Monday, December 28, 2009

Mak Esah oh Mak Esah!!!

Salam,

Posting aku kali ni aku nak bercerita tentang ‘Mak Esah’ dan ‘Tok Moh’. Mak Esah dan Tok Moh yang aku maksudkan bukanlah nama sebenar. Sekadar simbolik kepada orang-orang yang bergelar bomoh dan mereka-mereka yang mengamalkan ilmu hitam.

Inilah Mak Esah yang aku maksudkan...(sekadar gambar hiasan)


Pagi semalam, masa aku tengah lepak dalam kereta sambil menunggu pukul 8 sebelum masuk ke ofis, aku dengarla siran radio HotFM. Then adelah sedutan panggilan Hot Jam. Topiknya adalah mengenai ‘Petua’. Caller tu cakap, dia nak bagi petua mudah bersalin. Nak tau apa dia cakap? “Ni petua ‘mak esah ni’. Kalau nak mudah bersalin, bangun pagi merangkak 3 kali, lepas tu kalau banyak dosa dengan suami, pagi pagi bangun hisap ibu jari kaki suami. Mak saya amalkan ni, dan mudah dia bersalin bila dia lahirkan keempat-empat anak dia’.



'Isap ibu jari kaki? Macam ni ke?'



Astaghfirullah! Aku beristighfar panjang……

Ade beberapa isu yang aku nak kupas disini.

Pertamanya, petua tu sendiri nampak macam pelik dan menakutkan. Hisap ibu jari kaki suami? Isk isk isk. Yang aku pernah dengar, kalau nak mudah bersalin, kene mintak maaf banyak banyak kat suami. Mintak dia maafkan segala dosa. Dan juga mintak maaf kat orang-orang lain macam family dan kawan-kawan. Ni kenapa nak mengamalkan petua mak esah yang mengarut tu? Petua tu takkan beri apa apa manfaat atau mudarat. Hanya setan yang akan tergelak besar melihat anak adam itu mengikut petua mak esah tu.



"Kah Kah Kah! Bodohnya manusia ini ikut saje apa yang aku cakap. Padahal aku tipu dia je!". Puas hati setan-setan tu!!


Keduanya, nampak tak petua tu akan menjauhkan diri manusia daripada menjadi baik? Sebab kalau dah banyak dosa dengan suami tu, caranya mintak maaf je. Ni ape ke jadah pi hisap ibu jari kaki dia? Petua tu akan menyebabkan para isteri itu tak perlu mintak maaf pada suami. Sebab bagi mereka, ‘Apa susah? Kalau aku buat salah pon nanti aku isap la ibu jari kaki dia!’

Ketiganya, bila dia mengatakan dengan sebab petua tu mak dia mudah bersalin, bagi aku itu dah lari akidah dah. Petua (yang baik) hanyalah sekadar usaha, selebihnya ketentuan Tuhan. Hakikatnya, bukan petua tu yang menyebabkan mak dia mudah bersalin.

Mengamalkan petua-petua sebenarnya tidak salah, asalkan bukan yang sampai memesongkan akidah. Ada pendengar lain bagi petua kalau sakit tengkuk bangun tidur, jemur bantal yang digunakan masa tidur tadi tengah panas. Bagi aku petua macam tu takde masalah untuk diamalkan. Walaupun aku rasa sebenarnya semuanya adalah berkaitan dengan psikologi semata-mata. Bila kita jemur bantal tu tengah panas, minda kita akan berkata yang kita nak tengkuk kita baik, dan sedang berusaha ke arah itu. Sistem imuniti akan bertindak dengan membantu menyembuhkan sakit tengkuk tadi. Bukanla pasal bantal tu. Aku rasa la. Sebab apala kaitan bantal tu lagi dengan tengkuk kita bila kita dah tak tidur atasnya?




Mungkinkah salah seorang penghuni rumah ni sedang mengalami kesakitan tengkuk?



Lagi satu, contohnya dalam kepercayaan terhadap suatu perkara akan mengakibatkan satu perkara. Contohnya waktu aku skolah rendah dulu, aku slalu dengar, tak boleh amik gambar 3 orang sekali. Kalau amik gambar 3 orang skali nanti salah seorang daripada yang dalam gambar tu akan mati. Aku yang waktu tu belom pon mencapai tahap cukup umur, percaya la cakap kawan-kawan tu. Dan semakin hari bila difikirkan barulah nampak yang bende ni semua tak logik. Tak logik tu takpe, tapi kepercayaan ni pon melibatkan akidah. Sebab ajal maut ditangan tuhan, bukan bergantung pada gambar yang diambil. Ade lagi ke orang percaya dengan bende camni? Harap-harap taklah….


Alhamdulillah, setakat ni aku, Lini, dan Wennie masih lagi bernyawa...jadi tak betolla amik gambo 3 orang tu, sorang akan mati kan?

So the moral of the story is, dalam setiap kepercayaan dan petua yang kita amalkan, cuba renung-renung balik samaada ianya bercanggah dengan syara’. Jangan sampai kita tergolong dalam orang yang syirik. Na’uzubillah… jangan sampai kita meminta tolong dengan Mak Esah dan Tok Moh …Kalaulah ada antara korang yang ‘ter’kawan dengan Mak esah atau Tok Moh ni, masih belum terlambat untuk pulang ke pangkal jalan. Dan bagi yang tak pernah ‘kawan’ dengan mereka, tak payahlah nak cuba cuba kawan…takut nanti sampai mati hidup tak tenang...

Thursday, December 24, 2009

Aku Dan Blogku

Salam...


Dalam zaman serba moden nih, boleh dikatakan semua orang ade blog. Dari budak sekolah hinggalah menteri, masing-masing mempunyai blog. Ada yang berkisar tentang kisah keluarga, politik, menceritakan tentang hobi, dan tak kurang juga dengan blog copycat dimana blogger nyer hanya copy and paste bende yang menarik yang dia dapat dari email atau blog orang lain ke dalam blognyer. As for me, aku menulis blog untuk kepuasan diri aku sendiri. Biasanya dalam blog aku, aku bercerita tentang perkara yang berlaku pada diri aku, luahan perasaan aku, samaada gembira, sedih, marah, dan macam macam lagi. Dan kadangkala ada juga teguran yang aku sampaikan melalui blog aku. Bagi aku, blog aku adalah medium perhubungan aku dengan mereka yang mengambil berat tentang aku.

Diam tak diam, nampaknya dah 4 tahun aku menceburkan diri dalam dunia penulisan blog ni. Bermula dengan blog friendster yang aku namakan 'Small And Mighty Blog' sehinggalah blog aku yang sekarang ni, 'Dari Keyboard Wani'.

Aku bermula dengan blog Friendster sebab dulu aku ramai member kat Friendster, dan Friendster akan hantar update kat friend list aku bile aku update blog. Tu yang menarik dan sebab tu aku pilih blog friendster dulu. Tapi skarang aku dah berubah hala ke blogspot, sebab utamanya, office aku tak boleh access friendster, dan friendster pon dah kurang glamer dengan kemunculan pesaingnya Facebook. Aku pon dah lama tak login ke friendster account aku. Kenapa ye Facebook tak sediakan ruang blog untuk penggunanya? Bile update blog je, terus kluar dalam News Feed. Kalau ade blog Facebook, mesti makin ramai menulis blog kan?

Walaupun tak ramai pon yang mengikuti blog aku, aku dapat kepuasan bila menulis. Macam yang aku cakap, aku menulis untuk kepuasan diri. And I dont bother to promote it for the time being. Biarlah pemantau pemantau setia blog aku saje yang terus baca blog aku.

Tapi yang menariknya, blog aku ni bagi aku macam ada magik. Kenapa? Sebab walaupun tak ramai yang ikut, tapi kalau aku niatkan dalam hati supaya seseorang tu baca blog aku, dia akan sampai jugak ke blog aku. Mungkin korang juga sampai ke sini sebab korang adalah antara orang yang aku niatkan untuk baca blog aku? Siapa tahu? Macam yang pernah berlaku waktu aku kat UIA dulu. Aku ade tulis pasal seseorang, tanpa mendedahkan identitinya, dan aku niatkan semoga dia akan sampai ke blog aku. Dan dengan kuasa Tuhan, lebih kurang seminggu lepas tu, memang dia baca blog aku dan dia tahu orang yang aku maksudkan dalam tulisan aku tu adalah dia sendiri. Aku tahu dia baca blog aku pon daripada kawan dia, sebab kawan dia ada bagitau aku, 'Dia dah jumpa sendiri dan baca blog ko!'. Bagi aku itu memang satu perkara yang ajaib sebab aku tak pernah deal dengan dia except for formal thing, itupon cakap dalam beberapa ayat je. Aku sendiri tak tahu yang dia kenal nama aku. Dan dia boleh sampai ke blog aku sendiri, tanpa diberitahu oleh sesiapa, seminggu lepas aku tulis pasal dia. Ajaib kan? Tak payahlah aku ceritakan macam mana dia boleh jumpa sendiri blog aku tu, sebab panjang pulak tulisan ni nanti...

Salah satu sikap yang perlu ada pada penulis blog adalah ketahanan mental. Sebab kadang kadang ade orang yang 'psycho' dan busuk hati akan bagi komen yang bukan bukan dalam blog anda. Aku pernah kene situasi ni. Tapi silap besarla. Komen pertama dia tulis dengan nama sebenar, so aku tahu komen-komen seterusnya datang dari dia. I dont care. I know that minah also memang skru dia longgar skit (sorry to say this). Tapi memaki hamun orang dalam blog sebenarnya hanya akan dilakukan oleh orang yang tak bijak. Sebab tu bila kawan-kawan aku kata, "Wani, kenapa tak delete je komen macam tu?". Aku akan jawab balik, "Biarlah, biarkan komen tu kat situ supaya orang nampak attitude dia yang suka maki hamun orang dan pikirannya yang tak bijak". Dan satu yang blogger kene ingat, kalau tak berani terima kutukan dan kritikan, tak payahlah menulis blog. Ambil kritikan yang membina dan abaikan kutukan yang membunuh.

Setiap orang ade cara tersendiri menulis blog. Blog tidak semestinya panjang (walaupon ramai yang kata blog aku ni tulis panjang2, huhuhu), tapi harus padat dengan isi-isi yang menghiburkan. Umpama cerita Kuch Kuch Hota Hai, walaupun lama, orang boleh tengok berjam-jam sampai habis sebab banyak adegan yang menyentuh hati, bukan macam cerita yang membosankan yang tak sampai 15 minit pon orang dah mengantuk. Macam tu jugalah dengan blog, ia harus padat dengan 'ayat ayat power' dan menyentuh hati supaya pembaca akan baca cerita dalam blog tu sampai habis. Blogger harus pandai menyampaikan situasi yang berlaku dengan menarik dalam tulisan mereka supaya pembaca bukan sekadar membaca, tapi seolah olah berada dalam situasi yang sedang diceritakan. Muatkan blog dengan gambar gambar yang sesuai. Ni aku sendiri jarang praktik sebab takde mase nak cari gambo yang comel comel untuk diletak dalam blog. Tapi bab ni adik aku terer. Blog dia dimuatkan dengan banyak gambar-gambar menarik. It takes your effort to produce good blog posting. Guna kreativiti sendiri untuk mempersembahkan blog anda. Macam penyanyila, kene ada identiti sendiri. Disitulah anda akan dapat banyak stalker.

Dan kepada mereka yang rajin pantau blog aku, terima kasih banyak banyak. Apalah makna blog aku ni tanpa pembacanyer (ewahhh..). Dan terima kasih sebab bagi semangat untuk aku terus update blog aku walaupon sekarang aku semakin ketandusan idea...tu yang tulis topik nih...huhuhuhu....Till then, Wassalam...

Tuesday, December 15, 2009

Cinta Dalam Muamalat

Betul ke cinta itu buta? Mmm...susah nak jawab. Tapi pada pendapat aku, cinta itu memang buta, cuma jangan biarkan ia membutakan mata hati kita. (Aiii...apa mimpi la pulak si wani ni? Aku pon tatau, sejak akhir2 ni asyik tulis topik hati dan perasaan je...)

Aku pernah dengar satu pepatah, begini bunyinya...jika anda memancing ikan dan anda telah dapat ikan itu, jangan dilepaskan kembali ikan itu ke dalam air. Kerana ikan tadi akan menanggung kesakitan akibat kesan terkena mata kail tadi. Begitulah diumpamakan cinta. Jika anda telah memberi harapan kepada seseorang, janganlah kemudian anda meninggalkannya, kerana dia akan menanggung kesakitan dari harapan kosong yang anda berikan... Mula-mula pancing, lepas tu dilepaskan...mula-mula suka, lepas tu dibuang...

Dan aku pernah dengar satu statement dari seorang lelaki, katanya...lelaki akan cuba sedaya upaya untuk attract ramai gadis, dan dia akan pilih yang terbaik. Tapi malangnya dalam usaha lelaki itu untuk attract gadis, ramai pulak antara gadis tu yang 'perasan' lelaki itu suka kat dia. Teringat pulak aku pada lirik lagu Hey Ladies nyanyian Rossa. Sudah ku bilang jangan terlalu yakin, Mulut lelaki banyak juga tak jujur... Memang benar situasi tu. Dan tipulah aku kalau aku kata aku tak pernah terperangkap dalam situasi macam tu. Ada orang baik ngan aku, aku ingat dia suka kat aku, but suddenly....aku jatuh tersungkur....dan luka aku terjatuh itu sebenarnya belum 100% pulih sampai sekarang walaupun bende tu dah lama jadi...dan bagi aku, luka aku hanya akan pulih bila aku kawin...sebab tu aku harap cepatla aku kawin, selain nak sempurnakan agama aku, itu je cara untuk aku ubat hati aku.

Bukanlah aku bermaksud menyalahkan sesiapa, sebab aku tahu aku pon silap jugak sebab sape suruh cepat sangat perasan?. Cuma bagi aku, lepas ni aku akan lebih berhati hati. Dan aku takkan anggap orang yang aku suka pun suka kat aku jugak sampai dia bagitau aku sendiri secara direct yang dia suka kat aku. Itulah pengajaran yang aku dapat. Biarlah... biarkan semuanya berlalu walaupun segalanya masih menjadi trauma pada aku.

Tapi bagi aku la, dalam pergaulan, jangan sampai kita beri harapan kosong kat orang disekeliling kita. Mungkin bagi anda, anda hanya ingin mencari yang terbaik. Nothing serious. Setakat usik mengusik apa salahnya? Tapi kita tak tahu sejauh mana ia akan memberi kesan ke atas orang yang kita beri harapan itu. Kalau nak bergurau apa apa perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan pon, tengok tengok orang la...bukan dengan semua orang kita boleh bergurau hal hal macam tu. Dan kita jugak kene ingat, bukan semua orang kuat imannya dan boleh terima apa yang kita buat kat dia...dibuatnya orang yang anda beri harapan kosong tu tak boleh terima kenyataan, dia guna ubat pengasih la ape ke jadah semua tu, sape nak jawab? Na'uzubillah....

So the moral of the story is, cara untuk mendapatkan pasangan yang terbaik adalah dengan memperbaiki diri sendiri dahulu dan kemudian berdoa pada Tuhan. Jika anda tidak benar-benar suka pada seseorang, jangan sekali-kali bagi dia harapan, at least atas dasar kemanusiaan. Sebab takut satu hari nanti kita pulak akan diberi harapan kosong oleh orang yang kita sayang....

Friday, December 4, 2009

Nak Tegur Atau Nak Tembak Orang?

Dalam kehidupan seharian kita, kita sebagai manusia biasa memang sentiasa buat silap. Takde orang yang perfect. Termasuklah aku. Semua orang tahu fakta tu.

Sebab tu, kalau kita nak tegur apa apa kesilapan yang perlu diperbaiki, cuba tegur dengan cara yang paling bijak dan berhikmah. Kenapa aku nak tulis pasal topik ni? Sebab tadi aku baru kene 'tembak' dengan seorang manusia yang memang tak ngam dengan aku dan asyik nak tembak aku dan cari weakness atau apa apa perkara slek yang aku buat.

Aku pon heran kenapa la dari dulu lagi manusia ni asyik nak cari pasal dan asyik nak serang aku. Aku ni bukan tak boleh terima teguran, tapi aku cukup benci bila teguran tu disampaikan dalam bentuk sindiran dan bukan bertujuan untuk memperbaiki, tapi untuk hentam orang. Apatah lagi di dalam meeting dan didepan orang ramai. Dari dulu lagi dia memang suka jatuhkan air muka aku depan orang. Tu yang aku rasa nak sepak je manusia tu. Dan makin menebalkan kebencian aku kat dia. Sebab nampak sangat sebenarnya dia nak buat serangan peribadi kat aku. Apa apa je yg aku handle, dia akan cari kekurangannya.

Seriously aku bukan jenis orang yang sangat ego dan taknak langsung terima teguran. Aku boleh terima teguran dari team member lain sebab bagi aku, team member lain tegur untuk improvement, dan aku tak terasa pon. Tapi manusia tu memang tegur untuk jatuhkan air muka aku. Tegur utk serang aku. Sebelom ni aku pernah kata pada diri aku sendiri yang aku akan benci dia sampai mati, dan sekarang aku dah tak tahu nak kata apa dah. Dah habis tahap kebencian aku kat dia.

Kalau nak ikut-ikutkan, aku pun ade perkara yang nak aku sampaikan untuk tegur kekurangan yang dia buat dalam post mortem program tu. Memang aku niat nak sampaikan point aku dengan baik dan memang utk improvement. Ade je bende yang slek dia buat. Tapi bila awal awal lagi dia dah tembak aku, terus aku takde mood nak cakap. Bila aku dah taknak bercakap, bermakna aku dah berada dalam tahap marah yang tertinggi.

Oleh itu, kalau tak tahu cara tegur yang berhikmah, baik diamkan diri. Itulah prinsip aku. Bukan maksud aku tak payah tegur. Tapi kalau kita tegur orang dengan cara yang buruk, kita hanya akan menambah kebencian orang pada kita. Apa yang nak ditegur pun mesti ikhlas dan bukan nak berniat utk serang orang secara peribadi.

Perkara tu membuat aku renung balik diri aku. Adekah aku menegur dengan baik bila diperlukan? Kalau adelah perkara yang aku pernah tegur korang dan membuatkan korang terasa hati, aku mintak maaf banyak banyak. Dan aku tak pernah berniat nak lukakan hati sesiapa dalam teguran aku. Sebab aku taknak orang simpan kebencian kat aku sebagaimana aku simpan kebencian kat manusia tu. Ya, aku tahu aku perlu buang rasa kebencian dalam hati aku. Tapi mungkin bukan sekarang. Mungkin satu masa nanti, yang aku sendiri tak tahu bila. Sekali lagi, maafkan aku kerana tak mampu menjadi seorang yang pemaaf.........................................