Monday, April 29, 2013

Tips Menghafaz AlQuran

Assalamualaikum,

Oklah disini saya nak kongsi satu benda. Tentang tips menghafaz AlQuran. Tips tips ini adalah daripada apa yang pernah saya dengar dari Radio IKIM dan research dari internet. Semoga bermanfaat.

1) Hafaz AlQuran dari Isnin hingga Jumaat dengan 3 ke 5 baris sehari. Ia akan mengambil masa biasanya sekitar 20-30 minit sehari. Jangan terburu-buru kerana dibimbangi ingatan tidak kuat dan melemahkan semangat untuk terus menghafal. Yang penting adalah disiplin dan istiqamah (berterusan).

2) Bacaan hafalan hendaklah diulang dan dibaca pada setiap waktu solat. Dan sentiasa mengulangi bacaan anda ketika masa lapang.

3) Pada hari Sabtu dan Ahad perkukuhkan hafalan dengan mengulang kembali hafazan sepanjang minggu.

4) Hafal pada waktu sebelum/selepas Subuh kerana waktu itu suasana tenang.

5) Pastikan anda paham maksud ayat yang anda sedang hafal. Lebih bagus juga jika difahami asbab nuzul ayat (sebab turun ayat dan kisah disebalik penurunan ayat).

6) Install Quran App dalam smartphone anda. Anda boleh sentiasa menyemak bacaan dimana mana sekiranya ada ayat yang terlupa.

7) Gunakan mashaf AlQuran yang sama supaya memudahkan ingat kedudukan ayat.

8) Pasang CD AlQuran ketika anda memandu atau bekerja. Guna satu CD sahaja, jangan gunakan pelbagai CD dari ramai qari untuk memudahkan hafalan dan mengikut taranum dan tempo bacaan qari.

9) Hafaz AlQuran dalam keadaan berwuduk dan menghadap kiblat.

10) Lakukan solat tahajjud sekurang-kurangnya sekali seminggu dan membaca ayat hafazan dalam solat tersebut.

11) Ikhlaskan hati menghafaz AlQuran kerana mencari redha Allah. Minta Allah kuatkan hafazan kita kerana kita hafaz Quran bukan kerana kita menghafalnya semata mata, tapi kerana diberi kefahaman AlQuran oleh Allah.

12) Elakkan melakukan dan melihat perkara maksiat kerana ia akan melemahkan ingatan.

13) Lakukan sujud syukur, kalau  boleh setiap kali selepas anda murajaah (mengulangkaji) hafazan AlQuran anda, kerana tanpa izin-Nya, tiada satu ayat pon akan kekal dalam ingatan kita.

Tahukah anda, walaupun anda cuma menghafal 1 ayat satu hari, anda boleh menghabiskan hafazan AlQuran dalam masa 18 tahun. 18 tahun??? Bunyi macam lama kan? Sebenarnya Tidak!...kerana AlQuran itu sendiri diturunkan dalam masa 23 tahun kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Jika anda menggunakan teknik nombor (1), menghafal 3 baris sehari, 5 hari seminggu, ia akan mengambil masa 11 tahun untuk menghafal AlQuran. 11 tahun...lamakah? Tidak...fikirkan jika 11 tahun dulu kita sudah mula menghafal AlQuran, kita sudah lengkap menghafalnya. Dan kita masih tidak terlambat. Jika kita tidak mulakan dari sekarang, kita tetap tidak akan menghafal AlQuran dalam masa 11 tahun dari sekarang.

Jom hafal Quran, Lillahi Taala...