Dari Keyboard Wani
Semoga apa yang nak disampaikan, akan sampai pada orang yang ingin ditujukan...
Thursday, January 19, 2012
Jom Pergi Umrah Ramai-Ramai!!!!! :)
Memang ramai sangat umat Islam yang nak pergi menunaikan rukun islam kelima tu. Namun ramai yang memberi alasan, kewangan belum cukup, risau nak tinggalkan anak-anak, bebanan kerja, dan macam macam lagi. Tapi jika ditanya lagi, "Kalau saya sponsor anda pergi umrah, nak tak?". Maka ramai juga yang kata "Nak! Nak!". Mereka akan lupa segala masalah dan alasan alasan yang diberikan tadi. Jadi, apa yang saya nak katakan disini, bagi kebanyakan umat Islam, masalah terbesar yang dihadapi untuk menunaikan haji dan umrah adalah WANG.
Saya sendiri, ramai kawan kawan dan colleague yang bertanya tentang pengalaman saya menunaikan umrah dan mereka kata betapa mereka teringin untuk turut sama mejejakkan kaki ke sana.
Tapi, betulkah kita ingin pergi ke sana? Apa usaha kita untuk sampai ke sana? Atau kita sekadar kata ingin ke sana, tapi langsung tak pernah langsung ada usaha untuk ke sana?
Semalam saya telah follow parents saya untuk mendengar taklimat umrah yang diberi oleh Akademi Mutawwif, bertempat di Kajang. Ramai yang datang. Penerangannya adalah tentang peluang kepada golongan sederhana yang begitu ingin menunaikan umrah, tapi belum mampu dari segi kewangan. Bagi saya, peluang yang mereka terangkan nampak menarik dan realistik. Ia BUKAN sistem MLM. Serius. Sebab saya memang tak minat MLM. Bagi saya, caranya mudah. Tak minat bisnes? Jangan risau. Saya pun bukan jenis orang yang minat buat bisnes sangat setakat ni. Tapi bagi saya, apa yang perlu dilakukan untuk mendapat peluang mengerjakan umrah ni bukanlah berupa bisnes semata-mata, tapi seperti ibadah dimana kita mengajak orang pergi mengerjakan umrah. Kalau saya yang tak pandai berbisnes pon boleh terbuka hati untuk menyertai mereka, kenapa tidak anda?
Saya bukanlah seorang yang mudah percaya dengan orang, tapi bagi saya, setelah mendengar penerangan tentang peluang kerjaya yang mereka tawarkan, dan melihat sokongan yang mereka dapat dari orang ramai, saya percaya. Dan bagi saya, mungkin ini jalan yang Tuhan buka untuk meluaskan pintu rezeki saya untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke sana. Rindu benar nak kembali lagi ke sana.
Jadi, disini saya ingin mengajak anda semua untuk memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mendengar penerangan lanjut agar dapat turut mengecap manisnya berada di bandar Haramain. Serius menarik dan tak susah. Jadi, jom kita beramai-ramai pergi ke Tanah Suci nak?
Taklimat dijalankan di seperti berikut:
Tempat: No 11-1, Jalan Sentosa Villa 1/1, Sentosa Avenue, Kajang
(Belakang Hospital Kajang)
Masa: Setiap Rabu dan Sabtu, 8.45 malam.
Website: http://www.akademimutawwif.my/index.php
Marilah datang, sekurang-kurangnya sebagai tazkirah dan pengisian bagi hati kita. Bagi saya, taklimat mereka sangat menarik, bukan sahaja kita mendengar tentang peluang kerjaya dan peluang mengerjakan umrah, tapi turut mendapat santapan rohani yang cukup baik.
Akhir kata,
- Kitalah yang mesti mula memilih diri kita untuk dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamuNya. Jika kita sendiri tak beri peluang untuk kita menjadi tetamuNya, sampai bila bilalah impian akan sekadar menjadi impian.
- Kita sering kata kita sayang pada baginda Rasulullah S.A.W, maka buktikanlah. Marilah kita lawat makam baginda dan sampaikan salam kepada baginda.
- Selesaikan urusan kita dengan Allah, maka Allah akan selesaikan urusan kita di dunia ini. Jangan terlalu difikirkan tentang halangan halangan untuk kita sampai ke sana. Buktikan kata kata kita yang kita benar benar ingin sampai ke sana, sekurang-kurangnya dengan datang mendengar taklimat yang mereka beri.
- Dengar dulu taklimat mereka, kemudian anda nilaikan dan keputusan ditangan anda....
- Sekiranya anda berminat menyertai mereka, mohon diletak nama saya (Amar Hazwani Radzi) sebagai perujuk. Kalau anda ingin datang mendengar taklimat diatas, atau ada apa apa pertanyaan, boleh hubungi saya di 012-2365031.
Friday, January 28, 2011
Nak buat Blog Memasak....errkkkk???
Ala...sebenarnya itu sekadar impian aku. Tapi aku ni bukanlah seorang yang sangat pandai masak pon, sikit sikit je tahu la. Kira kalau orang makan tu boleh telan lagi la...huhuhu...Aku minat try resepi yang utk baking, iaitu buat kek atau cookies. Kalau resepi yang jenis nasik, lauk pauk, kuih muih, aku tak rajin try sangat.
Bila selalu survey blog blog memasak ni, aduuuhhh.. seronoknya.. antara blog yang aku rajin tinjau adalah blog http://hanamemories.blogspot.com dan jugak http://tiffinbiru.blogspot.com. For me, they are superb! Tengok hasil masakan mereka memang terliur aku dibuatnya. Teringin nak jadi seperti mereka. Sharing marvelous recipe with the readers, and the best part is when the readers say thank you for sharing the recipe. Banyak diorang dapat kenalan daripada blog mereka.
Tapi apa kan daya, personal blog aku yang ni pon dah bersawang. Dulu rajinla aku update blog. Tapi skarang aku memang kurang rajin sikit. Sebab kekurangan idea dah. Jadi, aku taknak kalau aku buat blog memasak kang blog tu pon bersawang. Maklumla, aku kalau nak masak pon berpeluang pada hujung minggu je. Jadi entah bila la aku boleh update blog memasak yang aku impikan tu. Dibuatnya pulak kalau hasil masakan minggu tu tak menjadik, contohnya kek yang dibuat bantat, nak update ape dalam blog? huhuhu....
Tapi aku janji....aku janji pada diri sendiri...bila aku dah establish nanti, aku akan jadikan impian aku tu satu kenyataan, InsyaAllah...dan aku akan namakan blog itu: Dapur Wangi. Diambil sempena nama panggilan aku kat rumah: Wangi..mueheheh...OKla tu kan? Sebab dapur aku tu kat rumah, ye tak? Doa doakan ye semoga ia menjadi kenyataan... :)
Thursday, December 16, 2010
Macam mana nak tahu kalau perempuan suka kat kita?
Itulah bunyi soalan yang diajukan oleh salah seorang officemate aku tadi. Dan membuatkan aku terasa ingin berkongsi jawapannya dalam blog aku ni. Saje je dia tanya kat aku sebab aku pon selalu tanya pendapat dia tentang hal hal camni from guys point of view.
Jawapan aku mudah...
"Ko kene tanya dia sendiri. Jangan berteka-teki. Sebab lain perempuan akan bagi reaksi yang berlainan kat orang yang dia suka"
Itulah jawapan yang dapat aku beri daripada perspektif aku sendiri. Untuk pengetahuan korang, khususnya kaum lelaki, memang takde satu jawapan konkrit yang boleh aku beri kepada soalan yang diajukan tu. Kat sini aku beri beberapa respon berbeza yang ditunjukkan oleh kaum perempuan bila diorang minat kat seseorang lelaki:
1) Yang pemalu
Ada perempuan yang sangat pemalu bila berdepan dengan lelaki yang dia minat. Biasanya mereka adalah jenis perempuan yang mungkin pertama kali jatuh cinta. Mereka tak berani langsung nak tengok mata orang yang dia minat. Dan kadangkala mereka akan mengelakkan bertembung mata dengan orang yang mereka minat, walaupun pada hakikatnya dia saaaaangat suka dekat lelaki tu. Tapi dalam hati mereka punyalah seronok bila dapat bertembung dengan lelaki yang dia minat. Dan mereka juga hanya akan 'usha' lelaki tu bila lelaki tu tak perasan yang dia sedang di 'usha'. Ajak dating? Sorry, mereka takkan mulakan dulu sebab mereka terlalu pemalu. Tapi kalau lelaki yang dia minat yang ajak dia dating, haaaaa.....dia akan rasa macam dunia ni dia yang punya!
Lelaki selalu salah sangka dengan type perempuan macam ni, diorang akan terfikir, "Eh, perempuan ni suka aku ke tak? Macam nak taknak je....".
So how do you guys should handle this type of gal? Well, to be a gentleman, you should start the conversation first. Mungkin akan mengambil masa untuk korang membuatkan dia selesa menegur korang, maklumla, orang baru belajar bercinta, but once they are comfortable, they will become the most loyal girlfriend you have ever had.
2) Yang main tarik tali
Ade perempuan yang macam ni. Diorang suka 'main tarik tali'. Maksudnya, diorang akan buat lelaki yang diorang minat tu 'kompius'. Kadang-kadang diorang akan tunjukkan respon yang baik, kadang kadang takde respon langsung. Tujuan mereka sebab nak tengok sejauh mana lelaki tu sungguh sungguh suka kat dia. Mereka tak mahu kehilangan lelaki tu, tapi tak mahu juga lelaki tu mendapatkan hatinya dengan cara mudah. Bagi aku, untuk handle perempuan macam ni, caranya: Pada peringkat awal korang teruslah usaha untuk mencuri hati dia, tapi kalau lama sangat main tarik tali tu, gertak je dia sikit. Suruh dia bagi kata putus. Tanya dia, "Awak nak ke taknak kat saya? Kalau taknak saya cari perempuan lain"...Ha, pada masa itu perempuan yang jenis main tarik tali ni mungkin akan gelabah. Time ni lah mungkin baru diorang berhenti main tarik tali, kalau diorang tak terlalu ego la....
3) Yang berani
This type of girl tak kisah untuk memulakan sesuatu perhubungan. Dia akan cuba sedaya upaya bagi hint kat lelaki yang dia minat bahawa dia memang minat lelaki tu, atau bagitau secara direct je yang dia suka kat laki tu. Untuk type girl yang berani ni, biasanya lelaki tak payah tanya, lelaki tu sendiri akan tahu yang perempuan tu suka kat dia.
Aku cadangkan guys supaya 'jual mahal' sikit pada mereka. Sikit je la, tak perlu terlalu mahal. Itu pon kalau korang pon memang suka kat diorang. Tapi kalau tak, please jangan bagi harapan kat diorang. Kawan biasa boleh. Tapi kalau korang bagi harapan kosong kat girl yang berani ni, dengan tujuan 'mengisi masa lapang', ini agak bahaya. Kenapa? Sebab biasanya perempuan yang berani ni jugak agresif. Dia boleh buat perkara yang tak terduga. Contohnya, mungkin diorang boleh 'serang' girlfriend korang atau buat fitnah yang bukan-bukan, siapa tahu? So be careful, dont mess up with them!
4) Yang ego
Ini mungkin sifat yang akan ditunjukkan pada golongan wanita yang sangat cun, berkarier, atau yang merasakan diri mereka 'high class'. Aku malas nak desribe pape pasal perempuan type ni, lagipun aku takde kawan yang type macam ni. Korang handle la sendiri ye...
So far itulah yang aku dapat describe tentang macam mana perempuan boleh bagi reaksi berbeza-beza bila diorang minat seseorang lelaki. Apa yang aku tulis ni hanyalah secara general, mungkin ade yang betul dan mungkin ade yang tak tepat. Sebab tu aku kata, kalau korang nak kepastian dari perempuan, takde cara lain sebenarnya, memang kene tanya. Kalau malu nak tanya kat tuan empunya diri, tanya je kawan baik dan orang yang rapat dengan dia. Sebab dalam dunia perempuan, seorang kawan akan tahu siapa yang di 'admire' oleh kawan baik mereka....
OKlah ...itu je yang aku mampu coret untuk kali ni...akhir kata dari aku,
Tanpa keberanian, mimpi takkan menjadi nyata... :)
Selamat Mendirikan Masjid! :)
Monday, November 1, 2010
Umur....Does it Really Matters?
Tadi aku dan member aku, time sembang-sembang, adela kami sembang pasal isu umur. Isu berkaitan perhubungan antara seorang perempuan dan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.
Well, dalam perbincangan itu, member aku tu, a non-muslim guy, begitu tidak menyokong hubungan camni. Katanya hubungan macam ni akan mendatangkan banyak masalah. Dia takut satu hari nanti bende ini akan menaikkan ego sama ada perempuan atau lelaki itu. Perempuan mungkin akan menyuruh lelaki itu patuh pada kehendaknya kerana kononnya dia lebih tua dan lebih tahu, dan lelaki pula mungkin akan mencari perempuan lain yang lebih muda bila satu hari nanti dia mula bosan dengan isterinya yang lebih tua....
Dalam Islam, semua orang tahu sejarah Rasulullah dan Siti Khadijah. Siti Khadijah 15 tahun lebih tua daripada baginda Rasulullah. Namun begitu, sayangnya baginda kepada Siti Khadijah tiada bandingannya sehinggakan baginda menangis apabila Siti Khadijah wafat. Tapi aku taknaklah gunakan point tu sebab dia non-Muslim. Even kalau aku gunakan alasan itu kepada orang Islam pon, banyak yang akan kata, "Ala, itu Nabi...Nabi lainlah...'
Aku rasa perkahwinan yang melibatkan seorang lelaki yang lebih muda daripada perempuan, atau apa saja hal yang nampak janggal antara pasangan tersebut, tak perlulah dipertikaikan, asalkan kedua duanya mempunyai asas agama yang kuat. Kenapa? Sebab kalau kedua duanya ada asas agama yang kuat, si isteri akan tetap menghormati suaminya walaupun suaminya lebih muda daripadanya, dan si suami akan tahu tanggungjawab kepada isterinya dan tetap menyayangi isterinya walaupun isterinya lebih tua daripadanya, kerana dia menganggap isteri itu amanah dan anugerah Tuhan. Dia yakin isterinya adalah yang terbaik untuknya. Sebab tu lah aku tak kata perkahwinan macam ni tidak akan ada masalah, cuma bergantung kepada kekuatan asas agama kedua dua suami isteri. Kalau si suami lebih tua pon, tapi tak bertanggungjawab, nak buat ape ade suami macam tu? Kalau si isteri lebih muda pon, tapi asyik melawan dan taknak dengar cakap, nak buat ape ade isteri macam tu?
Apa apa hal pun, kalau dah jodoh, kita sebagaia manusia tak perlu mempertikaikan apa apa. Sudah itu yang Tuhan takdirkan, siapa kita yang nak mengatakan jodoh itu tak sesuai dengan dia atau dia? Sebab terlalu banyak bende yang kita sebagai manusia tak tahu. Manusia juga tak tahu apa akan jadi dan kita tak tahu siapa kita di masa depan.....dan siapalah kita untuk menolak jodoh yang telah Tuhan tetapkan?
Sunday, October 24, 2010
Tetang Jodoh (.........Lagi????)
Kadang kadang jodoh itu datang tak kita sangka. Kadang kadang dalam sekelip mata ia datang...dan datang dalam keadaan yang tak pernah kita duga...
Setiap orang, sebelum mereka bertemu jodoh, tentu ada ciri ciri yang mereka inginkan untuk menjadi pasangan mereka. Sama ada ciri ciri itu menjurus ke arah duniawi, ukhrawi, fizikal, dan lain lain, terpulang pada masing masing. Tapi kalau boleh, biarlah ciri ciri yang kita tetapkan tu adalah ciri ciri yang 'sekufu' dengan kita...
Let say, seorang perempuan mengharapkan lelaki yang akan menjadi pasangannya haruslah seorang yang kaya, tampan, lebih tua daripadanya, dan lain lain...jika terlalu banyak ciri-ciri yang kita harapkan, makin susahlah nak cari yang berkenan di hati. Kita tak tahu siapa jodoh kita sebenarnya. Takut takut nanti ada ciri ciri penting yang anda harapkan, tapi tiba tiba ciri ciri itu langsung tak kene pada seseorang yang tiba tiba menarik perhatian anda.
Aku bagi contoh. Katakan seorang gadis, A (bukan nama sebenar), selalu mengatakan pada dirinya yang jodohnya haruslah seorang lelaki yang lebih tua daripadanya. Tidak boleh tidak. Tapi tiba tiba Tuhan membuatkan hatinya suka pada seorang lelaki yang lebih muda daripadanya. Harus bagaimana? (sleng indon la pulak..!)...Perlukah si gadis itu menolak dan cuba melupakan lelaki itu walaupun semuanya berlaku setelah dia puas berdoa kepada Tuhan agar diketemukan jodoh yang baik?
Disinilah perlunya konsiderasi yang rasional. Selain solat istikharah, adalah amat penting untuk kita melatih untuk menerima ciri ciri yang kita mahu, tapi tidak terdapat pada pasangan kita. Bak kata boss aku, kelebihannya disyukuri, kekurangannya diredhai...Sebab Tuhan tahu apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu semata-mata. Contohnya, dalam kes A tadi, mungkin yang A perlu adalah kematangan, bukannya umur yang lebih tua. Dan mungkin lelaki yang lebih muda daripadanya itu lebih matang berbanding daripada lelaki yang lebih tua daripadanya. Hanya sekadar contoh....dan pada A sendiri, mungkin usia yang lebih tua bukanlah termasuk dalam ciri-ciri pasangan yang diingini oleh lelaki tersebut, jadi kedua dua mereka harus bertolak ansur menerima seadanya diri pasangan masing masing sekiranya mereka memang dijodohkan bersama...
So the moral of the story yang nak aku sampaikan, ya, semua orang berhak menentukan ciri ciri yang mereka kehendaki untuk mencari pasangan hidup, tapi jangan terlalu 'rigid' meletakkan ciri-ciri itu mesti ada pada pasangan kita. Tiada manusia yang akan dapat semua yang kita nak. Even pada diri kita sendiri, adakah kita mempunyai 100% ciri ciri yang diidamkan oleh pasangan kita? Tepuk dada, cermin diri...
Yang penting...
"You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly." :)
Monday, August 30, 2010
M.A.A.F
Tapi ada 2 golongan manusia, yang mudah meminta maaf dan yang tak pernah nak mintak maaf apatah lagi mengaku salah.
Aku biasa dengar satu pepatah: Takkan hilang bisa ular dek kerana menyusur di bawah akar. Maksudnya, tidak akan jatuh martabat seseorang apabila dia meminta maaf atas kesilapannya.
Ya, aku sangat setuju dengan pepatah tersebut. Aku amat memandang tinggi kepada orang yang berani mengaku salah dan meminta maaf walaupun untuk perkara yang kecil, dan aku cukup tak suka dengan orang yang terlalu ego nak mintak maaf walaupun telah diberi bukti yang dia salah. Kedua dua jenis manusia ini pernah aku temui dalam hidup aku.
Bagi aku, golongan yang berani mengaku salah dan meminta maaf adalah golongan yang bijak. Dan dalam urusan kerja pun, aku perhatikan biasanya orang orang yang di higher level yang berani meminta maaf. Pernah beberapa orang rakan sekerja yang hantar personal email kepada aku meminta maaf apabila mereka rasa mereka berkasar dengan aku dalam urusan kerja. Padahal aku faham sebab mereka berkasar, and in fact aku tak terasa pun yang mereka berkasar dengan aku. Tapi mereka mengambil langkah berhati hati dengan meminta maaf atas kekasaran yang bagi aku belum sampai tahap mengguris perasaan aku, dan ada juga yang aku lihat meminta maaf secara terbuka dalam email kepada beberapa individu yang terlibat dalam hal kerja yang melibatkan kesilapannya. Aku tabik spring pada golongan seperti ini. Mereka berani mengaku salah. Malah boss aku sendiri pun kalau dia ada buat silap dia berani mengaku salah, dan itu jugak yang dia pesan pada aku, kalau dah salah kita, minta maaf je...semua orang buat salah. But LEARN from mistake. Dats why many people respect her.
Berbeza dengan golongan yang terlalu berat nak mintak maaf, walaupun dah terbukti dia salah. Walaupun dah terbukti pihak yang dituduh tak melakukan seperti apa yang dituduh. Mereka merasakan meminta maaf akan menjatuhkan ego atau harga diri mereka, sebab begitulah pandangan mereka terhadap orang yang minta maaf pada mereka. Pada mereka, orang yang meminta maaf ni adalah orang yang kalah dan bersalah. Aku sangat tak gemar dengan golongan macam ni. Dan aku jugak takkan melafazkan maaf kepada golongan manusia macam ni walaupun kadang kadang dalam satu kes tu kedua dua pihak ada salah masing-masing. Aku bukanlah seorang yang 'hadap' sangat nak suruh orang mintak maaf kat aku bila mereka buat silap. Terpulang pada diri masing masing. Cuma bagi aku, kalau kesalahan tu terlalu besar dan susah aku nak maafkan, dan orang tu pun tak pernah mintak maaf kat aku, tunggu je la di akhirat nanti bila Tuhan jadi hakim setiap perkara. Tapi biasanya kalau seseorang tu adalah dari golongan yang bijak, mereka tidak akan berat nak mintak maaf ni. Itulah pemerhatian aku sepanjang 27 tahun hidup ni.
Aku bagi contohla. Katakan ada orang buat silap. Lepas tu untuk cover kesilapan dia, dia terpaksa mencari alasan atau menipu dengan fakta fakta yang tak logik a.k.a alasan bodoh la senang citer. Dia lebih rela menipu dengan alasan bodoh daripada meminta maaf dan mengaku salah. Dia anggap dengan alasan bodoh itu orang lain akan percaya, padahal tidak. Dia guna alasan alasan bodoh tu sebab dia sendiri akan percaya dengan alasan alasan tu kalau orang lain menipu dia dengan alasan yang sama (<--- ulang baca phrase ni kalau tak paham ayat aku)...betul tak?
Contoh lain....Kenapa budak budak bagi alasan bodoh bila menipu? Sebab dia ingat orang dewasa akan percaya. Padahal tidak. Kenapa dia ingat orang dewasa akan percaya? Sebab akalnya masih pendek, dan dia sendiri akan percaya hal tu jika dia ditipu dengan alasan yang sama...sekarang korang dah nampak kenapa aku kata orang yang berat nak mintak maaf dan taknak mengaku salah adalah orang yang tak bijak?
Jadi, marilah kita bersama sama menjadi orang yang 'bijak' dengan mudah meminta maaf dan berani mengaku salah. Meminta maaf dan mengaku salah adalah perkara yang mulia dan tak menjatuhkan martabat anda. In fact, anda meletakkan diri anda pada satu tahap yang lebih tinggi bila berani meminta maaf dan mengaku salah...dan yang paling penting, ia dapat memulihkan silaturrahim yang terputus akibat salah faham. Wallahu A'lam...
p/s: Minta maaf kalau ade yang tersinggung...post ni untuk membuka minda pembacanya...
Monday, August 9, 2010
Di panggil lagi...Alhamdulillah....
Mmmm....nak tulis ke taknak? nak tulis ke taknak? OKlah...tulis je lah...sebab niat aku cuma satu, aku nak bagi clear semua dosa aku....lagipun bukanla ramai sangat yang baca blog aku pon, jadi tak kisahlah nak tulis kat sini...
Actually sebenarnya tahun ni InsyaAllah aku akan ke Tanah suci...Umrah...kali ni bersama satu family, termasuk abang ipar aku, dan kami akan menyambut Syawal disana...kecuali adik aku yang nombor 3, nampaknya bukan rezeki dia untuk ikut kami sebab dia tak boleh cuti, pihak universiti tak benarkan....takpelah, rezeki lain kali kot Mira...
Aku pun tak sangka yang tahun ni aku berpeluang dan dipanggil lagi oleh Nya. Sebab baru tahun lepas je pergi sambut puasa kat sana. Tetiba tahun ni berpeluang sambut Syawal di sana pulak...Sangat bersyukur kerana Dia masih sudi menjemputku lagi walaupun aku ni adalah tetamu yang...mmm...banyak dosa dan macam macam karenah la...ye, Tuhan sentiasa memberi peluang kepada aku untuk mentarbiyah dan memperbetulkan diri aku yang masih banyak salah dan silapnya...
Harap harap takde halangan untuk kami sekeluarga sampai sana, sebab sebelum sebelum ni pon flight asyik delay je...so far perancangannya kami akan bertolak pada 7 September ni, lebih kurang 3 hari sebelum raya...dats mean 2 more weeks to go...dan insyaAllah kami sekeluarga akan sampai pulang ke Malaysia 20hb Sept...itulah perancangan setakat ni...
Jadi kepada sesiapa kawan kawan yang membaca blog ni, sempena Ramadhan dan sebelum aku nak bertolak ni, aku nak susun jari mintak maaf atas semua salah silap aku, sama ada aku sedar atau tak, sengaja atau tak...semua la...aku harap dengan kemaafan korang akan memudahkan urusan aku untuk beribadat di sana...maklumla, aku hanya manusia biasa...tak lepas dari buat silap...jadi, aku harap dengan seikhlas hati korang maafkan aku...kalau ade hutang yang aku terlupa nak bayar, cepat cepatla tuntut sebelum aku pergi ni...ye la, ajal maut di tangan tuhan...kita tak tahu...InsyaAllah, doa buat kawan kawan akan tetap aku panjatkan bila sampai di sana nanti...semoga umrah aku kali ini lebih baik dari yang sebelum ini...InsyaAllah...
Tuesday, August 3, 2010
Do's and Donts' bila mendengar orang berangkat ke Tanah Suci...
Bulan puasa dah dekat...tinggal tak berapa hari lagi...bermakna dah lebih kurang setahun la kali terakhir aku menjejakkan kaki ke tanah suci...Alhamdulillah...aku masih ingat kenangan dan cabaran aku waktu aku berpuasa di sana tahun lepas...dan memandangkan saban tahun ramai yang akan berangkat ke tanah suci dalam bulan puasa, kat sini aku nak ceritakan serba sedikit do's and donts' bila korang dengar pasal orang nak pergi haji dan umrah yang mungkin tak terlintas di fikiran bagi mereka yang belum sampai ke sana...
1) Kirim doa
Ada seorang sahabat aku pernah bercerita, ade seorang hamba Allah ni bila dengar je orang nak pergi haji dan umrah, dia akan bagi sehelai kertas bertulis doa dan mintak orang doakan dia dan keluarganya depan kaabah nanti. Siap tulis nama penuh satu family. Bila dah banyak kali sangat dia buat camtu, lama lama orang jadi takut nak bagitau dia bila nak ke tanah suci.
Biar aku terangkan perasaan orang yang berangkat ke tanah suci tu. Termasuk apa yang aku rasa sendiri. Tujuan mereka ke sana nak tumpukan beribadat kepada Allah. Tapi bila dikirimkan doa panjang sampai sehelai kertas, serba sedikit ia akan mengganggu tumpuan ibadah tu. Betul. Nampak bende tu macam remeh, baca je depan Kaabah apa susah? Ni bukan soal susah nak baca...tapi, korang pergi sendiri sana baru korang tahu susah tak susah nak baca doa tu. Kalau 4-5 orang suruh baca doa?...sebab tu sampai jiran jiran dah takut nak bagitau hamba Allah tu yg diorang nak berangkat ke tanah suci...
Kirim doa tak salah, cuma biarlah sekadarnya. Yang boleh diingat oleh orang yang dikirim doa tu tanpa perlu merujuk pada kertas. Contohnya waktu aku pergi tahun lepas, salah seorang kawan baik aku waktu tu tengah mengandung hanya mintak aku doakan agar dipermudahkan bersalin...dan aku tak keberatan...dan doa seperti itu tak membebankan aku sebab ianya ringkas dan mudah diingat. Jangan sampai bagi kertas, sebab mungkin orang tu akan rasa seperti satu tanggungjawab pulak, padahal dia harus mendahulukan ibadahnya kepada Tuhan...sungguh, lain perasaan bila berada disana, jangan anggap ianya mudah sebab banyak lagi perkara yang perlu didulukan...Lagipun, kenapa perlu wujud adat mengirim doa ni? Allah berada di mana mana, bukan di Makkah saje, jadi berdoalah sendiri terus kepada Tuhan dimana saje kita berada. Tak perlu minta orang doakan. Dan dah tentu doa yang kita panjatkan sendiri lebih berkat dan lebih dekat dengan Tuhan. Tuhan pun suka hambaNya berdoa sendiri kepadaNya. Wallahu'Alam...
2) Kirim barang
Sama seperti kirim doa, janganlah kirim barang barang yang banyak kepada orang yang nak berangkat ke tanah suci. Jangan ingat 1kg kurma tu tak banyak. Kirim 1kg kurma banyak tu tau! Kene ingat yang orang tu bukan kat Malaysia...dia Musafir! kene travel! Bawak beg berat-berat...dia kene fikir sedara mara dan anak cucu sendiri...kalau nak kirim, cukuplah sekadar kopiah, minyak atar, dan barang barang kecil lain...sebab bukan ada sorang je yang dia nak belikan barang...aku sendiri memang jarang sangat pesan pape barang kat kawan yang travel, sebab kita kene consider keadaan mereka sebagai musafir...tunggu je, kalau ade rezeki anda, adalah barang yang dibelikan oleh mereka untuk anda...
3) Kirim Salam pada Rasulullah S.A.W
Ini sesuatu yang wajar dilakukan. Minta orang yang pergi ke tanah suci tu kirim salam kepada baginda Rasulullah S.A.W. Salam yang diberi di makam baginda insyaAllah dijawab oleh baginda walaupun baginda telah wafat dan kita tak dapat mendengar baginda menjawab salam kita. Moga moga dengan menyampaikan salam tu, kita juga akan di panggil ke tanah suci...Bagi aku perkara ni tak berat, kalau kesuntukan masa, aku akan sampaikan salam secara general, takdelah sebut nama penuh sorang sorang. Kalau sempat dan ingat nama penuh pengirim salam tu, aku sebut, takde masalah...dan aku amat gembira bila orang mintak aku kirimkan salam pada baginda...
4) Bersedekah kepada orang yang hendak berangkat ke Tanah Suci
Satu lagi perkara yang baik. Jika anda dengar seseorang nak ke tanah suci, ringan ringankanlah tangan untuk 'hulur' kepada mereka. InsyaAllah berkat... bak kata mak aku, yang aku masih ingat lagi, tak rugi hulur duit kepada orang yang nak ke tanah suci...sebab kalau orang tu guna duit kita di sana, insyaAllah duit kita yang digunakan di sana tu akan memanggil manggil dan menjemput kita untuk turut sampai ke tanah suci...ye, aku percaya perkara tu...dan ia berlaku depan mata aku bila mak aku sendiri sudah berkali kali berpeluang menjejakkan kaki ke sana...
5) Jangan terasa hati jika tidak diberitahu
Waktu tahun lepas, tak ramai officemate yang tahu aku akan berangkat ke tanah suci. Hanya orang orang terdekat dan yang berurusan dengan aku je yang tahu. Jadi ramai yang terkejut bila dengar aku pergi umrah. Dan ada yang berkecil hati sebab aku tak beritahu mereka...
Actually janganlah berkecil hati bila orang yang nak berangkat ke tanah suci tu tak beritahu keberangkatannya. Macam aku dulu, aku lebih selesa pergi tanpa ramai orang yang tahu sebab taknak la pulak orang kata macam macam. Mulut orang ni macam macam, kalau kita bagitau semua orang ade pulak yang kata berlagak banyak duit la, berlagak alim la, setakat pegi umrah pon nak kecoh, itula inila, macam macam orang boleh cakap.... Serba salah dibuatnya sama ada nak bagitau atau tak. Haiiiiiishhhh....biarlah. Bagitau salah, tak bagitau pon salah...Aku buat cara yang aku rasa selesa je...sebab tu aku low profile je pegi...kadang kadang orang tak paham sebab mereka tak berada di situasi tu...jadi, janganlah kecik hati kalau anda tak diberitahu. Mungkin orang itu hanya nak mengelakkan orang bercakap buruk, atau nak mengelakkan sifat riya' dalam diri...
OKlah...itu saje yang sempat aku coretkan...aku harap coretan aku ni dapat sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang sebab perkara ni jarang dibincangkan, tapi ianya hakikat yang perlu diketahui, especially bagi mereka yang belum menjejakkan kaki ke sana...WallahuAlam...
Wednesday, May 19, 2010
Berhenti Berharap atau Terus Berdoa?
OKlah...Dua hari lepas aku ade apply 2 post kat UIA. Satu post Engineer, satu lagi post Information System Officer.
Dan hari ni, bila aku check jobstreet, inilah yang aku dapat…
Tak tahu nak cakap apa. Ini bukan kali pertama aku apply job kat UIA. Aku apply apa saje job kat UIA yang kene dengan qualification aku. Dan dalam masa 3 tahun aku asyik apply, hanya sekali aku pernah dipanggil untuk interview. Dan itulah interview kali pertama dan terakhir kalinya. Sekarang ni, asal aku apply je, dalam masa 2 atau 3 hari terus application aku akan jadi unsuccessful.
Aku rasa ramai kawan kawan aku, especially rakan seperjuangan aku dari UIA, dah paham sangat yang aku begitu berharap untuk dapat kerja kat sana. Aku dah tak reti nak cakap macam mana. Dah 10 tahun aku sayang UIA. Sejak sebelum SPM memang aku dah aim nak sambung belajar kat sana. Alhamdulillah, untuk sambung belajar Tuhan dah izinkan aku untuk berada disana selama beberapa tahun.
Tapi untuk bekerja, ntah...aku pon tak paham kenapa tidak diizinkan. Aku dah cuba sehabis daya. Sehabis harap. Waktu mak aku pergi umrah bulan April 2009, aku mintak dia doakan supaya aku dapat kerja kat sana. Tak dimakbulkan. Kemudian bila aku pulak sampai ke sana bulan Ogos 2009, aku pula berdoa sendiri. Pun tak dimakbulkan. Kenapa ye doa aku dan ibu aku dihadapan Kaabah tak dimakbulkan? Even untuk application aku sebelum ni, sebelum apply, dalam masa 7 hari aku buat solat hajat. Lepas 7 hari baru aku apply. Tapi sama jugak. Dalam masa sehari dua, terus application aku unsuccessful. Kenapa ye? Ya, mungkin apa yang kita sangkakan baik sebenarnya adalah tidak baik untuk kita...Tuhan lebih mengetahui...
Tujuan aku cuma satu. Aku nak jadi orang yang lebih baik. Betul. Sebab semasa berada di UIA, banyak yang aku pelajari tentang Islam, dan aku nak terus belajar. Aku selalu tertanya, tak cukup baikkah niat aku? Aku ni bukan seorang yang kuat, jadi aku perlu berada di tempat yang mempunyai Islamic environment supaya aku tak terus tersasar...3 tahun berjauhan dengan UIA, memang aku rasa banyak dah jatidiri aku hilang. Aku pernah terbaca, kalau kita duduk dekat dengan tukang besi, kita akan terkena juga asapnya. Dan jika kita duduk dekat dengan orang yang memakai kasturi, kita akan turut sama berbau harum...dan aku betul betul nak berada dengan orang yang memakai kasturi itu...
Setiap kali aku tulis luahan macam ni, akan ada yang berkata, ‘Sabar wani, tentu ada hikmahnya...cuba lagi’...Ya, selama ni pon dah berpuluh kali aku cuba dan tak pernah berhenti berharap. Aku tahu ade sebab Tuhan tak mengizinkan atau belum mengizinkan aku untuk berada di sana semula. Cuma apa sebabnya aku tak tahu...
Persoalannya cuma satu. Sampai bila aku harus teruskan doa aku? Adakah aku sudah patut berhenti berharap? Adakah aku patut apply lagi untuk kerja kat sana? Sekali lagi aku tak tahu...sebab semakin lama semakin jauh peluang aku untuk kembali berada disana, walaupun sayangku pada UIA tak pernah luntur...
Jadi, sebelum aku bukakan hati aku untuk apply kerja kat tempat lain, biar aku tulis, mungkin buat kali terakhir...Aku tetap sayang UIA...mungkin aku takkan ucapkan lagi ayat ini kerana aku sudah tak mampu berharap...hanya keajaiban Tuhan akan membawa aku kembali ke sana...God please stop the tears......
Sunday, March 7, 2010
Kenangan Terindah di Cerakah
Group aku terdiri daripada sepuluh orang: Aku, Kak Farah, Aida, Anniza, Azhar, Sattu, Sham, Odeng, Abang Zaki, dan Encik Shah. Nama team kami Red Bomb. Bermula dengan aktiviti memasang khemah, aku dan kak Farah dibantu oleh Azhar dan Odeng kerana kami tak pernah pasang khemah sendiri. Hari tu lah baru aku tahu cara cara pasang khemah. Oh, taklah susah sangat nak pasang khemah sebenarnya!!!

Khemah kami yang telah siap dipasang
ktiviti yang paling ditunggu-tunggu...Skytrex!!! Dalam camping ni, aku paling suka aktiviti skytrex. Alhamdulillah aku bukanlah seorang yang gayat, so aku tak takut sangat bila berada kat tempat tinggi. Lagipun aku percaya safety features dia kuat. Halangan skytrex yang paling aku suka adalah flying fox. Pelik tapi benar, setiap kali aku menempuhi halangan flying fox, badan aku mesti berpusing ke belakang bila aku berada di pertengahan flying fox, menyebabkan aku tak tahu kalau aku akan terlanggar pokok. Diorang cakap sebab teknik aku salah. Aku kene lawan force angin yang kuat time flying fox tu supaya badan aku tak berpusing ke belakang. Aku dah cuba lawan, tapi nampaknya berpusing jugak. Ntahla, agaknya aku tak mampu melawan force angin tu kot...tapi flying fox tetap best!!!Cuma aku ada satu masalah besar nak buat aktiviti ni. Iaitu saiz fizikal aku yang sangat 'comel'. Dengan syarat minimum mempunyai ketinggian 140cm, ye aku mencapai ketinggian itu. Tapi still susah aku nak bermain skytrex ni. Ada beberapa part yang aku terasa sakit sangat sebab aku seolah olah tergantung dan tak berapa jejak kaki aku pada halangan-halangan skytrex. Dan bila nak sangkut pulley tu pon ade tempat yang mana tangan aku tak cukup panjang untuk sangkut pulley pada tali. Terpaksa mintak bantuan Junal dan Andy untuk bantu aku sangkutkan pulley. Aku terpaksa berjengket sambil diorang pasangkan pulley tu pada tali sebab tali dia memang tak cukup panjang untuk gantung aku. Untuk aktiviti skyterx, merekalah yang banyak jaga aku. Thanx Junal and Andy!!! You guys did a good job menjaga aku mase skytrex!!! Tapi kepada management Bukit Cerakah, aku rasa ketinggian minimum tu patutnya bukan 140cm la. Naikkanla kepada 150cm. Sebab kalau betul betul orang yang tinggi aku ni buat skytrex sorang sorang, gerenti tak lepas punya. Jadi, naikkan je la had minimum ketinggian skytrex tu. Memang la aku tak dapat main lagi kalau diorang naikkan ketinggian minimum tu, tapi bagi aku itulah yang patut dilakukan.

Eh, bukan ini...ini hanya untuk 'testing' je...rendah je ni...

Ha, ini baru betul...camne?Tinggi kan? Ada bran? Penat ooo nak sampai atas...Aku terberhenti beberapa kali nak tarik nafas sebelum berjaya sampai ke atas...
Pada waktu petang, giliran untuk Game Rakyat. Ada permainan Telinga Karat, Galah Panjang, dan Baling Selipar. Dan pada waktu malam, ada barbecue, persembahan berkumpulan, King of Eco, dan Raja Botol. Team aku, Red Bomb, buat persembahan Hakka pada malam tu. Ambil persembahan yang simple je sebab kami tak banyak masa untuk berlatih. Tapi sayangnya aku takde gambar persembahan team Red Bomb. Nantila bila ada IRISian yang share atau upload gambar dalam Facebook aku letak gambar tu dalam blog ni. Team lain ada yang buat Dikir Barat, nyanyian, pantomen, dan lain-lain. Tapi yang paling menarik bagi aku adalah persembahan Dikir Barat oleh Kumpulan XLR8 yang di 'karut' kan oleh Nasrom. Persembahan mereka nampak bertenaga dan kemas taking into consideration masa yang ada untuk mereka practice pun bukan lama sangat. Jadi, tepukan gemuruh untuk kumpulan XLR8!!!

Ini wakil dari setiap team untuk pertandingan King/Queen of Eco... Yang menang adalah dari Team Pirate Attack (Biru)... iaitu disebelah kanan sekali...
Kalau skytrex adalah aktiviti paling best, jungle trekking pulak adalah aktiviti yang paling mencabar. Pada pagi Ahad, kami peserta peserta camping telah memulakan cabaran jungle trekking di Bukit Cerakah. Seumur hidup aku, aku hanya pernah buat sekali jungle trekking waktu aku sertai ibadah camp masa aku darjah 3. Tapi waktu tu bukanlah jungle trekking yang sangat mencabar. Maklumla, jungle trekking untuk kanak-kanak! Tapi kali ni memang perrrgghhhh!!!! Aktiviti ni la yang menyebabkan aku sakit kaki sampai skarang ni. Mana taknya, bagi orang yang jarang berjogging macam aku, semestinya jungle trekking sejauh 3km yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu akan menyebabkan aku tegang kaki.
Waktu jungle trekking, ada satu part yang aku tergelincir di kawasan cerun hutan yang mana dibawahnya ada sungai. Aduhhh!!! Cuak jugak waktu tu. Nak kata kasut sport aku tu licin, tak jugak. Tapi dah nak tergelincir nak buat camne? Time tu Andy yang tolong tarik aku ke atas. Selain Andy, orang yang banyak menjaga aku masa jungle trekking adalah Sattu dan Sham. Thanx guys! Team member lain pon jaga aku jugak. Kengkadang rasa macam aku ni budak kecik je bila diorang asyik risaukan aku. "Tengokkan Wani tu!", "Wani baik baik jalan..", "Wani ok ke?", "Boleh naik Wani?"...itulah antara 'skrip' yang slalu aku dengar time jungle trekking. Huhuhu...Tapi aku tak kisah, dah memang aku kecik pon. Tu yang diorang risau kot. Dan memang aku terpaksa mintak bantuan mereka, especially guys (eh, kitaorang pakai glove ye! tak batal air sembahyang pon!) untuk tolong tarik aku naik cerun bukit sebab memang ada part yang aku tak mampu nak naik sendiri. Aku nak berterima kasih sangat kepada mereka yang banyak tolong aku dan jaga aku. Aku tak mampu nak balas jasa korang semua.
Itulah antara aktiviti kami IRISian yang menyertai camping at Bukit Cerakah yang dapat aku ceritakan. Alhamdulillah semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan, kecuali kecederaan yang disebabkan oleh pacat...hehehe...Bagi aku, aktiviti macam ni dapat mengeratkan hubungan kami sebagai rakan sekerja. Malah bagi aku, kami semua bagaikan satu keluarga masa camping tu. Kenangan di Bukit Cerakah akan aku senaraikan sebagai antara kenangan terindah aku bersama IRISian...Terima kasih semua!
Wednesday, March 3, 2010
Aku Dan Camping....
Sport And Recreation Club (eh, btol ke eja nih?) telah organize camping yang akan diadakan di Bukit Cerakah pada hari Sabtu dan Ahad ni. Seramai 50 orang staff IRIS akan menyertai camping ni termasuk aku. Pada awalnya, tak tergerak langsung hati aku untuk menyertai aktiviti macam ni. Sebab aku kenal diri aku. Kenal dengan kecerewetan diri aku. Camping dalam hutan memang tak pernah menjadi satu impian apatah lagi aktiviti masa lapang yang ingin aku lakukan. Kene gigit nyamuk pun dah rimas, ni nak masuk hutan? Hentikanlah Wani, aku berkata pada diri aku sendiri....
Tapi setelah diajak dengan bersungguh sungguh oleh salah seorang member aku, Kak Farah, aku pun tewas jugak dengan ajakannya itu. Ye la, aku ni memang tak boleh tengok keikhlasan dan kesungguhan orang mengajak aku join apa apa aktiviti ni, mesti aku join jugak. Macam dulu, aku join Treasure Hunt pun sebab kak Farah sungguh-sungguh ajak aku. Maka aku pun berilah peluang pada diri aku sendiri untuk join aktiviti luar yang memang aku tak pernah buat. Itupun aku adalah antara 5 orang yang terakhir mendaftarkan diri untuk join camping tu sebab pada awalnya memang aku tak berniat langsung nak pergi.
Tapi bagi aku, takpelah...mungkin camping ni aku akan lakukan sekali seumur hidup...at least ade pengalaman untuk aku ceritakan jika orang bercakap pasal camping. Dan kalau anak anak aku (bakal anak la..skang takde...hehehe) nak pergi camping pun, aku tahulah serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan 'camping' dan bolehlah cerita pada mereka. Sama macam main paintball dulu, cukuplah sekali seumur hidup. Sekadar nak rasa sakitnya kena tembak..bila badan dah lebam sampai dua minggu cukuplah. Rasanya time tu aku yang paling teruk kene tembak sebab baju aku memang jadi hot spot disebabkan baju aku adalah baju terkotor pada hari itu...hahaha....itulah pengalaman paintball aku. Tapi Treasure Hunt memang aku nak join lagi kalau ade. Sebab ia adalah aktiviti yang mengasah minda, tak ganas, tak sakit, dan sangat fun! SRC bila lagi nak buat Treasure Hunt? Aku tak sabar dah ni!!!!
OKlah...berb
alik pada camping tadi...antara aktiviti yang akan diadakan adalah skytrex. Bukan calang calang punya skytrex kat Bukit Cerakah tu...Challenging jugak bila aku tengok gambar dan video kat Youtube. So far aku masih teruja untuk buat Skytrex. Harapnya aku dapat menghabiskan cabaran Skytrex itu dengan jayanya. Janganla pengsan, menangis, atau apa apa yang seumpama dengannya. Buat malu den je...hehehe...Mmm...cukuplah setakat ini dulu. InsyaAllah aku akan update blog ni dengan post yang akan menceritakan pengalaman camping aku. Aku doakan semua staff IRIS yang akan turut sama menyertai camping ini selamat semuanya tanpa sebarang kecederaan...back in one piece ok? Till next posting...Wassalam...
Friday, February 26, 2010
Benarkah sayang?
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Pertama kali mendengar lagu itu adalah ketika aku berada di sekolah menengah. Lirik dan lagunya cukup menyentuh hati. Cukup puitis. Terus aku berusaha mencari dan menghafal liriknya selepas mendengarkan lagu itu, dan sering menyanyikannya bila liriknya sudah aku hafal.
MaulidurRasul adalah hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Bagi aku, sambutan MaulidurRasul itu perlu. Perlu kerana kita manusia adalah makhluk yang pelupa. Lupa akan perjuangan baginda kerana telah lama ditinggalkan. Memperingati MaulidurRasul dapat membantu menyemarakkan lagi kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. Bila aku kata memperingati, aku bukan maksudkan berarak atau jenis jenis sambutan yang tidak pernah diamalkan oleh sahabat baginda. Maksud aku berselawat dan mengenang kembali sirah baginda dalam menyebarkan Islam.
Hari Rabu 24 Februari 2010 lepas, bekas pensyarah UIA, Ustaz Zawawi Yusof telah dijemput memberikan ceramah MaulidurRasul di pejabat aku. Ceramahnya ada diselitkan video yang menggambarkan gambaran Hijrah Nabi S.A.W dan umat baginda ketika itu. Cukup menyentuh hati. Ketika video itu ditayangkan, aku teringat ketika aku melawat makam baginda sekitar bulan puasa lepas. Terasa ingin lagi ke sana untuk melawat dan memberi salam kepada baginda.
Ketika ceramah itu, Ustaz Zawawi ada bertanya kepada para pendengar, 'Jika Rasulullah S.A.W masih hidup dan anda adalah orang yang bertuah untuk bertemu baginda, apa yang anda akan cakap pada baginda?'. Aku agak terkesima dengan soalan itu. Berfikir sebentar apa jawapan yang sesuai untuk aku berikan. Ada 3 orang hadirin yang ditanya, tapi seorang pun tidak dapat memberi jawapan yang konkrit. Aku juga tidak boleh memberi jawapan yang bernas pada diri sendiri. Yang terlintas dalam pemikiran aku, jika aku bertemu baginda, aku ingin memeluk kekasih Allah itu, tapi, eh! Aku perempuan la! Mana boleh buat camtu! Aduh!! Baru aku teringat yang au tidak boleh memeluk kekasih Allah itu. Tapi yang pasti, aku akan menitiskan air mata jika dapat melihat wajah baginda.
Melihat keadaan hadirin yang seolah olah tak bersedia bila diajukan soalan ustaz tadi, ustaz pun berkata, 'Ini membuktikan yang kita semua tidak pernah ingin bertemu dengan baginda. Sebab kita tak tahu pun apa yang kita nak cakap dengan baginda kalau kita jumpa baginda'. Ustaz menyambung ceramahnya dengan soalan, 'Benarkah tuan-tuan semua sayang pada baginda?'. Hampir separuh para hadirin mengatakan 'Ya!. Sayang!'. Aku adalah antara hadirin yang hanya berdiam diri ketika diajukan soalan itu. Mengapa? Sebab bagi aku, jika aku kata sayang, apa bukti kasih sayang aku? Sirahnya pun aku tak dalami. Sunnahnya pun banyak yang tak aku amalkan. Jika aku kata tidak sayang, itu adalah seperti jawapan yang terlalu ego daripada seorang Muslim. Jadi aku memilih untuk hanya berdiam diri dengan soalan itu. Mungkin hadirin lain yang tidak menjawab apa apa ketika ditanya oleh ustaz samaada sayang Rasulullah atau tidak jugak mempunyai pandangan yang sama dengan aku. Benarkah kita menyayangi baginda? Tepuk dada, tanya iman. Namun aku harapkan kita sebagai umat akhir zaman mendapat keampunan Allah jika tidak dapat menyayangi baginda sepertimana para sahabat menyayangi baginda.
Itulah yang sempat aku coretkan sempena MaulidurRasul ini. Semoga kita mendapat syafaat baginda kelak...InsyaAllah...
Friday, February 19, 2010
Berinteraksi dengan-Nya
Anda kebingungan.
Anda memerlukan tempat untuk mengadu.
Anda memerlukan hidayah.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan? Mungkin ada yang akan beri jawapan, buat solat istikharah. Tapi bagaimana jika anda memerlukan masa yang terlalu singkat untuk memilih jalan untuk permasalahan anda? Atau bagi wanita yang sedang uzur, macam mana pulak nak buat solat istikharah? Jawapan diperlukan segera...atau hati anda betul betul berkecamuk...
M
ungkin zikir dan doa dapat membantu. Tapi disini aku ingin berkongsi satu petua yang pernah diajar oleh sahabat aku semasa aku di UIA dulu. Dan ia benar benar berkesan. Caranya, ambil Al-Quran, jika anda tidak mahir berbahasa arab atau sedang dalam keadaan uzur, ambillah Al-Quran yang mengandungi terjemahan. Selawat dahulu sebanyak 7 kali, kemudian niatkan kepada tuhan petunjuk apa yang anda perlu dari-Nya dengan sepenuh hati. Setelah diniatkan, terus buka Al-Quran itu dari mana mana mukasurat sekalipun secara rawak, dan terus baca salah satu ayat yang anda nampak ketika itu. InsyaAllah itulah jawapan Allah pada permasalahan anda.Aku banyak kali mengamalkan petua ini ketika hati aku benar-benar dalam keadaan lemah. Dan selalunya aku akan dapat ayat yang memang aku dapat rasa kaitan antara ayat tersebut dengan masalah yang sedang aku hadapi. Contohnya, aku pernah dapat ayat 4 dari Surah Nuh..
Tak perlulah aku ceritakan peristiwa yang menyebabkan aku perlu membuka Al-Quran untuk mendapatkan petunjuk tu. Cukuplah sekadar aku beritahu yang ayat yang aku dapat tu memang kene dengan situasi aku ketika itu. Sebab ketika itu memang aku bersalah, dan ketika ayat yang aku dapat itu seolah olah mengatakan yang Tuhan telah mengampunkan dosa aku, aku memang menitiskan air mata. Sangat terharu kerana Dia sudi memaafkan aku. Dan aku faham juga apa yang dimaksudkan dengan 'menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan'. Itulah jawapan Tuhan kepada permasalahan aku ketika itu. Dan aku benar benar berasa seperti berinteraksi denganNya secara terus.
Petua ini juga pernah aku ceritakan kepada sahabat aku yang lain ketika di UIA dulu. Ketika itu dia sedang menghadapi masalah dan sedang uzur. Dan apabila dia dapat satu ayat dari Al-Quran, dia pun kata dia benar-benar rasa dan nampak kaitan ayat yang dia dapat dengan permasalahannya. Dia ceritakan pada aku dengan perasaan yang sungguh puas hati. Walaupun aku sebenarnya tak nampak kaitan ayat yang dia dapat dengan permasalahan dia ketika itu, aku pun turut gembira. Sebab bagi aku, kadang-kadang hanya kita yang menghadapi masalah itu saja yang akan dapat rasa kaitan ayat yang kita dapat dengan permasalahan kita.
Ada banyak lagi ayat-ayat yang aku dapat sebab memang ketika aku dalam keadaan berkecamuk, aku sering mengamalkan petua itu. Ada yang sampai membuatkan aku terduduk sebab tak sangka dapat ayat yang begitu mendalam dan tak disangka-sangka. Subhana Allah! Sememangnya Al-Quran itu satu mukjizat yang begitu hebat!
Jadi selepas ini, jika anda menghadapi masalah, cubalah amalkan petua yang aku beri tadi. Yang penting sebelum buka Al-Quran tu, niatkan dengan sepenuh hati yang anda benar-benar perlu petunjuk dariNya dan yakin bahawa Dia sedang mendengar dan akan membantu. InsyaAllah, anda akan dapat petunjuk tersebut. Dan aku benar benar berharap tulisan aku kali ini akan memberi manfaat bagi kalian semua....
Sunday, January 10, 2010
Angan-angan...
Adakah angan-angan itu sia-sia?
Sejauh manakah kita boleh berangan?
Aku masih ingat lagi. Sewaktu aku kecil dulu, sekitar umur aku 4-5 tahun, aku selalu melukis. Dan subjek utama yang aku biasanya lukis adalah Puteri. Mungkin waktu itu aku selalu berangan-angan nak jadi puteri. Bagi aku, puteri dan bidadari adalah sangat cantik dan indah. Aku suka pakaian mereka. Aku ingin jadi seperti mereka. Mak aku pernah framekan lukisan-lukisan aku dengan menggunakan frame kadbod keras yang dia buat sendiri, kemudian diletakkan di ruang tamu. Kelakar pulak bila ingat. Aku cuba cari balik lukisan tu untuk aku scan dan letak dalam blog aku ni, tai tak jumpa. Puas aku menyelongkar setor rumah pun tak jumpa. Mak aku kata dia tak buang lukisan tu. Cuma tak tahu kat mana. Kalau jumpa balik lukisan tu memang best...very nostalgic.
Ada dua lukisan yang aku masih ingat. Satunya lukisan seorang puteri berambut panjang paras pinggang, memakai crown, diberi sekuntum bunga ros oleh seorang putera raja...fullamakkk!!! bayangkan budak berusia 4-5 tahun lukis lukisan camtu. Sebab tu la mak aku framekan lukisan aku tu dan letak kat ruang tamu. Lagi satu, dua orang puteri yang sama jugak, berambut panjang paras pinggang, memakai crown dan skirt kembang, nak tahu dia buat apa? puteri-puteri itu bermain badminton dengan skirt kembangnya, sambil diperhatikan oleh seorang putera raja. Nak tergelak bila aku teringat balik. Dalam kebanyakan lukisan aku, subjek puteri dan putera raja mesti ade.
Mungkin aku begitu teruja nak jadi puteri waktu kecik dulu. Aku ingat lagi, waktu aku kecik dulu, ada sebuah filem lakonan Fauziah Ahmad Daud, berjudul Puteri. Aku punyalah suka scene dia jadi puteri tu. Walaupun aku tak faham dengan jalan ceritanya, aku amat tertunggu-tunggu scene Ogy jadi puteri sebab dah tengok montaj dia macam menarik. Apatah lagi ada asap asap yang seolah olah puteri tu berada di alam bunian.

Inilah pakaian Puteri yang dilakonkan oleh Ogy yang begitu aku kagumi waktu aku kecik dulu...
Tapi, sebagai menu
naikan impian aku sewaktu kecil dulu, aku telah memilih tema 'Angel' waktu aku menghadiri IRIS Blockbuster Nite dulu. Angel, Bidadari, Puteri, kira adik beradik la tu. Cuma yang wajib ada mestilah crown. Itu yang aku nak pakai sangat dari aku kecik. Dan tercapai jugak impian aku sejak aku kecik dulu pada malam tu - 17 December 2009. Thanks to my mum and her friend, aunty Zainon yang bersusah payah siapkan kepak pink yang comel dan tongkat sakti untuk aku pakai time dinner tu! Itulah angan-angan aku sejak kecil yang akhirnya dapat aku tunaikan sewaktu IRIS Blockbuster Nite.Berbalik pada persoalan yang aku timbulkan di awal tulisan aku tadi. Salahkah berangan-angan? Well, pada akulah, angan-angan tu tak salah. Malah, ia perlu. Tanpa angan-angan, tiada teknologi akan tercipta. Semuanya bermula dengan angan-angan. Tanpa angan-angan, tiada apa yang akan dapat diinovasi. Dengan angan-anganlah baru datang inspirasi dan usaha ke arah merealisasikan angan-angan itu. Tapi, janganlah angan-angan itu melampau batas. Bak lagu Raja Ema, Angan-angan..
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan
Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan
Apa pun, dalam angan angan, kita kene jugak berpijak di bumi yang nyata. Biarkan angan-angan itu menjadi pencetus semangat dan bukan sekadar angan-angan Mat Jenin...Semoga dengan angan-angan itu, satu hari nanti ia akan membawa kita ke satu ruang yang kita sendiri tak pernah terfikir untuk dikecapi sebelum ini...
Saturday, January 2, 2010
Berlagak Alim?
Mmm...pagi pagi lagi nampaknya dah ade orang nak cari pasal dengan aku. Ade lagi orang nak buat kacau kat blog aku. Dia tulis lebih kurang macam ni, "Oi orang yang berlagak alim, kalau kau khatam Quran 100 kali pun tak guna sebab hati kau busuk!" - PERAGUT NYAWA KAU.
Well, kepada orang yang bertanggungjawab dan sangat bersopan santun tu, aku nak tanya beberapa soalan.
Yang pertamanya, bila masa pulak aku berlagak alim? Setahu aku, memang banyak bende yang aku kene perbaiki lagi. Kalau aku tulis pasal hal amanah, halal haram, khurafat, percaya pada takdir tuhan, semua tu adalah perkara BASIC je. Bukan sampai tahap alim pon. Bende tu semua orang kene tahu dan praktik sebagai Muslim. Bukannya aku tulis aku sembahyang tahajjud setiap malam ke, puasa sunat setiap isnin khamis ke. Sebab aku memang tak mampu buat perkara perkara camtu, sebab aku memang jauh lagi dari tahap alim yang ko cakap tu. Aku hanya tulis perkara yang bagi aku memang BASIC. Sebab aku ni sendiri memang seorang Muslim yang BASIC je. Dan aku tulis sebagai peringatan kepada diri aku sendiri (terutamanya) dan untuk dikongsi dengan orang orang yang baca blog aku jugak. Sebab sbg Muslim kita memang kene saling ingat mengingati. <--Adekah statement BASIC ni pon ko nak kata aku berlagak alim?
Yang keduanya, siapa engkau nak kata hati aku busuk nih? Tuhan ke? yang engkau boleh tahu hati orang tu busuk ke tak? Layakke ko nak bagi judgment yang orang ni berhati busuk dan ko berhati suci murni? Sebusuk busuk hati aku pun, takdelah sampai aku sesuka hati judge orang lain berhati busuk. Dan kalau ko berhati suci murni, kenapa kene guna nick 'Peragut Nyawa Kau' utk cakap aku berlagak alim tu? Guna je la nama betul supaya semua orang tahu siapa yang berhati suci murni macam ko tu.
Terima kasihlah banyak banyak atas statement ko tu. Kerana dengan statement ko mengutuk aku tu, ko dah bagi aku pahala ko secara percuma kat aku. Tak cukup dah pahala? Jangan risau, ko boleh tolong tanggung dosa aku kalau ko keurangan pahala untuk diberi. Terima kasih lagi skali. Kalau ko still rasa macam aku berlagak alim, lantak kau lah. Kita jumpa jugak kat akhirat nanti kan? Kutuklah aku lagi supaya aku senang dapat pahala ko. Aku tak rugi apa apa pon. Kalau ko rasa ko benci dengan statement statement BASIC aku tu, ko jauhkanlah diri dari blog aku. Aku tak pernah suruh ko baca blog aku yang berlagak alim ni. Pergila baca blog-blog yang tak berlagak alim macam yang ko nak.
Sekian terima kasih
Yang benar,
Orang yang berlagak alim.
Monday, December 28, 2009
Mak Esah oh Mak Esah!!!
Posting aku kali ni aku nak bercerita tentang ‘Mak Esah’ dan ‘Tok Moh’. Mak Esah dan Tok Moh yang aku maksudkan bukanlah nama sebenar. Sekadar simbolik kepada orang-orang yang bergelar bomoh dan mereka-mereka yang mengamalkan ilmu hitam.
Inilah Mak Esah yang aku maksudkan...(sekadar gambar hiasan)
Pagi semalam, masa aku tengah lepak dalam kereta sambil menunggu pukul 8 sebelum masuk ke ofis, aku dengarla siran radio HotFM. Then adelah sedutan panggilan Hot Jam. Topiknya adalah mengenai ‘Petua’. Caller tu cakap, dia nak bagi petua mudah bersalin. Nak tau apa dia cakap? “Ni petua ‘mak esah ni’. Kalau nak mudah bersalin, bangun pagi merangkak 3 kali, lepas tu kalau banyak dosa dengan suami, pagi pagi bangun hisap ibu jari kaki suami. Mak saya amalkan ni, dan mudah dia bersalin bila dia lahirkan keempat-empat anak dia’.
'Isap ibu jari kaki? Macam ni ke?'
Astaghfirullah! Aku beristighfar panjang……
Ade beberapa isu yang aku nak kupas disini.
Pertamanya, petua tu sendiri nampak macam pelik dan menakutkan. Hisap ibu jari kaki suami? Isk isk isk. Yang aku pernah dengar, kalau nak mudah bersalin, kene mintak maaf banyak banyak kat suami. Mintak dia maafkan segala dosa. Dan juga mintak maaf kat orang-orang lain macam family dan kawan-kawan. Ni kenapa nak mengamalkan petua mak esah yang mengarut tu? Petua tu takkan beri apa apa manfaat atau mudarat. Hanya setan yang akan tergelak besar melihat anak adam itu mengikut petua mak esah tu.

"Kah Kah Kah! Bodohnya manusia ini ikut saje apa yang aku cakap. Padahal aku tipu dia je!". Puas hati setan-setan tu!!
Keduanya, nampak tak petua tu akan menjauhkan diri manusia daripada menjadi baik? Sebab kalau dah banyak dosa dengan suami tu, caranya mintak maaf je. Ni ape ke jadah pi hisap ibu jari kaki dia? Petua tu akan menyebabkan para isteri itu tak perlu mintak maaf pada suami. Sebab bagi mereka, ‘Apa susah? Kalau aku buat salah pon nanti aku isap la ibu jari kaki dia!’
Ketiganya, bila dia mengatakan dengan sebab petua tu mak dia mudah bersalin, bagi aku itu dah lari akidah dah. Petua (yang baik) hanyalah sekadar usaha, selebihnya ketentuan Tuhan. Hakikatnya, bukan petua tu yang menyebabkan mak dia mudah bersalin.
Mengamalkan petua-petua sebenarnya tidak salah, asalkan bukan yang sampai memesongkan akidah. Ada pendengar lain bagi petua kalau sakit tengkuk bangun tidur, jemur bantal yang digunakan masa tidur tadi tengah panas. Bagi aku petua macam tu takde masalah untuk diamalkan. Walaupun aku rasa sebenarnya semuanya adalah berkaitan dengan psikologi semata-mata. Bila kita jemur bantal tu tengah panas, minda kita akan berkata yang kita nak tengkuk kita baik, dan sedang berusaha ke arah itu. Sistem imuniti akan bertindak dengan membantu menyembuhkan sakit tengkuk tadi. Bukanla pasal bantal tu. Aku rasa la. Sebab apala kaitan bantal tu lagi dengan tengkuk kita bila kita dah tak tidur atasnya?

Mungkinkah salah seorang penghuni rumah ni sedang mengalami kesakitan tengkuk?
Lagi satu, contohnya dalam kepercayaan terhadap suatu perkara akan mengakibatkan satu perkara. Contohnya waktu aku skolah rendah dulu, aku slalu dengar, tak boleh amik gambar 3 orang sekali. Kalau amik gambar 3 orang skali nanti salah seorang daripada yang dalam gambar tu akan mati. Aku yang waktu tu belom pon mencapai tahap cukup umur, percaya la cakap kawan-kawan tu. Dan semakin hari bila difikirkan barulah nampak yang bende ni semua tak logik. Tak logik tu takpe, tapi kepercayaan ni pon melibatkan akidah. Sebab ajal maut ditangan tuhan, bukan bergantung pada gambar yang diambil. Ade lagi ke orang percaya dengan bende camni? Harap-harap taklah….
Alhamdulillah, setakat ni aku, Lini, dan Wennie masih lagi bernyawa...jadi tak betolla amik gambo 3 orang tu, sorang akan mati kan?
So the moral of the story is, dalam setiap kepercayaan dan petua yang kita amalkan, cuba renung-renung balik samaada ianya bercanggah dengan syara’. Jangan sampai kita tergolong dalam orang yang syirik. Na’uzubillah… jangan sampai kita meminta tolong dengan Mak Esah dan Tok Moh …Kalaulah ada antara korang yang ‘ter’kawan dengan Mak esah atau Tok Moh ni, masih belum terlambat untuk pulang ke pangkal jalan. Dan bagi yang tak pernah ‘kawan’ dengan mereka, tak payahlah nak cuba cuba kawan…takut nanti sampai mati hidup tak tenang...
Thursday, December 24, 2009
Aku Dan Blogku
Dalam zaman serba moden nih, boleh dikatakan semua orang ade blog. Dari budak sekolah hinggalah menteri, masing-masing mempunyai blog. Ada yang berkisar tentang kisah keluarga, politik, menceritakan tentang hobi, dan tak kurang juga dengan blog copycat dimana blogger nyer hanya copy and paste bende yang menarik yang dia dapat dari email atau blog orang lain ke dalam blognyer. As for me, aku menulis blog untuk kepuasan diri aku sendiri. Biasanya dalam blog aku, aku bercerita tentang perkara yang berlaku pada diri aku, luahan perasaan aku, samaada gembira, sedih, marah, dan macam macam lagi. Dan kadangkala ada juga teguran yang aku sampaikan melalui blog aku. Bagi aku, blog aku adalah medium perhubungan aku dengan mereka yang mengambil berat tentang aku.
Diam tak diam, nampaknya dah 4 tahun aku menceburkan diri dalam dunia penulisan blog ni. Bermula dengan blog friendster yang aku namakan 'Small And Mighty Blog' sehinggalah blog aku yang sekarang ni, 'Dari Keyboard Wani'.
Aku bermula dengan blog Friendster sebab dulu aku ramai member kat Friendster, dan Friendster akan hantar update kat friend list aku bile aku update blog. Tu yang menarik dan sebab tu aku pilih blog friendster dulu. Tapi skarang aku dah berubah hala ke blogspot, sebab utamanya, office aku tak boleh access friendster, dan friendster pon dah kurang glamer dengan kemunculan pesaingnya Facebook. Aku pon dah lama tak login ke friendster account aku. Kenapa ye Facebook tak sediakan ruang blog untuk penggunanya? Bile update blog je, terus kluar dalam News Feed. Kalau ade blog Facebook, mesti makin ramai menulis blog kan?Walaupun tak ramai pon yang mengikuti blog aku, aku dapat kepuasan bila menulis. Macam yang aku cakap, aku menulis untuk kepuasan diri. And I dont bother to promote it for the time being. Biarlah pemantau pemantau setia blog aku saje yang terus baca blog aku.
Tapi yang menariknya, blog aku ni bagi aku macam ada magik. Kenapa? Sebab walaupun tak ramai yang ikut, tapi kalau aku niatkan dalam hati supaya seseorang tu baca blog aku, dia akan sampai jugak ke blog aku. Mungkin korang juga sampai ke sini sebab korang adalah antara orang yang aku niatkan untuk baca blog aku? Siapa tahu? Macam yang pernah berlaku waktu aku kat UIA dulu. Aku ade tulis pasal seseorang, tanpa mendedahkan identitinya, dan aku niatkan semoga dia akan sampai ke blog aku. Dan dengan kuasa Tuhan, lebih kurang seminggu lepas tu, memang dia baca blog aku dan dia tahu orang yang aku maksudkan dalam tulisan aku tu adalah dia sendiri. Aku tahu dia baca blog aku pon daripada kawan dia, sebab kawan dia ada bagitau aku, 'Dia dah jumpa sendiri dan baca blog ko!'. Bagi aku itu memang satu perkara yang ajaib sebab aku tak pernah deal dengan dia except for formal thing, itupon cakap dalam beberapa ayat je. Aku sendiri tak tahu yang dia kenal nama aku. Dan dia boleh sampai ke blog aku sendiri, tanpa diberitahu oleh sesiapa, seminggu lepas aku tulis pasal dia. Ajaib kan? Tak payahlah aku ceritakan macam mana dia boleh jumpa sendiri blog aku tu, sebab panjang pulak tulisan ni nanti...
Salah satu sikap yang perlu ada pada penulis blog adalah ketahanan mental. Sebab kadang kadang ade orang yang 'psycho' dan busuk hati akan bagi komen yang bukan bukan dalam blog anda. Aku pernah kene situasi ni. Tapi silap besarla. Komen pertama dia tulis dengan nama sebenar, so aku tahu komen-komen seterusnya datang dari dia. I dont care. I know that minah also memang skru dia longgar skit (sorry to say this). Tapi memaki hamun orang dalam blog sebenarnya hanya akan dilakukan oleh orang yang tak bijak. Sebab tu bila kawan-kawan aku kata, "Wani, kenapa tak delete je komen macam tu?". Aku akan jawab balik, "Biarlah, biarkan komen tu kat situ supaya orang nampak attitude dia yang suka maki hamun orang dan pikirannya yang tak bijak". Dan satu yang blogger kene ingat, kalau tak berani terima kutukan dan kritikan, tak payahlah menulis blog. Ambil kritikan yang membina dan abaikan kutukan yang membunuh.
Setiap orang ade cara tersendiri menulis blog. Blog tidak semestinya panjang (walaupon ramai yang kata blog aku ni tulis panjang2, huhuhu), tapi harus padat dengan isi-isi yang menghiburkan. Umpama cerita Kuch Kuch Hota Hai, walaupun lama, orang boleh tengok berjam-jam sampai habis sebab banyak adegan yang menyentuh hati, bukan macam cerita yang membosankan yang tak sampai 15 minit pon orang dah mengantuk. Macam tu jugalah dengan blog, ia harus padat dengan 'ayat ayat power' dan menyentuh hati supaya pembaca akan baca cerita dalam blog tu sampai habis. Blogger harus pandai menyampaikan situasi yang berlaku dengan menarik dalam tulisan mereka supaya pembaca bukan sekadar membaca, tapi seolah olah berada dalam situasi yang sedang diceritakan. Muatkan blog dengan gambar gambar yang sesuai. Ni aku sendiri jarang praktik sebab takde mase nak cari gambo yang comel comel untuk diletak dalam blog. Tapi bab ni adik aku terer. Blog dia dimuatkan dengan banyak gambar-gambar menarik. It takes your effort to produce good blog posting. Guna kreativiti sendiri untuk mempersembahkan blog anda. Macam penyanyila, kene ada identiti sendiri. Disitulah anda akan dapat banyak stalker.
Dan kepada mereka yang rajin pantau blog aku, terima kasih banyak banyak. Apalah makna blog aku ni tanpa pembacanyer (ewahhh..). Dan terima kasih sebab bagi semangat untuk aku terus update blog aku walaupon sekarang aku semakin ketandusan idea...tu yang tulis topik nih...huhuhuhu....Till then, Wassalam...
Tuesday, December 15, 2009
Cinta Dalam Muamalat
Aku pernah dengar satu pepatah, begini bunyinya...jika anda memancing ikan dan anda telah dapat ikan itu, jangan dilepaskan kembali ikan itu ke dalam air. Kerana ikan tadi akan menanggung kesakitan akibat kesan terkena mata kail tadi. Begitulah diumpamakan cinta. Jika anda telah memberi harapan kepada seseorang, janganlah kemudian anda meninggalkannya, kerana dia akan menanggung kesakitan dari harapan kosong yang anda berikan... Mula-mula pancing, lepas tu dilepaskan...mula-mula suka, lepas tu dibuang...
Dan aku pernah dengar satu statement dari seorang lelaki, katanya...lelaki akan cuba sedaya upaya untuk attract ramai gadis, dan dia akan pilih yang terbaik. Tapi malangnya dalam usaha lelaki itu untuk attract gadis, ramai pulak antara gadis tu yang 'perasan' lelaki itu suka kat dia. Teringat pulak aku pada lirik lagu Hey Ladies nyanyian Rossa. Sudah ku bilang jangan terlalu yakin, Mulut lelaki banyak juga tak jujur... Memang benar situasi tu. Dan tipulah aku kalau aku kata aku tak pernah terperangkap dalam situasi macam tu. Ada orang baik ngan aku, aku ingat dia suka kat aku, but suddenly....aku jatuh tersungkur....dan luka aku terjatuh itu sebenarnya belum 100% pulih sampai sekarang walaupun bende tu dah lama jadi...dan bagi aku, luka aku hanya akan pulih bila aku kawin...sebab tu aku harap cepatla aku kawin, selain nak sempurnakan agama aku, itu je cara untuk aku ubat hati aku.
Bukanlah aku bermaksud menyalahkan sesiapa, sebab aku tahu aku pon silap jugak sebab sape suruh cepat sangat perasan?. Cuma bagi aku, lepas ni aku akan lebih berhati hati. Dan aku takkan anggap orang yang aku suka pun suka kat aku jugak sampai dia bagitau aku sendiri secara direct yang dia suka kat aku. Itulah pengajaran yang aku dapat. Biarlah... biarkan semuanya berlalu walaupun segalanya masih menjadi trauma pada aku.
Tapi bagi aku la, dalam pergaulan, jangan sampai kita beri harapan kosong kat orang disekeliling kita. Mungkin bagi anda, anda hanya ingin mencari yang terbaik. Nothing serious. Setakat usik mengusik apa salahnya? Tapi kita tak tahu sejauh mana ia akan memberi kesan ke atas orang yang kita beri harapan itu. Kalau nak bergurau apa apa perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan pon, tengok tengok orang la...bukan dengan semua orang kita boleh bergurau hal hal macam tu. Dan kita jugak kene ingat, bukan semua orang kuat imannya dan boleh terima apa yang kita buat kat dia...dibuatnya orang yang anda beri harapan kosong tu tak boleh terima kenyataan, dia guna ubat pengasih la ape ke jadah semua tu, sape nak jawab? Na'uzubillah....
So the moral of the story is, cara untuk mendapatkan pasangan yang terbaik adalah dengan memperbaiki diri sendiri dahulu dan kemudian berdoa pada Tuhan. Jika anda tidak benar-benar suka pada seseorang, jangan sekali-kali bagi dia harapan, at least atas dasar kemanusiaan. Sebab takut satu hari nanti kita pulak akan diberi harapan kosong oleh orang yang kita sayang....
Friday, December 4, 2009
Nak Tegur Atau Nak Tembak Orang?
Sebab tu, kalau kita nak tegur apa apa kesilapan yang perlu diperbaiki, cuba tegur dengan cara yang paling bijak dan berhikmah. Kenapa aku nak tulis pasal topik ni? Sebab tadi aku baru kene 'tembak' dengan seorang manusia yang memang tak ngam dengan aku dan asyik nak tembak aku dan cari weakness atau apa apa perkara slek yang aku buat.
Aku pon heran kenapa la dari dulu lagi manusia ni asyik nak cari pasal dan asyik nak serang aku. Aku ni bukan tak boleh terima teguran, tapi aku cukup benci bila teguran tu disampaikan dalam bentuk sindiran dan bukan bertujuan untuk memperbaiki, tapi untuk hentam orang. Apatah lagi di dalam meeting dan didepan orang ramai. Dari dulu lagi dia memang suka jatuhkan air muka aku depan orang. Tu yang aku rasa nak sepak je manusia tu. Dan makin menebalkan kebencian aku kat dia. Sebab nampak sangat sebenarnya dia nak buat serangan peribadi kat aku. Apa apa je yg aku handle, dia akan cari kekurangannya.
Seriously aku bukan jenis orang yang sangat ego dan taknak langsung terima teguran. Aku boleh terima teguran dari team member lain sebab bagi aku, team member lain tegur untuk improvement, dan aku tak terasa pon. Tapi manusia tu memang tegur untuk jatuhkan air muka aku. Tegur utk serang aku. Sebelom ni aku pernah kata pada diri aku sendiri yang aku akan benci dia sampai mati, dan sekarang aku dah tak tahu nak kata apa dah. Dah habis tahap kebencian aku kat dia.
Kalau nak ikut-ikutkan, aku pun ade perkara yang nak aku sampaikan untuk tegur kekurangan yang dia buat dalam post mortem program tu. Memang aku niat nak sampaikan point aku dengan baik dan memang utk improvement. Ade je bende yang slek dia buat. Tapi bila awal awal lagi dia dah tembak aku, terus aku takde mood nak cakap. Bila aku dah taknak bercakap, bermakna aku dah berada dalam tahap marah yang tertinggi.
Oleh itu, kalau tak tahu cara tegur yang berhikmah, baik diamkan diri. Itulah prinsip aku. Bukan maksud aku tak payah tegur. Tapi kalau kita tegur orang dengan cara yang buruk, kita hanya akan menambah kebencian orang pada kita. Apa yang nak ditegur pun mesti ikhlas dan bukan nak berniat utk serang orang secara peribadi.
Perkara tu membuat aku renung balik diri aku. Adekah aku menegur dengan baik bila diperlukan? Kalau adelah perkara yang aku pernah tegur korang dan membuatkan korang terasa hati, aku mintak maaf banyak banyak. Dan aku tak pernah berniat nak lukakan hati sesiapa dalam teguran aku. Sebab aku taknak orang simpan kebencian kat aku sebagaimana aku simpan kebencian kat manusia tu. Ya, aku tahu aku perlu buang rasa kebencian dalam hati aku. Tapi mungkin bukan sekarang. Mungkin satu masa nanti, yang aku sendiri tak tahu bila. Sekali lagi, maafkan aku kerana tak mampu menjadi seorang yang pemaaf.........................................
Tuesday, November 17, 2009
Tribute To My IRIS Buddies :-)
Mmm...lama dah rasanyer tak update blog nih. Kali ni sajer la aku merajinkan diri untuk tulis pasal kawan-kawan aku kat IRIS. For me, u guyz are my second family...kalau boleh aku nak letak gambar orang orang ni dalam blog aku, tapi takut ade yang segan atau tak setuju pulak di popularkan dalam blog aku...so aku tulis nama je la....
Aku mulakan dengan Marliana Mohamed. Aku panggil dia Kak Mar. So far I can say that she's my closest friend at IRIS. Dia la yang paling banyak tahu kisah suka duka aku kat IRIS, dan dialah yang paling banyak beri aku pandangan dan nasihat bila aku perlukan. Macam kawan-kawan aku yang lain yang pernah rapat ngan aku, Kak Mar ni jugak tak pernah nak buat muka atau marah kat aku. Kecik hati skit-skit tu biasala, tapi takdela sampai buat aku terasa. Dan dia boleh terima kelebihan dan kekurangan aku seadanya. Kalau ada apa apa yang dia tegur aku pun, dia akan tegur dengan bijak. Memang semua kawan-kawan baik aku ada ciri-ciri tu. Macam memang Tuhan dah assign orang-orang camnilah yang akan rapat ngan aku.
Kawan seterusnya yang aku nak citer adalah Farahroszita Dahlan (Kak Farah). Dulu dia department aku, skang dah pindah ke department lain. Kak Farah ni pulak bagi aku kawan yang paling sama ngan aku. Dia pon selalu cakap, "Ko sama ngan akak..". Kami kongsi banyak prinsip yang sama. Dan biasanya tindakan yang dia ambil adalah sama ngan tindakan yang aku akan ambil kalau aku kat situasi dia, and vice versa. Even persepsi kami kat colleague IRIS pon biasanya sama. Kalau aku tak suka deal ngan seseorang tu, dia pon tak suka. Kalau aku suka deal ngan seseorang tu, dia pon berpendapat camtu. Sebab tu aku senang bersembang ngan dia, sebab biasanya kami saling paham perasaan masing masing...huhu...
Kak Zuraimas Mustaffa, Kak Basariah, Sudau, Siti Hajar Razali...they are also my good friend kat IRIS. Mereka lah kawan-kawan IRIS aku yang telah berjaya menjejakkan kaki ke rumah aku time raya hari tu. Kak Mar pon tak sampai lagi sebab waktu lepas raya tu, Kak Mar tengah pantang, baru lepas bersalin. I have no problem with them all, sebab semuanya bukan jenis orang yang angin pasang surut...
Next, Nik Mohd Mawardi Nik Mohd Amin...tapi mamat ni dah blah dari IRIS dah. Sebelum aku kenal ngan orang-orang kat IRIS ni, aku dah kata, 'baik mamat nih'. Dia lah yang banyak guide aku waktu awal aku masuk keje, atau dalam kata lain, dia la sifu aku. Dia pandai ajar aku, dan mengajar ngan lengkap sekali dengan tak sembunyi apa apa ilmu pon. Sangat caring dan slalu tanya kalau aku ada pape problem waktu awal aku keje dulu. Aku sangat nak mengucapkan terima kasih kat dia sebab banyak ajar aku, tapi tak terkeluar dari mulut aku. Cam segan pulak. Just in case if he's reading this posting, Thanks Nik for being a very good teacher to me! I can never repay that. Really really appreciate you for the time you have spent to teach me.
Shakawi Shaziman, dia ni engineer dari machinery department. Pon dah blah jugak. As far as what I have known him, he's among the most brilliant engineer at IRIS. Seriously. Bukan aku sorang je yang cakap, ramai lagi yang cakap. Dia memang sangat bijak sepanjang aku keje dengan dia, dan macam Nik, dia jugak seorang cikgu yang sangat baik. Tak pernah marah dan tak pernah jemu mengajar. Skang keje kat iPerintis kalau tak silap aku. Sepeninggalan dia, takde orang yang boleh replace dia di department tu. Waktu slalu deal ngan dia dulu, boss dia, Ridzuan Ranjit sangat suka gosipkan kitaorang. Konon nak nolong dirikan masjid la kot. Pastu aku bagitau dia, 'sir, dia dah bertunang la!' (skang dah kawin)...Barula dia kurangkan gosip lepas tu...huhuhu...
From ITD department, Ravin Kumar. Aku deal ngan dia waktu aku memegang jawatan sbg software engineer dulu, sbb diala yang buyoff software yang di develop oleh software enginner kat department aku. Skang ada la jugak deal skit-skit bila ade software yang aku terpaksa buat.
Sape lagi ye? Ha...YZ Chan. Dia antara engineer yang paling ingat dan paling caring kat aku. Kalau aku tengah buat keje kat production, dia akan melawat dan akan cuba tolong seboleh mungkin, walaupon pada hakikatnya keje keje tu aku boleh buat sendiri, tapi dia memang nak tolong jugak. Kalau ada pape business trip, mesti dia tak lupa nak beli survenir kat aku. Yang peliknya, budak department aku yang lain tak dapat, aku je dapat. Tu yang bangga tu. Hahahah! Dan selalu tanya aku pasal Islam. Sampai pelik aku dengan soalan yang dia tanya tu. Contohnya pasal umrah dan Haji. Aku tanya, 'eh, camne u tahu pasal bende bende tu?' Dia kata dia tengok discovery channel, tu yg dia tahu.
Uihh...nampaknya dah panjang ni. OKlah...jap biar aku coretkan lagi nama nama orang yang aku sayang kat IRIS ni...(sayang sbg rakan sekerja la!!)... abang Zaki, SL Tee, abang cik (Izwan), Reyazd, Nadia (QA), Kak Farizah, Diveenash, Mervin, and most of all, my boss Norwati Ismail. Dan juga semua kawan kawan IRIS yang tak sempat dah aku nak coretkan namanya...Kalau pon satu hari nanti mungkin kita dah tak berada di bawah satu bumbung lagi, bagi aku, korang semua adalah antara kenangan terindah aku di IRIS. Thank you guys for being nice to me! :-)




