Friday, September 30, 2016

Muka Hensem Tapi PENIPU?

P/S; Post ini bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa. Cuma apa yang baik kita amik, apa yg buruk kita tinggalkan. Kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata, hmmm...binasa badan.

Terlajak kata, termasuklah kes berkasar dengan orang, menipu, memfitnah orang, macam macamlah... Baru baru ni, kecoh dalam media sosial, seorang Mentor Bisnes yang terkenal, ok, aku bahasakan sebagai Dr. X la ye, yang dikatakan sebenarnya tak mendapat gelaran Doktor pun. Universiti yang dikatakan menganugerahkan ijazah kedoktoran kat dia menafikan yang Dr. X pernah buat phD kat universiti tersebut.

TERKEJUT. Ye, aku pun salah seorang yang terkejut dengan berita ni.

Aku pernah pergi seminar keusahawanan Dr. X ni. Tapi yang murah je la. RM10 je seminar dia waktu tu, untuk burung awal (early birds). Bagi aku, aku sangat berpuas hati dengan pengisian seminar tu. Siap dapat buku percuma lagi. Walaupun seminarnya yang aku pergi dulu, pada pandangan aku, lebih bersifat kepada motivasi, ianya amat berbaloi dan banyak juga membuka mata aku. Tapi aku tak pergi la lagi ke Seminar lanjutan nya yang ramai orang kata harga beribu riban tu...sebab bagi aku, kalau seminar yang RM10 tu pun aku tak dapat lagi nak praktik point yang dia ajar, aku takdelah nak pergi ke seminar lanjutannya.

Tapi lepas kecoh tentang isu gelaran Doktor tu, hmmm...aku taknak bagi apa apa komen. Sebab dia pun tak keluarkan apa apa statement lagi. Bagi aku, baik aku tak payah letak apa apa impression.

Teringat pulak, kes macam ni dulu pernah berlaku kat salah seorang juri rancangan realiti masakan kat Astrok. Juri tu punyalah hensem. Aku impress tengok dia. Dahlah hensem. Pandai masak pulak tu. Memang bonusla untuk bini dia, pendapat aku waktu tu.

Tapi suddenly viral pulak yang sebenarnya dia tak pernah pun menjadi ketua chef kat salah sebuah restoran terkenal kat luar negara seperti mana yang digembar gemburkan di Astrok. Oh Em Gi. Muka hensem giler tapi boleh pulak menipu. Bagi aku, ko hensem macam mana pun, kalau dah menipu dalam kes yang agak berat, hmmm...pikir sendiri la ayat seterusnya. Malas nak abiskan.


Sekadar Gambar Hiasan 

Dan pernah juga kes salah seorang penyanyi yang hensem jugak, dengan gelaran Doktor jugak. Sekali viral kata dia sebenarnya tak dapat pun gelaran doktor tu. Ke kedoktoran dia tak diiktiraf ntah. Lepas viral barulah dia dah tak guna gelaran doktor tu. Hadoyai...

Perlukah ada penipuan dalam isu isu besar macam ni?

Bagi aku, aku akan tetap respect seseorang berdasarkan apa yang dia dah achieve. Tak kiralah samaada ko hanya ada SRP je. Kalau dengan SRP ko tu ko boleh achieve jadi jutawan atau seorang yang sangat berbakat atau berkemahiran yang tinggi, bagi aku, itu lebih mengagumkan. Jadi, kenapa perlu hadap sangat dengan gelaran doktor?

Ye, mungkin, mungkinla sebab ramai orang yang sangat terpersona dengan gelaran Doktor. Sampai membuatkan sesetengah orang berfikir kene ade gelaran doktor baru boleh dapat kepercayaan orang lain. Terpulang. Tapi sekali dah kantoi, kemungkinan untuk hilang kredibiliti tu SANGAT tinggi. Baiklah berterus terang benda yang betul je. No matter what.

Aku tak fikir semua yang nak pergi seminar keusahawanan Dr. X tu pergi disebabkan gelaran Doktor tu. Aku secara jujurnya, pergi sebab aku dengar banyak feedback orang yang jadi jutawan lepas jadi protege dia. Bukan sebab gelaran doktor. Sikit pun tidak. Meski pun kalau dia hanya ada SRP, kalau dia dah buktikan kebolehan dia, aku akan tetap respect dia. Tapi bukanlah dia hanya ada SRP. Aku bagi contoh je tu. Moga moga apa yg berlaku pada Dr. X  hanyalah salah faham. Kesalahan apa pun dia buat, aku tetap anggap dia sebagai guru aku, sebab aku pernah dapat ilmu dari dia, CUMA, apa yang betul, kita kata betul, apa yang salah, kita kene perbetulkan. Jangan terus membela sesuatu kalau dah terbukti tak betul. Aku masih menuggu press conference atau jawapan Dr. X tentang isu  ni.

Apa apa pun, aku harap takdelah lagi kes kes macam ni di masa depan, dan janganlah aku terpaksa berurusan dengan orang yang menipu. Dan janganlah aku berjumpa denngan penipu. Dan janganlah aku kene tipu. Tambah pulak kes menipu yang berat. Coz once I lost my respect, its quite hard to gain the respect again.  Not only me, but I believe for most people. Jaga kepercayaan orang dari awal perkenalan.....Itu je pesanan aku. Dan peringatan untuk diri aku sendiri.   Meh aku habiskan entry kali ni dengan serangkap pantun,


Putih Putih Melati
Merah Merah Delima
Siapa Yang Cakap Jujur
Pasti Ku Terima

(Errkkk.....Pantun Ke?)