Wednesday, November 11, 2015

REZEKI, SEDEKAH, DAN ....


AMARAN: ORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF DAN SUKA BERPRASANGKA BURUK DILARANG MEMBACA POST INI, KERANA DENGAN MEMBACA POST INI ANDA AKAN MERASAKAN PENULISNYA ADALAH SEORANG YANG BAJET BAGUS, BELAGAK ALIM, ETC.

Waahhh...siap bagi amaran lagi tu...hihi..ok amaran tu mmg betul. Sebab apa yang aku nak cerita ni adalah tentang pengalaman aku. Sebab orang yang berfikiran negatif definitely akan kata aku tulis untuk  menunjuk-nunjuk. Tapi bagi aku, ada masanya satu kebaikan itu perlu dihebahkan untuk menggalakkan orang lain mencontohi atau mengambil teladan yang baik. Para sahabat Nabi sendiri ada yang mempamerkan amalan yang dibuat agar jadi inspirasi dan menggalakkan orang lain untuk sama sama buat perkara yang sama. Soal riyak, belagak alim, bajet bagus, semua tu aku serahkan kat Tuhan sebab dia yang tahu niat hambaNya. So just kosongkan minda dan terima apa yang aku tulis dari sudut positif ye...

Ok kali ni aku nak bercerita pasal  soal rezeki dan Umrah. Ada 2 perkara yang korang kena tahu dulu tentang aku (bagi yang tak ikuti blog ni, atau baru first time baca blog aku), iaitu..

1)  Bulan Mac 2015 hari tu aku baru tunaikan umrah. Itu sebenarnya adalah kali ke tujuh aku ke  tanah suci tunaikan umrah.

2) Aku akan menunaikan umrah sekali lagi untuk kali ke 8, pada bulan Disember ini.

Jadi, apa kaitan fakta (1) dan fakta (2)?

OK..nanti aku terangkan kaitannya...dan korang akan paham...

Pertamanya yang aku nak highlight, adalah soal rezeki. Pernah seorang kawan aku dari ofis lama, yang tahu aku selalu pegi Umrah, kata kat aku, yang mana pernyataannya adalah..

"wani, walaupon kau belum kahwin lagi, tapi tuhan selalu bagi rezeki kat kau dapat berkali kali pergi umrah. "

Statement dia betul betul buat aku sedar. Sedar apa? Sedar yang rezeki tu Tuhan beri dalam perlbagai cara. Jodoh jugak rezeki. Menjadi tetamu Allah juga rezeki. OK fine siapa yang pada usia 32 tahun belum kawin tak terasa kan? Of course la terasa tgk anak anak kawan semua dah besar besar. Yang aku ape pon takde. Tapi, statement kawan aku tu  betul betul buat aku sedar yang, Dia belum beri aku rezeki dari segi jodoh, tapi Dia selalu beri rezeki dari segi selalu jemput aku menjadi tetamuNya. Sangat kerap. Bagi aku, tak banyak orang yang dikurniakan rezeki macam tu. Ye, kalau ko tinggal dekat Makkah bolehla ko slalu buat Umrah, tapi kite orang malaysia ni tinggal jauh, Nak pegi banyak kos. Tapi Alhamdulillah rezeki itu tetap ada untuk aku. Ramai kawan kawan tanya, "wani banyaknye duit dah banyak kali pergi umrah.."...apa yg aku jawab? Aku sendiri tak tahu mana datang duit tu. Betullah, Family aku pon biasa biasa je, tapi apa yang aku dapat cakap adalah...haaaaaa....cuba baca point kedua..

Point kedua, apa yang aku dapat cakap adalah, memang betul Tuhan akan ganti balik apa yang kita dah belanjakan ke jalanNya. Ye betul. Susah nak difahami tapi kene yakin yang perbelanjaan tu tak kemana, then insyaAllah ade sumber rezeki lain masuk untuk menggantikan belanja yang dikeluarkan tu. Sedekah? Ye, kene banyakkan sedekah walaupon tengah tak banyak duit/susah. Kalau ikutkan, dengan keadaan aku yang dah berenti keje dan baru nak start bisnes ni, patut aku saving je duit yang ada. Tapi, ntahla...hati aku kata, pejam je mata, pegi je umrah. Kenapa? Cuba baca point ketiga...

Point ketiga, aku nak jugak pegi Umrah sebab ini adalah doa aku. Jadi setiap kali ade peluang ke sana, aku takkan lepaskan, Sebab, pada tahun 2013 waktu pegi dulu, aku start berdoa supaya dapat sampai ke Tanah Suci setiap tahun. Ye, aku mintak setiap tahun. Dan Alhamdulillah setakat ni mmg dapat pegi setiap tahun kalau mengikut setiap tahun hijrah. Kadang kadang kita terlalu takut nak berdoa. Alahai risau pulak nak berdoa nak sampai setiap tahun. Takut banyak komitment pulak. Kalau itu yang dirisaukan aku tak dapat nak tolong apa apa. Selagi boleh doa, doa jelah walaupun kita rasa doa kita terlalu tinggi. Contohnya, aku pernah tengok drama melayu, dialognya,

"Aku nak buat kubur (mati) kat mekah"...

Kawan yang dengar cakap, "Amboi tinggi impian tu"...

Nampak tak pandangan masyarakat kita? Nak berdoa mati kat mekah pon mcm impian yg terlalu tinggi. Doa je lah. Bukan kene bayar pon. Aku sampai sana pon memang aku doa, aku harap kalau Tuhan nak ambik aku, biarlah antara dua tanah haram (makkah atau madinah). Aku memang banyak dosa. Serius, Tapi, salah ke doa aku? Yang salahnya adalah bila kita takut berdoa, Bukan orang baik je mati kat tanah haram. Kita yang biasa biasa ni pon doa je lah kalau nak mati kat sana. Ke takut nak doa pasal mati? So setiap kali nak pegi ke tanah haram, aku akan lebih prepare...mana tau kot kot dah sampai masa mati kat sana...orang 'suci' je ke boleh mintak doa mati kat sana? kalau macam tu sampai bile pon susahlah dan nabi je lah layak doa macam tu...nak doa mimpi jumpa nabi? Doa je la..kenapa takut? Siapa pun kita, walau byk doa, doa je...jgn sbb kita rasa diri kita byk dosa, kita tak berani nak doa...

Point ketiga, lapangkan fikiran tentang ibadah yang orang lakukan, Ada orang yang mempertikaikan, buat apalah buat umrah setiap tahun. Banyak lagi amalan lain boleh buat. Jangan terkejut memang ada orang macam ni, bahkan di kalangan 'cerdik pandai' pon ade. Aku tak tau nak kata apa kat orang macam ni. Hal ibadah pon nak pertikai. Nabi tak pernah larang kau pulak nak pertikai. Kau siapa? Suka hati akulah aku nak pergi setiap tahun. Salah ke aku nak lawat Nabi? Salah ke aku nak lawat Baitullah? Bagi aku, aku tak pernah pertikai orang kaya yang buat umrah/haji sekali je walaupun lebih dari mampu...aku tak pernah pertikai orang yang mampu tapi tak sampai sampai lagi ke sana...jadi kenapa kau perlu pertikai apa yang aku buat?  Takde siapa yang berhak mempertikaikan amalan sesiapa, sebab soal ibadah biar Tuhan yang nilai.

Point keempat, aku pernah diajukan soalan, "wani ni dah slalu pegi umrah...haji macam mana?"...aduh aduh...soalan bisa, Ye aku tak pernah buat haji lagi walaupun dah 7 kali, dan nak masuk 8 kali aku pegi umrah. Tapi korang tau tak, yang Haji belum wajib untuk aku? Belum wajib? Celah mana belum wajib? Kan kalau dah mampu tu wajib buat? Belum wajib sebab, takde Mahram yang boleh temankan aku pergi haji, Ayah aku boleh temankan aku pergi umrah je. Dia pun dah tak larat/tak mampu nak buat haji lagi pada masa ni. Lagipun ayah aku dan mak aku dah pernah pergi haji waktu aku darjah 3. Jadi, aku nak pergi dengan siapa? Memang belum jatuh hukum wajib pada aku sebab aku takde mahram yang boleh teman skali pegi haji. Kalau tak percaya boleh bukak kitab. Untuk umrah, ayah aku boleh pegi lagi. Tapi untuk haji, bukan semudah itu ye...Jadi apa apa hal pon kene berprasangka baik dan jangan terus menghukum orang yang dah few times pegi umrah tapi belum pegi haji, Mungkin ada sebab musababnya.


OKlah itu je yang aku dapat tulis kali ni. Satu pesanan aku, jangan selalu ungkapkan ayat "takde  duit" sebab semuanya satu doa. Selalu kata takde duit, memang kite takkan ade duit dibuatnya. Perkara yang baik contohnya Umrah/Haji, usahakan walaupon sekali. Kalau soal duit, pejam mata je. InsyaAllah tuhan ganti balik. Aku tak suruh korang doa macam aku untuk sampai sana setiap tahun. Sebab aku tahu tak semua orang pon sanggup bagi komitment. Even waktu aku nak doa dulu pon aku takut tak terbawak nak buat setiap tahun, tapi aku mintak dipermudahkan je lah. So, terpulang. But at least once in your lifetime, usahakan untuk sampai ke sana...

OK tu jer ye untuk kali ni...doakan aku selamat sampai sana...walaupun baliknya belum tentu...



Monday, March 30, 2015

BERHENTI BERTANYA SOALAN FEBERET PLS....



AMARAN:  Apa yang aku tulis ni mungkin akan dianggap poyo, desperate, ntahpape, or watsoever. It is just an honest person from woman perspective that maybe nobody ever write such thing before. Oleh itu kalau korang seorang yang negative, sila berhenti di sini dan jangan teruskan membaca. Serious. Dan tulisan ni juga bukanlah bertujuan untuk bercerita kepada sesiapa secara specifik. Aku hanya terpanggil untuk mengupdate blog yang dah bersawang sangat ni sebab tadi aku terdengar satu statement yang sangat menyentuh kalbu (--> ayat novel) sangat…

OK. Bayangkan ada seseorang yang baru korang kenal, usia dah agak …apa eh? OH ok direct to the point usia dah agak banyak. Maka mungkin akan jadi dialog seperti ini:

A: Umur u berapa?
B: 32 tahun
A: Dah kahwin?
B: Belum.
A: La, kenapa belum kahwin? Mesti memilih sangat ni…

Dialog cliche kan?

Korang mungkin kata, ala, itu kan menunjukkan kita concern kat dia? Apa salahnya tanya soalan macam tu? Soalan pasal kawin je kan? Salah ke?

Fine. Soalan tu memang tak salah pada suatu tahap. Tapi bila sampai satu tahap, cukuplah sekadar bertanya dah kawin ke belum. Dah ada anak ke belum. Maksud aku, untuk orang yang masih muda belia boleh la korang tanya soalan tu. I personally think, we should stop asking ‘Kenapa tak kawin lagi’ bila seseorang tu dah mencecah usia 30-an. Enough. Sebab dia dah banyak kali kene tanya soalan tu. Dan mungkin dia dah takde jawapan untuk dijawab. Sama juga dengan soalan ‘bila nak dapat anak?’. Aku rasa, cukuplah soalan tu ditanya pada 5 tahun awal perkahwinan je. Kalau lepas tu dia masih tak dapat anak, cukuplah tanya soalan tu. Simply because we never know what the person have been going through in his/her life.

Aku bagi contoh jujur apa yang pernah aku lalui. Dah dua kali bende ni jadi kat aku. Kali terakhir jadi waktu aku pergi umrah baru baru ni. Ada seorang pakcik ni, kebetulan dia tegur waktu naik lif, bila tau aku belum kawen, he was like, “OK, Nanti dtg jumpa saya. Kita check. Takut ade ‘bende’ ke…”.  Sebelum ni ade jugak seorang so-called ustaz kata ade bende yang ikut aku buatkan aku berat jodoh. Siap dia describe lagi bende tu mata merah, bla bla bla…Aku macam, WTH? Ade ‘bende’? Mengarut!!! Bukan jodoh ni urusan tuhan ke? Cepat ke lambat ke itu kan dah lama dah tulis. Ni siap describe rupa ‘bende’ tu lagi. Mana aku tak hangin?  Bende bende tu yg buat aku berat jodoh? Mmg BODOH! (ayat directnya…well, untuk pakcik tu eventually mmg tak kuasala untuk aku pegi jumpa dia kononnya untuk check kot kot ade ‘bende’ ikut aku…because aku percaya 0% dgn statement tu).

Why I am so confident those ‘bende’ thing is totally nonsence? Sebab, perkara ni Tuhan dah bagi jawapan kat aku 10 tahun dulu dan aku masih ingat sampai sekarang. Waktu tu aku agak kecewa sgt dgn hal hal cintan cintun ni, sampai serabut sangat. So apa yang aku buat, aku buka Quran secara random dengan niat minta Tuhan bagi petunjuk. Itu satu petua yg mmg mujarab. Ketika ada masalah besar yang perlu jawapan segera dari Tuhan, buka Quran dan InsyaAllah ayat pertama yang korang baca itulah jawapan Tuhan pada permasalahan korang. So bila waktu frust (kononnya) tu, nak tau ayat apa aku dapat? Ni dia…

Niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui". – Surah Nuh, Ayat 4.

Mmg aku nangis giler lepas baca ayat tu sebab bende tu kene direct atas batang hidung aku. Dan aku faham bila Tuhan kata ‘menangguhkan kamu sampai waktu yang ditentukan’, aku tahu jodoh aku mungkin lambat. Aku expect ‘masa’ yang tuhan bagi mungkin lagi 4-5 tahun. Tapi nampaknya ‘masa’ itu dah sampai 10 tahun. Ye dah 10 tahun dan aku sendiri tak sangka masa tu sampai 10 tahun. Tapi disebabkan aku dah diberitahu awal awal yang aku ni diberi masa, what can I say? Terima dan redha, that’s it. So why on earth you should say ada ‘bende’ yang ikut aku menyebabkan aku berat jodoh?! Aku sendiri tak paham apa maksud ‘ketetapan Allah’ tu. Mungkin mati ke. Tak cakap pasal kawen pon. Siapa tahu. Mati pon ketetapan jugak.

Tapi apa pon, bagi mereka yg sekapal dengan aku, believe that whatever had been destined to you is the best for you. Kalau apa yang korang lalui tak sama macam orang lain, please review back every single thing in your life. Pernah satu ketika, salah seorang x-opismate aku, pernah sedarkan aku. Maksudnya lebih kurang, “Wani, ko sedar tak? Ko mungkin tak bertemu jodoh lagi, tapi ko sedar tak yang tuhan dah banyak bagi ko peluang yang sangat jarang Dia bagi kat orang lain? “. Aku tersentak. Eh, betullah. Tak perlulah aku ceritakan apa ‘peluang’ yang sering Tuhan bagi kat aku. Tapi memang betul, sgt jarang orang seusia aku yang dapat ‘peluang’ itu macam yang aku dapat. Dan aku sekali sedar, Dia memang Maha Adil. Dia bagi aku ‘peluang’ yang sangat berharga dan dah berkali kali pulak tu. So, kalau ada sesuatu perkara yang korang kurang, tentu ada perkara yang dia ‘ganti’ untuk korang. Aku bagi contoh lain. Korang tengok Siti Nurhaliza. Takde anak lagi kan? Tapi cuba tengok apa yang tuhan bagi kat dia. Rupa, Harta, Nama. OK fine. Takyah highlight la yang harta tak dapat gantikan anak or takyah persoal punca rezeki dia. Aku cuma nak highlight ttg bagaiman Tuhan ‘ganti’ satu nikmat dengan nikmat yang lain. So why need to be soooooo dukalara mode?

And another mistake is that, janganlah kata orang yang lambat bertemu jodoh ni as ‘memilih’. What do you know about ‘memilih’? Kalau aku memilih, aku akan hanya akan terima orang yg betul-betul menepati ciri-ciri aku utk jadi calon. Meh aku bagi contoh ciri ciri yg aku nak..

1)      Hafaz Quran
2)      Hensem macam pelakon Kamal Adli or Shah Iskandar
3)      Gaji at least 10K sebulan


Ha amek ko…itu ciri ciri yang aku nak. Tapi betul itu yang aku cari? Of kos la tak kan. Sebab dahla aku sendiri tak hapal Quran, takkan nak expect aku dapat org hapal Quran. Aku tak secantik Intan Ladyana, takkanla nak dapat pakwe cam Kamal Adli. Cukupla yang 5 waktu tu cukup, tahu beza baik buruk, boleh guide aku, sejuk mata memandang, financial takde masalah tak perlu asyik nak kene pinjam duit orang. Eh, cam banyak pulak….ke? Tapi, sukahati aku la kan? Apehal pulak korang nak kata aku, dan orang2 yang sekapal dengan aku ni memilih? Takkan nak main rembat je? Nak suruh aku pilih laki yang sembahyang pon kene suruh? Pastu nanti bulan bulan aku yang nak kene tanggung belanja umah? Sorry aku taknak involve sampai camtu kot.

So, kat sini biar aku bagi moral of the story.
1)      Sila jangan tanya ‘kenapa’ belum kawen kepada orang yang dah 30+.
2)      Sila jangan tanya ‘kenapa’ belum ada anak kepada orang yang dah kawin lebih 5 tahun tapi belum dapat anak.
3)      Cukup sekadar ‘dah kawen?’ or ‘dah ada anak?’. Jangan tanya ‘kenapa’.
4)       Stop thinking nonsense contohnya ‘ada bende’ kat orang yang belum kawin or belum dapat anak. Its annoying.
5)      Appreciate everything you have, and for every single thing  that you lose, He definitely replace with other thing that you never realize. Cuma korang mungkin perlu orang lain sedarkan korang apa nikmat yang Tuhan bagi kat korang tapi korang tak nmpak. Sebab mmg kita sebagai manusia biasa nampak nikmat pada orang lain je, lupa apa yang Tuhan pernah bagi kat dia. Oleh itu, selalu muhasabah diri.

Oklah panjang sangat dahh ni. Sekali lagi aku nak tegaskan, tulisan ni adalah kisah benar tapi jangan mudah terasa dengan apa yg aku tulis. Ambil yang keruh buang yang jernih. Angin ape ntah tetiba emo hari ni….update blog panjang berjela…hahahah…ok semua. Harap bermanfaat. Wassalam.