengan soalan yang dia tanya tu. Contohnya pasal umrah dan Haji. Aku tanya, 'eh, camne u tahu pasal bende bende tu?' Dia kata dia tengok discovery channel, tu yg dia tahu.

Uihh...nampaknya dah panjang ni. OKlah...jap biar aku coretkan lagi nama nama orang yang aku sayang kat IRIS ni...(sayang sbg rakan sekerja la!!)... abang Zaki, SL Tee, abang cik (Izwan), Reyazd, Nadia (QA), Kak Farizah, Diveenash, Mervin, and most of all, my boss Norwati Ismail. Dan juga semua kawan kawan IRIS yang tak sempat dah aku nak coretkan namanya...Kalau pon satu hari nanti mungkin kita dah tak berada di bawah satu bumbung lagi, bagi aku, korang semua adalah antara kenangan terindah aku di IRIS. Thank you guys for being nice to me! :-)

Thursday, October 15, 2009

Duit HARAM yang dianggap HALAL...

Salam...

Mm...actually ade sesuatu yg membuatkan aku rasa nak tulis post ni waktu aku menjalankan tugas aku sbg secretary semalam. Aku tahu aku mengambil risiko yang tinggi bila aku tulis posting ni, tapi aku kene tulis jugak sebagai teguran kepada seseorang...

Baiklah. Kisahnya Camni. Aku telah dilantik menjadi secretary bagi salah satu society kat office aku. Society ni akan bagi monthly allowance RM30 kepada setiap ahlinya, dengan syarat ahlinya kene datang meeting pada bulan tu. Dan sebagai secretary, salah satu tugas aku adalah untuk bagi attendance list ahli yang datang meeting kepada pihak HR untuk tujuan pemberian monthly allowance.

Tetiba waktu aku tanda attendance list tu yang aku nak bagi kat HR tu, aku tengok ade name sorang member yang tak datang meeting, tapi namanya ade dalam attendance list. Dan aku kenal tulisan yang menulis nama ahli yang tak datang meeting tu. Aku tahu siapa yang tulis nama tu, sebab yang tulis tu kawan aku.

Apa yang aku nak tekankan disini, well, bukan dia saje, tapi bagi kebanyakan orang Melayu ni, duit yang haram hanyalah duit yang dicuri. Macam yang artis-artis slalu cakap, "Saya nak cari rezeki yang halal", padahal berlakon peluk-peluk, buka aurat, etc. Kenapa begitu pemikirannya? Bagi aku la, duit yang haram tu bukanlah duit sumber curi sahaja, tapi duit yang diterima walaupun ianya BUKAN HAK kita, contohnya rasuah dan riba'. Aku bagi contoh lain, yang selalu orang anggap halal, tapi hakikatnya...? Katakan korang pergi makan buffet. Then bila nak keluar, korang 'seludup' makanan secara senyap, walaupun tahu konsep buffet hanya boleh makan kat tempat tu je. Rasa-rasanya halal ke makanan yang korang 'seludup' keluar untuk dimakan tu? Kalau korang kata halal, kenapa perlu seludup? Kenapa perlu sembunyi-sembunyi? Kalau bende tu halal, bawak keluar je la dengan muka selamber dan penuh keyakinan diri. Itulah maksud aku orang melayu sensitif tentang halal haram, tapi kadang-kadang tak sedar cara dia mendapatkan duit / makanan tu menjadikannya tak halal.

Mungkin tujuan kawan aku tu baik, dia kesian kat ahli yang tak dapat datang meeting lepas tu tak dapat allowance. Ataupun dia disuruh oleh member yang tak datang meeting tu utk tolong tuliskan nama dia. But for whatever reason, bagi aku bende tu tetap satu perkara yang berat, sebab ia melibatkan duit, melibatkan sesuatu yang akan jadi darah daging kita. Kalau tak melibatkan duit, aku tak kisah sangat diorang nak tipu attendance pun. Adekah aku terlalu konservatif bila bende bende macam tu pun aku kata haram? Well, kalau itu tanggapan korang, terpulanglah...Bagi aku, aku bukanlah terlalu konservatif, cuma aku tak boleh berganjak dari prinsip aku bila melibatkan bende yang masuk dalam perut nih. Bukankah darah daging yang terbentuk dari sumber yang haram tu tempat yang layak baginya adalah neraka? Mungkin bagi dia, duit yang ahli tu dapat bukan akan jadi darah daging dia pun, sebab dia sekadar tolong. Sebab tu dia tak kisah. Tapi, the fact is, dia tetap akan mendapat 'saham' sebab membantu kawan dia untuk mendapatkan allowance yang tak patut kawan dia dapat.

Itulah yang aku ingin kongsikan dengan semua, dan sebagai peringatan pada diri aku sendiri. Aku ni pun bukanlah baik sangat, sebab kadang-kadang ade gak rehat lelama masa office hour, yang menyebabkan kadang-kadang duit tu kurang bersih. Aku tahu tu. Tapi cubalah kita sama-sama kurangkan bende-bende tu. Especially yang jelas bukan hak kita tu, jauhkanlah. Sebab kalau ianya memang bukan hak kita, memang satu hari Tuhan akan ambik balik. Mungkin kita ambik RM30 yang tak sepatutnya kita dapat, tapi kita tak tahu berapa yang akan Tuhan tarik balik atas ketidakjujuran kita tu

Kepada kawan aku dan ahli yang tak datang meeting hari tu, aku mintak maaf sebab aku terpaksa bertegas dengan bagi attendance yang sebenar pada HR. So yang tak datang tu memang takkan dapat allowance la. Aku tak kisah kalau korang benci aku ke, sebab aku tahu aku buat bende yang betul. Korang nak benci, bencilah, yang aku tahu aku dah selamatkan seorang daripada makan RM30 yang tak halal, dan aku dah selamatkan sorang lagi daripada mendapat saham sebab tolong orang dapatkan duit yang tak halal. Apa-apa pun, anggap ni sebagai teguran yang ikhlas daripada saudara seagama. Aku tahu keadaan menyebabkan aku tak boleh menegur kedua-dua pihak secara direct, jadi aku memilih blog aku ni sebagai medium utk menyampaikan teguran, sbb aku tahu salah seorang daripada mereka akan baca jugak blog aku ni dan dapat apa yang ingin aku sampaikan. Semoga kita sebagai umat Islam lebih peka dengan setiap sen yang kita dapat, moga-moga semuanya dari sumber yang baik....insyaAllah....

Monday, October 12, 2009

Pengantin Baru, Tunang Baru...

MyEm0.Com Salam...

wowowo, sekali lagi ingin diingatkan, tajuk diatas bukan berkenaan aku...kali ni aku nak menulis pasal topik kawin lagi. Alamak, nak buat camne kan? dah skang ni musim 'mengawan', banyak btol member2 yg kawin dan bertunang...

MyEm0.Com

Dikesempatan ni aku nak ucapkan tahniah buat salah sorang member yang rapat masa aku blajar kat UIA dulu, Wisatawati Darwis Harahap atas perkahwinannya pada 10-10-2009 yang lepas. Mujurlah aku berjaya sampai ke kenduri wis, walaupun pada hari jumaat sebelom tu, aku rasa 'weng' sangat. Macam nak demam. Bawak kete pon 'weng' time balik opis.

Seronok hari tu aku dapat jumpa kawan kawan lama dari UIA. Aku pergi ke kenduri wis dengan Kak Sheeda, dan Pak Arip yang nak jugak ikut kak sheeda utk kenduri wis. Nasib baik kali ni pak arip lebih matang dari dulu sebab tak lagi panggil aku 'budak kecik' like how he used to call me. BAgusler tu pak arip, kalau tak ko memang nak sedekah pahala ko kat aku jer tu!

Aku jadi co-driver, tapi jenuh kene sound ngan pak arip ngan kak sheeda sbb tak pandai baca peta...huhuhu...mintak maap la ye...itu le buktinya aku ni budak baik, tak merewang, hanya pegi keje balik keje, sampai baca peta pon tatau! huhuhu...



Dalam dok bercerita-cerita dengan kawan-kawan, aku kagum dengan citer sorang kawan aku nih, yang mintak namanya dirahsiakan (aku dah mintak kebenaran dulu untuk tulis citer pasal dia nih, tapi dia nak low profile..huhu). Kisah dia dengan bakal suaminya. Begitu mudah dia dipertemukan jodoh apabila masanya dah betul-betul sampai. Kawan aku ni sebenarnya baru contact balik dengan salah sorang member lama dia dalam masa 2-3 minggu sebelum ni, dan lelaki tu dengan yakin telah mengambil keputusan utk bertunang dengan dia minggu depan. Tadi baru kawan aku tu jumpa bakal mertua dia. Minggu depan balik kampung bertunang. Alhamdulillah....Dia ada cakap dengan aku, sebelum ni dengan ex dia, dia sayang tapi berat untuk menerima. Tapi dengan yang sekarang, dia rasa yakin dan tenang hati untuk terima bakal tunang dia tu walaupun belum betul2 rapat dan tak bercouple pun dengan dia. Well, itulah yang dinamakan jodoh. Bila dah sampai waktunya, dia pasti datang. Dengan mudah sekali, insyaAllah...

Dan tadi ada kecoh kecoh gak dalam facebook dok baca orang wish 2 orang member aku dari UIA gak, Nazrah dan Haarith Mahmud yang baru je melangsungkan pertunangan. Ntah bila ntah diorang berkawan, ramai yang tak tau. Yang pastinye semua orang terkejut, termasuk aku. Sebab tak pernah dengar ura-ura apa apa pon! Anywya guys, if u are reading my blog, aku ucapkan Selamat Bertunang! Jaga diri baik baik, darah tengah manis tu. Banyak dugaannyer. Semoga korang kekal bahagia hingga ke akhir hayat, insyaAllah...(<-doa buat member aku yang akan bertunang minggu depan ni gak...hehe)

Congratulations

Itulah kisah gembira kawan-kawan ku...erm, korang jangan lupa doakan aku jugak...kalau takde aral melintang, aku pon akan kawen pada bulan 12...tapi tahun bila tak tahu lagi la...hahahaha....(<-jawapan standard yang aku berikan bila orang tanya aku bila lagi nak kawen)



OKlah...wish you guys all the best...ni aku letak gambo yang sempat diambil time kenduri wis...ajak kak sheeda amik gambo kat pelamin dia segan, jadi aku pon takdela amik gambo dok atas pelamin...hehehe...



Photo Frames. Plumelets

Photo Frames. Warm Autumn

Photo Frames. For you...

Photo Frames. For you...

Monday, October 5, 2009

Raya + Besday ke 26

Salam,

huhu...akhirnya tarikh itu tiba juga dan menjadikan usiaku kini erm...26 tahun, walaupun waktu raya dan waktu gi umrah hari tu, ramai yang tanya aku, "sekolah lagi ke?", "belajar tingkatan berapa?", dan bermacam-macam lagi soalan yang semua orang boleh agak...isk isk, ada lagi yg ingat aku budak skolah rupanyer...ingatkan ketinggian aku dah bertambah dah....huhuhu...terima je la seadanya....

Alhamdulillah besday aku hari tu agak best. Itulah first time aku ajak officemate department aku datang beraya kat rumah. Dan aku gembira bila tengok reaksi diorang yang gembira bila aku ajak beraya kat rumah aku, seperti menunggu masa je untuk aku buka mulut untuk ajak mereka. Thank you guys for coming! Yang sampai pada hari tu adalah Sudau, Kak Zue dan anaknya, Siti Hajar dan 2 orang housemate dia, Kak As bersama dengan family dan mak dia...so total of 11 guest, walaupun kak As sampai agak lewat daripada yang lain. Bagi aku, tarikhnya dah cantik. Boleh buat open house pada masa besday aku sbb besday aku hari sabtu. Memula aku berniat utk jemput diorang untuk beraya je, tapi disebabkan diorang ingat pulak masa tu besday aku, maka dikira 2 in 1 la...raya + besday. Nak tahu kenapa diorang ingat? sbb boss aku ada tercakap pasal besday aku masa kami kluar makan ramai-ramai, dan aku ada tulis pasal besday aku dalam blog ni, tu yang diorang ingat...so kesimpulannya, kalau nak orang ingat besday, ingatkanla tentang besday anda dalam blog anda...hahahaha! takdelah..just kidding!

Dan yang menariknya untuk besday kali ni, aku dapat 2 kek besday walaupun pada asalnya aku tak budget langsung untuk dapat walau sebiji kek birthday! satu parents aku beli, satu member2 opis aku sponsor, termasuk kak fariza yang tak dapat datang sebab ada hal...yang parents aku beli kek carrot, yang member opis aku beli kek coklat...ni dia kek nyer...nyum nyum!

MyEm0.Com





Hidangan utama hari tu adalah Laksa Sarawak dan Laksa Penang. Mak aku yang masak, kalau aku masak kang takut tak jadi laksa pulak..hahaha...nasib baik mengikut testimoni yang diberi tanpa paksaan tu, rata-rata mengatakan sedap laksa yang mak aku masak...heheh..aku? aku cuma buat air sirap limau yang sedap tu la...huhuhu...


MyEm0.Com


Apa apa pun terima kasih pada semua yang turut wish aku untuk besday kali ni. Tapi ada satu keunikan wish tahun ni...kebanyakan wish ada terselit moga-moga impian aku jadi kenyataan...aikkk...ramai pulak yang tahu pasal impian aku nih? moga moga dengan doa kalian semua, betul-betulla impian aku akan tercapai...Amin....

Berikut dilampirkan gambar-gambar yang sempat di snap kat rumah aku dan rumah kak zue...Once again, thanks a lot guys for coming, and thanx a lot for the chocolate cake...really really appreciate it...sayang korang!



MyEm0.Com












Tuesday, September 8, 2009

Rindu ke Tanah Suci

Salam,

Segala-galanya bermula pada bulan Julai lalu. Semakin lama aku rasa banyak yang tak kena dengan diri aku. Susah aku nak huraikan, tapi aku rasa diri aku dah makin hilang jatidiri. Aku dah tak macam diri aku 2 tahun yang lalu. Sebab tulah aku mengambil keputusan untuk pergi ke Tanah Suci untuk lebih dekat kepadanya. Aku nak siram balik hati aku yang makin lesu ni. Bila dah tergerak hati nak kesana, memang aku dah tak sabar-sabar nak tunggu untuk sampai di sana. Lagipun dah lama aku tak kesana, kali terakhir aku ke sana adalah lebih kurang 5 tahun dulu.

Aku cuba ajak mak aku untuk temankan aku. Sebenarnya mak aku baru je tunaikan umrah dalam bulan April hari tu, tetiba aku ajak dia pegi lagi dalam bulan Julai. Dia pun pelik. Pelik sebab aku beriya-riya mengajak dia. Aku taknak cakap banyak, aku just cakap sebab cuti aku banyak sangat. Tu yang nak cuti tu. Aku bukan taknak ajak ayah aku, tapi aku tahu ayah aku takkan boleh ikut. Dia perlu uruskan persekolahan adik aku kat sini. Lagipun, keluarga aku ni bukanla kaya sangat, so aku ajak mak aku je la. Mak aku lebih kerap pergi sana daripada aku, so dia lebih cekap tentang jalan-jalan kat sana...

Pujuk punya pujuk, Alhamdulillah...akhirnya mak aku setuju. Pada mulanya aku dan mak aku nak join satu group yang akan bertolak pada 11 Julai 1009, tapi macam-macam masalah. Masalah flight la, masalah tak cukup orang la, ntah berapa kali tunda ntah. Aku dah sedih giler dan hampir patah semangat bila nampak macam aku takkan sampai ke sana walaupun hati aku dah ada di sana. Adakah tuhan tidak sudi menerima aku menjadi tetamuNya?, fikirku. Rupanya tidak. Penantian itu adalah disebabkan Tuhan ingin memberikan pengalaman yang lebih indah dari itu. Rupanya Dia ingin menjemput aku dan mak aku untuk menjadi tetamuNya pada bulan Ramadhan. Mula-mula aku tak terfikir langsung untuk ke sana pada bulan Ramadhan, sebab aku tahu tambang mahal. Cuti sekolah pulak tu. Lagila mahal. Tapi mujurlah rezeki tu ada, dan cukup tambang aku dan mak aku untuk ke sana, walaupun pada saat akhir aku nak bertolak ke sana, duit aku dalam Maybank hanya tinggal RM4.69. Tapi takpela, aku fikir fikir bila aku sampai Malaysia balik nanti dah dapat gaji bulan September. OKla tu. Bagus jugak ke sana pada bulan Ramadhan, sebab inilah pengalaman pertama kami untuk ke sana pada bulan Ramadhan. Itulah uniknya umrah kami kali ini...Umrah di bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Perjalanan ke Madinah

23 September 2009 – Kami berlepas ke KLIA jam 5.00 petang. Flight dijadualkan pada pukul 9.30 malam, dengan Etihad Airline. Kami sekeluarga berbuka puasa di KLIA. Flight aku transit di Abu Dhabi selama 8 jam. 8 jam?! Tu yang sakit jiwa tu. Transit lebih lama dari naik flight. Tapi apa boleh buat? Ikut je la..Group aku group kecik je, cuma 8 orang - 3 pakcik, 3 makcik, mak aku, dan aku (<-- paling muda dan paling kecik la...huhuhu). Aku dan jemaah group aku bersahur di surau di Airport Abu Dhabi. Dahlah time transit tu, takde makanan diprovide untuk jemaah. Mujurlah tadi ada stewardess pack kan extra food kat kitaorg sebab kesian dengar kitaorg kene transit 8 jam kat airport. Aku, mak aku, dan makcik- makcik tu bersahur dengan makanan yang stewardess tu bagi. Akhirnya penantian 8 jam tu pun berakhir. Aku dan jemaah group aku bertolak dari Abu Dhabi ke Jeddah pada jam 7 pagi. Kami tiba di Jeddah lebih kurang jam 10 pagi waktu Jeddah. Jejak je kaki di Jeddah, ujian pertama dah bermula. Kami tersangkut selama 3 jam di Jeddah Airport. Takde orang jemput kami. Sepatutnya ketibaan kami di Jeddah disambut oleh Mutawwif yang telah di upah oleh travel agency kami, tapi itula yang dikatakan ujian. Dahlah tadi transit 8 jam, ni tersangkut lagi 3 jam di Airport Jeddah. Panas pulak tu. Nasib baikla si mutawwif tu sungguh-sungguh mintak maaf kat kami atas perkara tu, dan dia mengaku semua tu salah dia. Aku sejuk sikit dengan orang yang berani mengaku salah dan mintak maaf macam tu. Dia bagitau semua ni communication breakdown, tu yang dia pun sampai lambat. Kami meneruskan perjalanan ke Madinah dengan sebuah van. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah kali ni bagi aku agak pantas, lebih kurang 5 jam. Mengikut pengalaman aku dulu perjalanan dari Jeddah ke Madinah lagi lama, mungkin sebab dulu perjalanan aku gunakan bas, dan banyak berhenti makan. Kali ni naik van, laju, dan tak berhenti makan pasal Ramadhan. Kami berbuka puasa dalam van sebab belum sempat sampai ke Madinah. Puasa yang ni memang mencabar. Nak tahu kenapa? Sebab aku berpuasa hampir 18 jam disebabkan time zone yang berbeza! Aku bersahur tadi lebih kurang jam 6.30 am waktu Malaysia, dan hanya boleh berbuka pada jam 12 am waktu Malaysia! Aduh! Aku memang dah jadi macam budak kecik dan asyik mengadu kat mak aku, ‘Mak, lapar...!’...Aku tahu tak elok cakap lapar time puasa, tapi time tu memang aku lapar giler. Dahlah time sahur tadi hanya berbekalkan makanan yang dibagi oleh stewardess tu, buka puasa lambat pulak tu. Dan pada ketika itu barula aku teringatkan sesuatu. Aku baru terfikir kenapa tuhan mengizinkan orang musafir berbuka puasa. Pada mulanya, aku fikir mungkin sebab pada zaman Nabi dulu, orang travel pakai unta, keadaan pun panas. Tu yang dibolehkan berbuka. Tapi baru aku sedar yang hikmahnya juga ada untuk zaman moden ni. Sebab bila zaman moden, ada kemungkinan orang travel ke timezone yang berlainan dengan flight. Bayangkan jika ada seorang Muslim yang sedang berpuasa, naik flight ke arah barat pada ketika dia hendak berbuka puasa. Jika flight dia menghala ke barat, bila agaknya dia akan berjumpa malam dan boleh berbuka puasa? Kalau dia kuat untuk berpuasa takpe, kalau tak kuat? Maka disitulah datangnya satu lagi hikmah yang baru aku sedar mengapa musafir dibolehkan berbuka puasa. Tapi jangan salah sangka pulak, aku dan jemaah aku takde la berbuka puasa pasal tu. Sayangla. Mujurlah aku dikelilingi oleh orang yang terus kuat untuk berpuasa selama hampir 18 jam! Dan bila tiba masa berbuka puasa, ffuuuuuhhhh!!!! Alangkah nikmatnya bila seteguk air akhirnya lalu pada tekakku! Kami berhenti di salah sebuah perhentian yang ada orang sediakan makanan berbuka puasa percuma. Siap ada kari kambing lagi. Tapi aku tak makan kambing, aku buka puasa ngan omelette yang simpan dari flight tadi (chewah, cam omputih lak! Huhhuhu)

Akhirnya group aku tiba di Hotel Shourfa Madinah lebih kurang jam 8.15pm. Kami dijamu makan dulu di Hotel tu. Well, to be honest, sepanjang kat Madinah ni makanan dia agak kurenngg skit la. Bukan aku sorang je cakap, semua jemaah group aku pun cakap. Mungkin sebab tak sesuai dengan tekak orang Malaysia, sebab tukang masaknya Indon. Tapi kami takdela nak complaint lebih-lebih sangat. Sebab risau gak kan banyak complaint kat bumi anbiya’ ni. Hari tu aku solat Isya’ di bilik je. Tak larat nak solat Isya’ di Masjid Nabawi. Mak aku dan jemaah lain semuanya kuatkan semangat gi Masjid, tapi hari tu aku tak mampu. Perjalanan aku dari KLIA --> Abu Dhabi --> Jeddah --> Madinah sudah cukup meletihkan. Dan aku tak mampu nak paksa diri aku sendiri...’Nantila, subuh nanti aku pergi ke Masjid Nabawi’, gerak hatiku. Lagipun, aku nak mandiii!!!! Last sekali mandi adalah waktu kat rumah tadi...

Alhamdulillah, waktu Subuh, aku dah kuat untuk berjalan ke Masjid. Masjid Nabawi terletak kira-kira 100 meter dari hotel aku.

Peristiwa di Taman Syurga!

Biasanya dalam trip umrah aku sebelum ni, travel agency akan menetapkan untuk jemaah stay kat Madinah selama 5-6 hari. Tapi kali ni hanya untuk 2 malam je di Madinah. Kenapa? Sebab ini bulan Ramadhan, so they arrange us to stay longer at Makkah supaya boleh buat umrah lebih kerap. Biasanya bulan Ramadhan, jarang orang dapat boleh buat umrah lebih dari sekali sehari. Sebab tu lah masa kami di Madinah disingkatkan, supaya kami tetap dapat buat umrah semampu mana yang mungkin di Makkah nanti.

Selepas waktu Zohor, aku dan ibu aku menuju ke salah satu bahagian di Masjid Nabawi yang dinamakan Raudhah. Raudhah terletak berhadapan dengan Makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Raudhah ni sebenarnya adalah kawasan yang akan dinaikkan oleh Allah S.W.T menjadi salah satu Kebun Syurga di akhirat kelak. Kawasannya lebih kurang sebesar sebuah bilik darjah waktu kita sekolah dulu. Perempuan dan lelaki diperuntukkan masa tertentu untuk ke Raudhah. Maksudnya, pada satu-satu masa Raudhah tu hanya akan dibuka pada jemaah lelaki atau jemaah perempuan sahaja. Tapi masa yang diperuntukkan untuk jemaah lelaki lebih lagi, sebab Raudhah tu memang berada dalam kawasan solat Muslimin.

Masuk Raudhah? Waktu aku masuk, punyalah sesak! Bila dibuka saja pintu Raudhah tu, orang terus berpusu-pusu lari ke arah Raudhah. Kali ni, aku nampak Raudhah lebih sesak dari yang pernah aku lalui sebelum ni. Aku boleh kata kesesakannya ibarat, kalau korang pernah pergi PC Fair, Raudhah tu 3 kali lebih sesak dari PC Fair! Bukan setakat sesak, orang tolak-menolak, marah-marah dengan orang yang duduk lama, pukul pun ada. Jangan heran kalau ada orang tengah sujud, tiba-tiba ada jemaah lain langkah atau even duduk atas kepala orang yang sedang sujud tu. Dalam keadaan macam tu, aku hanya sempat solat 2 rakaat dalam jangkamasa 45 saat. Memang mak aku pesan suruh cepat dan pantas. Masa nak keluar Raudhah pun, bukannya aku menyelit, tapi aku biarkan diri aku dibawak arus ditolak orang ke pintu keluar. Begitulah keadaannya.

Aku pun masa di Raudhah, tak teringat pulak untuk doa apa apa untuk diri aku atau sampaikan doa kawan-kawan yang ada kirim doa kat aku, sebab aku memang tak boleh concentrate time tu. Aku hanya mampu memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah ke sekalian kalinya Tuhan mengizinkan aku untuk menjejakkan kaki dan sujud di kawasan yang bakal menjadi kebun syurga itu. Di Raudhah ni jugaklah jemaah jemaah mengucapkan dan menyampaikan salam kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat sebab makam baginda terletak di hadapan Raudhah. Ini satu yang aku terfikir. Untuk pengetahuan korang, sepanjang pemergian aku, hanya dua orang yang mintak aku sampaikan salam pada baginda Rasulullah S.A.W, iaitu ayah aku dan boss aku. Aku just terfikir, kenapa hanya dua orang yang mintak aku sampaikan salam pada baginda? Bukankah jika kita memberi atau sampaikan salam orang lain di makam baginda, baginda akan menjawab salam kita, walaupun kita tak dengar. Bukankah ketika baginda hampir wafat, baginda tetap sebut ‘Ummati! Ummati! Ummati!’ kerana terlalu kasihnya baginda pada umatnya. Tapi berapa ramai antara kita yang benar-benar ingat pada baginda? Kenapa hanya dua orang yang mintak aku sampaikan salam pada baginda? Benarkah kita betul-betul menyayangi baginda sepetimana yang sering kita ucapkan? Something to ponder about….

OKlah…berbalik pada Raudhah. Sebaik sahaja aku berjaya keluar dari kesesakan Raudhah, aku tersedar sesuatu! Beg galas aku tercicir!!! Ya Allah! Ye lah, dalam keadaan sesak macam tu, mana la nak sedar beg galas aku tercicir. Dahlah semua duit aku ada dalam tu. Tak belanja apa apa lagi sejak dari Malaysia. Ada 400 riyal, lebih kurang RM400 la. Aku dah risau dah, macam mana aku nak teruskan hidup di tanah suci ni? Even nak buat umrah nanti pun bila nak ke miqat kene bayar tambang bas jugak. Aku terus bagitau mak aku, dan mak aku ambik tindakan pantas untuk masuk balik Raudhah cari beg galas aku. Aku nak ikut, tapi mak aku tak kasi. Agaknya dia tak sampai hati tengok aku separuh penyek masuk Raudhah tadi kot. Dua kali aku kata nak ikut, tapi mak aku larang. Mak aku kata biar dia masuk sorang. Aku pun tunggu je la. Kat luar Raudhah aku doala semoga tak jadi pape kat mak aku masa dia masuk Raudhah tu. Bagi aku, aku yakin sangat beg tu masih berada di Raudhah, orang takkan ambik. Ye la, berani ke amik barang dari kebun syurga yang terletak berhadapan dengan makan Rasulullah? Kalau berani memang nak kene ‘panah petir’ la tu. Cuma persoalannya macam mana nak bawak beg tu keluar dalam keadaan yang sesak tu. Aku niatkan, ‘Ya Allah, kalau benar duit itu hak aku dan aku dapatkan dengan cara yang halal, tolonglah pulangkan duit itu padaku untuk aku sambung perjuanganku di tanah suci nanti untuk beribadat kepadaMu. Namun sekiranya semua ini adalah ujian dariMu, aku redha duit itu tinggal di taman syurga ini. Moga dengan adanya duit aku di taman syurga ini, satu hari nanti aku akan dapat kembali ke sana di alam yang lain nanti’. Aku tak tahu kenapa, tapi aku terlalu yakin aku akan dapat balik beg galas aku tu. Bagi aku, kalau pun aku tak jumpa beg tu di Madinah, by miracle I will found my very same bag again at Makkah without loosing even a single cent. Itula instinct aku...

Setelah lebih kurang 10 minit, aku nampak mak aku keluar dari Raudhah. Tapi…nampaknya beg galas aku takde ditangannya. Waktu tu aku menitiskan air mata jugakla, bukan pasal nilai duit tu, tapi fikirkan macam mana aku nak survive lepas ni. Mak aku suruh tengok jemaah-jemaah lain yang keluar dari Raudhah, kalau-kalau ada yang bawak keluar beg tu.

And eventually a miracle does happen! Ada seorang hajjah, dari India agaknya, tiba-tiba melihat ke arah aku dan menunjukkan ke arah beg yang sangat aku kenal…beg aku! Aku dan mak aku pergi ke arahnya. Dia menunjukkan tag nama aku yang ada aku simpan sekali dalam beg galas tu, tag nama yang ada gambar aku, dan dia seolah-olah memberitahu yang dia tahu ini beg aku sebab ada gambar aku pada tag nama yang aku simpan dalam beg tu. Aku terharu sangat waktu tu, sambil kata ‘Syukran!’ kat hajjah tu. Aku cium tangan dia, mak aku siap peluk dia lagi sebab tanda terima kasih kerana bersikap jujur pulangkan beg yang berisi 400 riyal tu...

Itulah antara peristiwa yang betul-betul buat aku terharu di Madinah. Bagi aku, semuanya adalah ujian dan bukti kebesaran tuhan. Aku sendiri tak tahu kenapa dalam beg kosong yang aku letakkan duit 400 riyal semata-mata, aku turut meletakkan tag nama aku. Aku tak berniat pun untuk meletakkan tag nama tu in case kalau hilang, sebab aku tak pernah terfikir beg tu akan tercicir. I just don’t know why I put it there. Itulah dia, kadangkala kita tak akan tahu kenapa secara tak sengaja kita buat sesuatu perkara tu. Rupa-rupanya aku letakkan tag nama itu supaya bag itu dapat dipulangkan kembali pada aku. Betapa agungnya segala yang Tuhan telah aturkan! Walau apa pun, aku doakan semoga hajjah yang pulangkan beg aku tadi diberkati dan hanya Tuhan yang mampu balas budi baik dia…..dan bila terjadi perkara perkara begini di tanah suci, kita sebagai manusia akan terfikir, "Betulkan yang aku jumpa tadi adalah 'manusia'?". Hanya Allah yang Maha Mengetahui....

Hilang Di Madinah

Mmm…Zohor tadi, beg galas hilang, tapi Alhamdulillah dapat balik. Waktu isya’ pulak, nak tahu apa yang hilang? Aku pulak hilang dari mak aku…kisahnya macam ni. Malam tu lepas solat maghrib kat Masjid Nabawi, aku dan mak aku balik hotel cam biasa utk sambung makan buka puasa kat dewan makan hotel. Lepas makan, aku naik bilik kejap untuk makan ubat aku. Lepas makan ubat, aku pun turunla ke dewan makan, tengok-tengok mak aku takde. Pelik. Kat toilet takde. Aku tunggu kat lobby hotel pun lama takde. Aku dah merajuk. ‘Sampai hati mak tinggalkan wangi sorang-sorang’, fikirku. Sedih giler time tu. Aku pun melangkah la ke Masjid Nabawi sorang-sorang.

Tiba kat Masjid Nabawi, sementara tunggu waktu Isya’, barulah aku dapat fikir secara rasional. ‘Eh, takkanlah mak aku nak tinggalkan aku sorang-sorang? Mak aku bukan macam tu...’. Saat tu aku dah mula risau kalau kalau mak aku risaukan aku. Aku mula dah terasa yang mak aku sedang mencari-cari aku kat hotel tu. Gosh! Kenapa la aku cepat sangat merajuk tadi? Memang mak aku takkan tinggalkan aku sorang-sorang, apatah lagi kat negara orang. Aku memang dah tak sedap hati sangat time tu. Nak balik ke hotel pun dah payah sebab dah nak masuk waktu Isya’. Nak cari dalam masjid jangan harap la, takkan jumpa punya. Masjid Nabawi tu besar, bukan macam masjid masjid kat Malaysia ni. Aku berdoa, berdoa supaya mak aku jangan risaukan aku sebab aku selamat dalam masjid ni. Tapi aku tahu mak aku mesti risau giler dah ni anak dia sorang dah hilang.

Lepas Isya’, aku terus balik ke hotel. Tak Tarawikh dah. Sebab takut mak aku cari. Sampai hotel, mak aku takde. Aku tunggu dan tunggu. Suspen jugak ni. Manela mak aku cari aku agaknye. Dan akhirnya, Alhamdulillah...sampai jugak mak aku. Aku tengok mata dia merah...Alamak! Apa aku dah buat ni? Mak aku tanya aku pergi mana, aku kata aku pergi masjid, ingatkan mak aku dah pergi dulu. Dan seperti yang dijangkakan, mak aku kata takkanla dia nak tinggalkan aku sorang sorang. Sampai sakit kaki dia cari aku. Tapi dia sempat la solat Isya’ dan Tarawikh 8 rakaat kat Masjid tadi. Pastu terus balik. Sekali lagi aku nak menitik air mata, tapi tahan. I keep scolding myself, ‘What have I done? What have I done?’. Rasa bersalah sangat sampai aku tak reti nak mintak maaf macam mana. Aku diam je, baring tutup muka dengan selimut dan nangis pelan-pelan dalam selimut. Aku rasa memang aku ni tak patut cepat sangat buat assumption mak aku dah tinggalkan aku dan terus merajuk jalan ke masjid sorang-sorang. Tapi kejadian tu memang pelik. Bukan sekejap aku tunggu mak aku. Berkali kali aku ulang alik dari dewan makan ke lobby hotel, tapi tak nampak. Agaknya waktu tu Tuhan tutup penglihatan kami kot. Tak tahulah. Wallahu ‘Alam. Tapi yang penting semuanya selamat. Aku hanya lega bila tengok mak aku dah lega. Bila dia dah boleh try-try jubah yang dia beli petang tadi, kira dah ok la tu....

Tiba di Makkah

Keesokannya, aku dan jemaah group aku dijadualkan ke Makkah. Sebelum menuju ke Makkah, aku dan mak mak aku telah sekali lagi melawat makam baginda Rasulullah S.A.W untuk mengucapkan selamat tinggal kepada baginda. Antara doa aku, semoga kunjungan ini bukanlah kunjungan aku yang terakhir kepada baginda. Sejak aku kecil dan sejak pertama kali menunaikan umrah, itulah doa yang sering mak aku pesan supaya aku titipkan setiap kali aku datang melawat baginda. Dan aku turut dokan supaya sahabat-sahabat aku turut dijemput melawat baginda. Itulah doa aku buat kawan-kawan aku, semoga masing-masing dapat menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti.

Selesai ziarah selamat tinggal, kami pun menuju ke Makkah. Kami singgah di Bir Ali untuk berniat Ihram. Perjalanan ke Makkah menaiki van mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami tiba lebih kurang jam 2 petang. Selepas meletakkan beg di bilik hotel, kami pun bergerak untuk memulakan tawaf Qudum (Tawaf selamat datang). Ya Allah! Masanya pukul 2.30 petang, cuacanya, memang panas! Waktu umrah pertama ni aku memang lembik giler, dahla puasa, panas pulak tu. Ada orang kata puasa kat Makkah tak lapar, well, mungkin tak lapar, cuma aku takde tenaga betul time tu. Agaknye sebab sahur tadi makan tak banyak kot. Ye la, nak makan banyak macam mana, dah tak lalu? Tapi akhirnya Alhamdulillah dapat jugak aku habiskan umrah pertama aku dengan perlahan-lahan dalam jam 5.30 pm. Aku dan mak aku tak balik hotel. Kami terus tunggu waktu Maghrib dalam pukul 6.45pm. Untuk puasa pertama kami di Makkah, aku dan mak aku dapat kurma, roti, air teh, dan air zam-zam. Perggghhhhh!!!! Sekali lagi aku rasa betapa nikmatnya airzam-zam yang sejuk itu dimakan bersama kurma dan roti setelah lama menuggu. Memang mengagumkan, kurma dan air zam-zam dah cukup time buka puasa samaada di Madinah atau Makkah. Di Malaysia? Aku tabikla kalau ada orang boleh buat camtu. Aku mengaku aku memang tak boleh. Kene makan kenyang dulu baru solat. Kalau tak, teringat-ingat ke makanan atas meja tu. Di sini, mungkin yang menyebabkan cukup tu adalah sebab keberkatannya. Dan aura yang dirasai apabila kita lihat berjuta-juta umat Islam berbuka puasa bersama kita, sama ada di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi. Pernahkah kita terfikir, itulah perhimpunan berbuka puasa terbesar bagi umat Islam seluruh dunia setiap hari di bulan Ramadhan? Bagi aku, disitulah keberkatannya.

Dan sudah semestinya pelbagai ragam manusia dapat dilihat di Tanah Suci. Antara yang paling ketara adalah waktu nak berbuka puasa. Hampir setiap kali waktu berbuka puasa di masjid, aku dan mak aku akan nampak jenis jenis manusia yang suka ‘mengumpul’. Mengumpul apa? Mengumpul kurma yang diedarkan secara percuma. Ada yang kumpul sampai penuh beg dia berisi kurma. Nak buat berniaga kurma ke apa hajjah? Biasanya makan tiga biji kurma dan air zamzam pun dah cukup, tapi ada jenis orang yang sanggup berjalan jalan untuk cari orang yang edarkan kurma dan lepas tu sorokkan kurma-kurma yang telah dikumpul dalam beg besar dia. Isk isk isk, macam macam! Kat sana memang ramai orang sedekah makanan berbuka puasa, bukan pihak masjid je. Orang biasa macam kita pun boleh. Kalau rasa nak buat kebajikan, beli la kurma ke, kismis ke, buat air teh ke, atau apa saja, then edarkan pada jemaah lain. Tak semestinya banyak.

Solat Tarawikh Di Masjidil Haram.

Sayangnya di Masjid Nabawi aku tak berkesempatan untuk melakukan solat Tarawikh. Sebab aku hanya berada di Madinah selama dua malam, malam pertama tak larat nak pergi masjid sebab penat, malam kedua pulak terpaksa bergegas pulang ke hotel sebab taknak mak risau ingatkan aku hilang. So aku takde apa apa nak cerita pasal Tarawikh kat Masjid Nabawi.

Aku mulakan balik solat Tarawikh di Masjidil Haram. Di Masjidih Haram, solatnya 20 rakaat, mengikut apa yang aku dengar, setiap hari imam akan baca satu juzuk Quran, bermakna setiap rakaat Imam akan baca lebih kurang setengah muka surat Al-Quran. Fuuiii...penat jugak berdiri. Ramai yang duduk. Tapi kalau aku solat tarawikh biasanya aku tak duduk, cuma aku bangun lambat skit. Agak-agak dah lama dia baca surah, baru aku bangun angkat takbir. Ramai buat camtu, sebab tak larat berdiri lama. Tapi aku tengok mak aku larat pulak. Mak aku memang kuat la kat sana. Kuat daripada aku. Tak sia-sia aku ajak dia teman aku.

So whats so special about Tarawikh at Masjidil Haram? Bagi aku, yang istimewanya disini adala pada witir terakhirnya, kerana pada witir terakhirnya ada doa yang diaminkan oleh jutaan jemaah. Ada sekali tu, bila doa dalam witir tu dibacakan, imam sampai teresak-esak menangis sampai menyebabkan banyak jemaah yang turut teresak-esak menangis. How I wish I could understand the meaning of the doa! Tersentuh sangat hati aku time tu. Ditambah pulak bila aku dengar deruan suara jemaah mengaminkan doa imam tersebut. Deruan yang kuat sekali, macam nak pergi perang pun ada. Yang terlintas dalam hati aku time tu, kalau musuh Islam dengar deruan ‘Amin’ oleh jutaan jemaah ni pun, tentu mereka gerun...

Selesai solat tarawikh, mak aku kata, sepatutnya time orang aminkan doa tu, kita selitkan sekali doa kita, moga moga dapat sama naik kelangit dan mudah dimakbulkan...ooo....ye ke? Betul jugak. Apsal la aku tak terfikir awal awal. Bukan senang nak dapatkan jutaan umat Islam mengaminkan doa kita. Bagi mereka yang nak tengok Solat Tarawikh di Masjidil Haram, cuba tengok di TV1 jam 2 pagi. Aku rasa yang tu live sebab tarawikh sana memang start dalam pukul 9 malam (2 pagi waktu Malaysia). But what I can say, watching will not be the same as being there in person….

Kanak-kanak @ Masjid

Ada satu perkara yang menjadi concern bagi aku waktu solat di masjid, iaitu kaum ibu yang membawa baby dan anak-anak mereka ke masjid. Mungkin niat mereka baik, nak menyemai dan mendidik anak anak supaya rajin ke masjid. Tapi bagi aku, cara tu kurang tepat. Sebab bila bawak baby yang kuat menangis, bukankah itu akan mengganggu jemaah lain daripada solat dengan khusyu’? Ada pulak jemaah yang letak baby dia dibelakang dia, sampai jemaah dibelakang dia tak boleh nak sujud sebab kesempitan ruang. Ada lagi satu kes yang aku nampak, anak dia yang baru boleh berjalan berlegar-legar dan menyebabkan aku dan jemaah lain tak khusyu sembahyang. Ibu dia boleh solat dengan tenang ke? Tak risau ke kalau anak dia yang baru boleh berjalan tu hilang?

Ada satu incident waktu solat yang cukup mencabar kesabaran aku yang melibatkan budak budak ni. Ada sekali tu, aku dah start solat Isya’. Then ade pulak ruang kat sebelah aku. Jadi ada sorang ibu yang sedang mencari-cari tempat ni, dia suruh anak dia solat sebelah aku, then dia pergi cari tempat solat untuk dia pulak. Nak tahu apa masalahnya? Masalahnya budak tu budak lelaki! Umur dalam 9-10 tahun. Bukannya budak kecik. Tinggi pun dah takat hidung aku dah. Disuruh oleh ibunya untuk solat sebelah aku. Kalau aku blom start solat, memang aku tak kasi hajjah tu tinggalkan anak dia sebelah aku. Hajjah ni tau hukum ke tak? Even kalau budak perempuan sekali pun, kene solat kat hujung saf. Ni dia letak anak lelaki dia kat tengah-tengah saf, sebelah aku! Aku agak angin time tu. Pastu kene jaga betul betul takut terkene budak tu dan batal pulak wudu’.Kalau batal wudhu, sah sah aku takkan dapat solat balik di tempat aku solat skarang sebab orang terlalu ramai. Silap2 tak dapat teruskan solat terawih lansung. Aku memang tak tahan sabar time tu. Lepas solat Isya’, aku cakap kat mak aku. Kami cari mak dia tak jumpa pulak. Mak aku pun tak setuju tetiba budak tu diletakkan di sebelah aku. Then ade pulak orang Pakistan kat saf belakang suruh budak laki tu solat kat saf belakang sebab nampak kitaorang tak selesa dengan keadaan tu. Bagi aku, sama je dia sembahyang kat saf belakang pun, still memutuskan saf jugak. Tapi dah dia suruh budak tu solat sebelah dia, biarlah. Janji emosi aku dah tak terganggu lagi dengan kehadiran budak laki tu solat sebelah aku.

Itulah kadangkala kita ni nak buat baik, tapi cara nak buat baik tu tak berapa kene. Mungkin kaum ibu tu nak kejar pahala solat di Masjidil Haram, sebab ganjarannya 100,000 kali ganda dari solat di masjid lain. Ye, tak salah. Tapi tengok keadaanla. Kalau sampai kehadiran anda untuk mengaut pahala tu akan menyebabkan jemaah lain tak khusyu’, adakah itu adil bagi jemaah lain? Kalau aku la, aku lebih prefer kalau ibu tu solat saja dirumah, tapi pasang niat, dia solat di rumah ni kerana Allah, kerana nak jaga anak-anak, kerana nak mengelakkan mengganggu jemaah lain. InsyaAllah dia akan tetap dapat pahala yang besar disisi Tuhan. Tak semestinya pergi masjid baru dapat pahala yang besar. Banyak lagi cara. Jaga anak tu pun besar jugak pahalanya.

Jadi itulah yang aku ingin tegaskan, dalam kita hendak mencari pahala, sometimes we just have to be rational. And not being selfish. Sebab tak semestinya sesuatu yang nampak baik itu adalah yang terbaik untuk kita. Use your justification. Bukan tak boleh bawak anak ke masjid, boleh, tapi make sure they behave well enough dan anda telah didik mereka tentang adab-adab di masjid. Barulah boleh bawak mereka. And don’t forget, make sure you place them on the right saf!

Di Jabal Rahmah

Di Makkah, ada beberapa tempat yang aku dan jemaah group aku dibawa, antaranya Jabal Uhud, Jabal Tsur, dan Jabal Rahmah.

Yang paling menarik bagi aku kali ni adalah ziarah aku ke Jabal Rahmah kot. Jabal Rahmah ni sebenarnya adalah tempat pertemuan semula Nabi Adam dan Hawa setelah mereka terpisah apabila dicampakkan ke dunia. Kat sini ramai orang tulis nama kat batu jabal rahmah tu. Tujuan dia? Apa ek? Agak agak la...hahahahah! Kali ni aku sempat tulis nama aku kat batu tu, dekat dekat penjuru. Tapi silap la apsal la aku tak amik gambar part yang aku tulis nama aku tu. Tak terfikir. Aku ni memang jenis suka diambil gambar, tapi malas mengambil gambar. Tu yang bawak kamera, tapi 5-6 keping je gambo amik. Lagipun bagi aku, sebelum2 ni pegi dah amik gambar dah kat sini. Tapi memang ralat la tak amik gambar nama aku kat jabal rahmah tu. Kepada sesiapa yang berpeluang ke sana, kalau korang nampak nama aku kat Jabal rahmah tu, tolong snapkan satu gambar...(macamla senang nak cari nama aku antara ribuan nama kat situ...huhuhu).

Tapi tu la. Kat sini banyak betul orang kudung mintak sedekah. Tak tahulah ni sendikit ke ape? Tapi aku secara peribadi sedih tengok keadaan tu, kenapa begitu ramai umat Islam mintak sedekah? Bukan saje yang kudung, yang cukup anggota pun ada mintak sedekah jugak. Sedih sedih. Kalau baginda Rasulullah tengok keadaan umatnya macam ni pun, tentu baginda sedih...

Pertama kali Solat Jumaat

Inilah perkara yang julung-julung kali aku lakukan sepanjang hidup aku. Solat Jumaat. Tak seperti waktu-waktu lain, kali ni aku tergerak hati untuk melakukan solat Jumaat di Masjidil Haram. Aku ingin merasa pengalaman solat jumaat itu biarpun cuma sekali, dan biarlah ibadah yang mungkin hanya akan aku lakukan sekali seumur hidup ini, aku lakukan di Masjid teragung bagi kaum Muslimin, iaitu Masjidil Haram.

Waktu zohor masuk dalam pukul 12.20pm, aku dan mak aku bergerak ke masjid jam 11.15, tapi masjid memang dah penuh giler sampai kami hanya dapat sembahyang di tepi tangga sahaja. Punyalah ramai umat manusia waktu tu, hinggakan Masjidil Haram yang sangat besar tu pun belum cukup untuk menampung jemaah solat Jumaat. Walaupun bukan di kawasan yang terpancar sinar matahari, tempat aku dan mak aku solat tu tetap berkuap sebab banyak orang.

Khutbahnye, memang hanya ada beberapa perkataan je la yang aku faham sebab khutbahnya dalam bahasa Arab. Banyak dah perkataan arab yang aku lupa. So aku diam je time khutbah tu. Habis solat, barula aku tengok ramainya keadaan manusia time solat jumaat tu bila keluar masjid. Umat Islam bukan setakat solat jumaat di perkarangan masjid, bahkan sampai ke lobby hotel berhampiran! Subhanallah! Dalam keadaan panas terik diorang solat! Aku kagum. Benar-benar kagum. Sebab aku sembahyang kat tempat berkuap pun bagi aku dah panas. Walau apa pun, inilah pengalaman solat Jumaat yang paling manis buat aku…melihat jutaan umat Islam beramai-ramai melakukan perintah Allah tanpa mengira keadaan cuaca yang begitu panas sekali. And be thanksful that you are able to perform Jumaat prayer at Malaysia comfortably.

Akibat Degil Tak Bersahur

Kisah ini memang menjadi pengajaran paling bermakna buat aku. Pada hari Khamis terakhir aku di Makkah, tiba-tiba aku rasa malas sangat nak sahur. Berat sangat nak buka mata. Berkali kali mak aku kejutkan aku tapi aku taknak bangun. Aku hanya bangun untuk minum air zam zam dan makan ubat aku. Pastu tidur balik. Mak aku bising, tapi still aku refuse untuk sahur. Tak tahulah kenapa liat sangat. Sampai mak aku buatkan roti sapu peanut butter dan buatkan teh untuk aku paksa aku sahur. Aku pun paksa la diri aku habiskan roti dan minum air teh tu, tapi dok bebel jugakla apsal la mak aku kejut aku sebab aku tengah ngantuk giler. Tak taula angin ape yang datang sampai membuatkan aku malas sangat nak sahur hari tu.

Lepas Subuh, aku dan mak aku pun bersiap untuk buat umrah. Kami memang biasanya buat umrah waktu pagi, sebab pagi tak ramai orang sangat dan tak berapa panas. Tapi bila nak buat umrah hari tu, lepas berniat dan nak buat tawaf, suddenly I feel like so tired. Sebelum ni umrah aku yang pertama je yang letih. Umrah kedua sampai ke 6 so far Alhmdulillah, aku dah regain energy. Tetiba bila nak buat umrah ketujuh ni, aku jadi letih even before tawaf lagi. Tak tahu kenapa. Cuma aku terasa ni sebab merungut rungut time sahur tadi la ni. Memang hari tu seksa sangat aku nak habiskan umrah. Even solat sunat tawaf pun aku buat dalam keadaan duduk. Lepas solat tawaf, aku tidur dulu kat masjid dalam sejam, pastu baru sambung sa’ie. Nak buat sa’ie pun, Astaghafirullah! Asyik kene berhenti je sebab tak larat. Memang bagi aku, aku boleh rasa sangat bende ni semua balasan Tuhan kat aku ni. Aku menyesal sangat sebab merungut rungut time sahur tadi, tapi still aku tak dapat regain energy aku. Aku taknak sambung umrah ni lepas buka puasa, sebab yang pertamanya, masa lepas maghrib terlalu singkat, nanti lepas tu orang terus bersiap untuk Isya dan solat Tarawikh, lagipun bagi aku, susah nak jaga pantang larang Ihram lama lama. Tu yang aku nak settlekan jugak umrah aku supaya boleh lepas dari pantang larang Ihram.

Lepas sembahyang Zohor, bila sampai hotel, aku terus collapse. Kaki lenguh giler. Aku dah kata kat mak aku, ‘Mak, Asar ni wangi sembahyang kat bilik…tak larat nak pergi masjid dah’. Mujur mak aku faham. Dia pun suruh rehat. Dia tanya nak buka puasa ke? Tapi bagi aku, aku kene kuat. Memang aku letih macam dah nyawa-nyawa ikan dah, tapi aku rasa takde la sampai ‘tercabut roh’ kot disebabkan puasa, Insya Allah. Takkanla datang ke Tanah Suci tak puasa pulak. Tapi ada sorang makcik kat bilik aku yang keluarkan statement yang cukup mengguris perasaan aku, ‘Tu yang tak betul tu, pergi umrah sampai tak pergi masjid’. Astaghfirullahal ‘Azim! Aku dahlah tengah sakit, nak gugur jantung aku degar statement dia! Ada banyak hujjah aku nak counter balik sebenarnya, tapi aku diamkan aje. Yang pertamanya, dia tahu ke bagaimana keadaan aku sekarang? Dia ingat aku ni sakit sakit manje ke sakit mengade ngade? Aku takde tenaga rasa macam dah separuh nyawa nak kluar. Dia boleh cakap macam tu? Apa yang berlaku ni bagi aku balasan bagi apa yang berlaku waktu sahur tadi, tapi janganla sampai dia pulak kene balasan tuhan atas statement dia tu. Kat Makkah ni memang tak boleh salah cakap. Salah cakap je, siap la...Yang keduanya, betulke solat di masjid tu lebih utama dari buat umrah? Bende ni aku tanya gak kat mak aku, mak aku sebelah aku. Dia kata, ‘Kalau tak buat umrah pun tak betul jugak, sebab kat sini je kita boleh buat umrah. Tempat lain mana boleh’. Memang la sembahyang di Masjidil Haram tu pahalanya besar, tapi aku tak berniat nak tinggalkan solat di Masjidil Haram kerana nak buat Umrah. Macam yang aku kata tadi, aku start rasa letih bila nak start tawaf. Kalau sebelum niat umrah aku dah rasa letih, takdela aku paksa diri. Dan yang ketiganya, aku tinggalkan solat jemaah di Masjid tu sebab nak pertahankan puasa aku. Aku tak berani jamin yang aku takkan pengsan dalam perjalanan aku ke Masjid sebab aku memang berjalan dalam bilik pun dah terbongkok-bongkok dah. Jadi kalau kerana nak buat solat di Masjidil Haram tapi terpaksa mengorbankan puasa, mana lebih afdhal? Lagipun bukanla aku tinggalkan solat fardhu, aku still solat, cuma bukan kat masjid je. Dalam bilik. Itu pun jadi isu ke? Itulah kadang kadang kalau kita tak faham keadaan orang, lebih baik jangan bercakap. Kalau nak bagi pendapat pun janganlah sampai nak guris hati orang...

Selamat Tinggal Baitullah!

Pejam celik pejam celik, akhirnya masa untuk aku pulang ke tanah air dah tiba. Penerbangan aku dijadualkan pada hari jumaat, 4.40 pm waktu jeddah dan dijadualkan tiba di Malaysia pada hari Sabtu sekitar jam 2.00 pm. Mujurlah aku dah bertambah sihat dari semalam, walaupun sahur tadi pun rasa macam nak demam je. Start dari semalam, aku dah start kene selesema dan batuk batuk. Isk, bukan H1N1 la, insyaAllah! Rasanye pasal perubahan cuaca. Cuaca kat sana panas, dalam bilik aircond sejuk giler, pastu banyak minum air sejuk. Air zamzam pun minum yang sejuk punyer.

Alhmadulillah, aku berjaya melakukan 7 kali umrah untuk trip kali ni. Mak aku lagi best, dia dapat buat 8 kali. Semasa tawaf wida’ (Tawaf selamat tinggal), memang terasa sayu betul. Aku tengok Kaabah puas puas. Entah bila aku akan dapat mengunjunginya kembali. Sambil tawaf, aku kembali berdoa. Doa buat yang ke sekian kalinya sebelum melangkah pergi dari bumi bertuah ini. Ada 4 perkara yang aku doakan, dan pada tawaf wida’ ni jugak sekali lagi aku sampaikan doa kawan-kawan yang minta aku panjatkan doa di sana.

Kepulangan aku dan mak aku setelah tawaf wida’ diiringi angin yang bertiup sejuk sekali. Cuaca sangat indah pagi tu. Akhirnya aku dan jemaah group aku meneruskan perjalanan menuju ke Jeddah, Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiada apa yang menarik tentang perjalanan balik ni. Aku dan mak aku akhirnya tiba di KLIA pada hari Sabtu jam 2.20 pm. Disambut oleh ayah, adik, dan ibu saudaraku.

And here I am at Malaysia. By the time I am writing this blog, aku sedang MC dua hari. Semalam waktu pegi keje pun pakai mask kat office sebab batuk dan selesema agak teruk. Tapi Alhamdulillah dah beransur kurang sekarang. Mesti diorang risau tengok aku dok batuk dan selesema semalam. So to my officemate, jangan risau! Wani bukan kene H1N1 la….huhhuhuhu!

Apa yang boleh aku katakan, trip umrah Ramadhan aku hari tu memang cukup bermakna. Tapi aku rasa mungkin lepas ni aku kene simpan duit untuk haji pulak. Asyik pegi umrah je tapi tak pernah buat haji tak kene jugak. Cuma aku tak aim buat haji sekarang, mungkin bila dah kawin and I think I am physically and mentally strong, okla kot pegi haji. Kalau tak, sape nak jaga aku?

Oklah...itu saje yang sempat aku kongsikan dengan semua. Maaf kalau ada apa apa yang aku tulis ni yang mengguris perasaan, sebab aku hanya manusia biasa yang tak terlepas dari membuat kesilapan. Aku harap segala apa yang aku tulis ni akan membangkitkan keinginan pembaca-pembaca blog ini untuk ke sana. InsyaAllah, pengalaman di Tanah Suci akan menjadi kenangan terindah bagi setiap orang Islam yang pernah menjejakkan kaki ke sana.