Thursday, December 16, 2010

Macam mana nak tahu kalau perempuan suka kat kita?

"Macam mana nak tahu kalau perempuan suka kat kita?"

Itulah bunyi soalan yang diajukan oleh salah seorang officemate aku tadi. Dan membuatkan aku terasa ingin berkongsi jawapannya dalam blog aku ni. Saje je dia tanya kat aku sebab aku pon selalu tanya pendapat dia tentang hal hal camni from guys point of view.

Jawapan aku mudah...

"Ko kene tanya dia sendiri. Jangan berteka-teki. Sebab lain perempuan akan bagi reaksi yang berlainan kat orang yang dia suka"

Itulah jawapan yang dapat aku beri daripada perspektif aku sendiri. Untuk pengetahuan korang, khususnya kaum lelaki, memang takde satu jawapan konkrit yang boleh aku beri kepada soalan yang diajukan tu. Kat sini aku beri beberapa respon berbeza yang ditunjukkan oleh kaum perempuan bila diorang minat kat seseorang lelaki:

1) Yang pemalu

Ada perempuan yang sangat pemalu bila berdepan dengan lelaki yang dia minat. Biasanya mereka adalah jenis perempuan yang mungkin pertama kali jatuh cinta. Mereka tak berani langsung nak tengok mata orang yang dia minat. Dan kadangkala mereka akan mengelakkan bertembung mata dengan orang yang mereka minat, walaupun pada hakikatnya dia saaaaangat suka dekat lelaki tu. Tapi dalam hati mereka punyalah seronok bila dapat bertembung dengan lelaki yang dia minat. Dan mereka juga hanya akan 'usha' lelaki tu bila lelaki tu tak perasan yang dia sedang di 'usha'. Ajak dating? Sorry, mereka takkan mulakan dulu sebab mereka terlalu pemalu. Tapi kalau lelaki yang dia minat yang ajak dia dating, haaaaa.....dia akan rasa macam dunia ni dia yang punya!

Lelaki selalu salah sangka dengan type perempuan macam ni, diorang akan terfikir, "Eh, perempuan ni suka aku ke tak? Macam nak taknak je....".

So how do you guys should handle this type of gal? Well, to be a gentleman, you should start the conversation first. Mungkin akan mengambil masa untuk korang membuatkan dia selesa menegur korang, maklumla, orang baru belajar bercinta, but once they are comfortable, they will become the most loyal girlfriend you have ever had.

2) Yang main tarik tali

Ade perempuan yang macam ni. Diorang suka 'main tarik tali'. Maksudnya, diorang akan buat lelaki yang diorang minat tu 'kompius'. Kadang-kadang diorang akan tunjukkan respon yang baik, kadang kadang takde respon langsung. Tujuan mereka sebab nak tengok sejauh mana lelaki tu sungguh sungguh suka kat dia. Mereka tak mahu kehilangan lelaki tu, tapi tak mahu juga lelaki tu mendapatkan hatinya dengan cara mudah. Bagi aku, untuk handle perempuan macam ni, caranya: Pada peringkat awal korang teruslah usaha untuk mencuri hati dia, tapi kalau lama sangat main tarik tali tu, gertak je dia sikit. Suruh dia bagi kata putus. Tanya dia, "Awak nak ke taknak kat saya? Kalau taknak saya cari perempuan lain"...Ha, pada masa itu perempuan yang jenis main tarik tali ni mungkin akan gelabah. Time ni lah mungkin baru diorang berhenti main tarik tali, kalau diorang tak terlalu ego la....

3) Yang berani

This type of girl tak kisah untuk memulakan sesuatu perhubungan. Dia akan cuba sedaya upaya bagi hint kat lelaki yang dia minat bahawa dia memang minat lelaki tu, atau bagitau secara direct je yang dia suka kat laki tu. Untuk type girl yang berani ni, biasanya lelaki tak payah tanya, lelaki tu sendiri akan tahu yang perempuan tu suka kat dia.

Aku cadangkan guys supaya 'jual mahal' sikit pada mereka. Sikit je la, tak perlu terlalu mahal. Itu pon kalau korang pon memang suka kat diorang. Tapi kalau tak, please jangan bagi harapan kat diorang. Kawan biasa boleh. Tapi kalau korang bagi harapan kosong kat girl yang berani ni, dengan tujuan 'mengisi masa lapang', ini agak bahaya. Kenapa? Sebab biasanya perempuan yang berani ni jugak agresif. Dia boleh buat perkara yang tak terduga. Contohnya, mungkin diorang boleh 'serang' girlfriend korang atau buat fitnah yang bukan-bukan, siapa tahu? So be careful, dont mess up with them!

4) Yang ego

Ini mungkin sifat yang akan ditunjukkan pada golongan wanita yang sangat cun, berkarier, atau yang merasakan diri mereka 'high class'. Aku malas nak desribe pape pasal perempuan type ni, lagipun aku takde kawan yang type macam ni. Korang handle la sendiri ye...


So far itulah yang aku dapat describe tentang macam mana perempuan boleh bagi reaksi berbeza-beza bila diorang minat seseorang lelaki. Apa yang aku tulis ni hanyalah secara general, mungkin ade yang betul dan mungkin ade yang tak tepat. Sebab tu aku kata, kalau korang nak kepastian dari perempuan, takde cara lain sebenarnya, memang kene tanya. Kalau malu nak tanya kat tuan empunya diri, tanya je kawan baik dan orang yang rapat dengan dia. Sebab dalam dunia perempuan, seorang kawan akan tahu siapa yang di 'admire' oleh kawan baik mereka....

OKlah ...itu je yang aku mampu coret untuk kali ni...akhir kata dari aku,

Tanpa keberanian, mimpi takkan menjadi nyata... :)

Selamat Mendirikan Masjid! :)

Monday, November 1, 2010

Umur....Does it Really Matters?

Mmm...

Tadi aku dan member aku, time sembang-sembang, adela kami sembang pasal isu umur. Isu berkaitan perhubungan antara seorang perempuan dan seorang lelaki yang lebih muda daripadanya.

Well, dalam perbincangan itu, member aku tu, a non-muslim guy, begitu tidak menyokong hubungan camni. Katanya hubungan macam ni akan mendatangkan banyak masalah. Dia takut satu hari nanti bende ini akan menaikkan ego sama ada perempuan atau lelaki itu. Perempuan mungkin akan menyuruh lelaki itu patuh pada kehendaknya kerana kononnya dia lebih tua dan lebih tahu, dan lelaki pula mungkin akan mencari perempuan lain yang lebih muda bila satu hari nanti dia mula bosan dengan isterinya yang lebih tua....

Dalam Islam, semua orang tahu sejarah Rasulullah dan Siti Khadijah. Siti Khadijah 15 tahun lebih tua daripada baginda Rasulullah. Namun begitu, sayangnya baginda kepada Siti Khadijah tiada bandingannya sehinggakan baginda menangis apabila Siti Khadijah wafat. Tapi aku taknaklah gunakan point tu sebab dia non-Muslim. Even kalau aku gunakan alasan itu kepada orang Islam pon, banyak yang akan kata, "Ala, itu Nabi...Nabi lainlah...'

Aku rasa perkahwinan yang melibatkan seorang lelaki yang lebih muda daripada perempuan, atau apa saja hal yang nampak janggal antara pasangan tersebut, tak perlulah dipertikaikan, asalkan kedua duanya mempunyai asas agama yang kuat. Kenapa? Sebab kalau kedua duanya ada asas agama yang kuat, si isteri akan tetap menghormati suaminya walaupun suaminya lebih muda daripadanya, dan si suami akan tahu tanggungjawab kepada isterinya dan tetap menyayangi isterinya walaupun isterinya lebih tua daripadanya, kerana dia menganggap isteri itu amanah dan anugerah Tuhan. Dia yakin isterinya adalah yang terbaik untuknya. Sebab tu lah aku tak kata perkahwinan macam ni tidak akan ada masalah, cuma bergantung kepada kekuatan asas agama kedua dua suami isteri. Kalau si suami lebih tua pon, tapi tak bertanggungjawab, nak buat ape ade suami macam tu? Kalau si isteri lebih muda pon, tapi asyik melawan dan taknak dengar cakap, nak buat ape ade isteri macam tu?

Apa apa hal pun, kalau dah jodoh, kita sebagaia manusia tak perlu mempertikaikan apa apa. Sudah itu yang Tuhan takdirkan, siapa kita yang nak mengatakan jodoh itu tak sesuai dengan dia atau dia? Sebab terlalu banyak bende yang kita sebagai manusia tak tahu. Manusia juga tak tahu apa akan jadi dan kita tak tahu siapa kita di masa depan.....dan siapalah kita untuk menolak jodoh yang telah Tuhan tetapkan?

Monday, August 30, 2010

M.A.A.F

Dalam kehidupan seharian, manusia sering melakukan kesilapan. Tak kiralah besar atau kecik. Kalau dah namanya manusia biasa, memang akan buat silap. Bukannya nabi. Membuat silap bukanlah satu perkara yang hina, tapi salah satu asam garam kehidupan.

Tapi ada 2 golongan manusia, yang mudah meminta maaf dan yang tak pernah nak mintak maaf apatah lagi mengaku salah.

Aku biasa dengar satu pepatah: Takkan hilang bisa ular dek kerana menyusur di bawah akar. Maksudnya, tidak akan jatuh martabat seseorang apabila dia meminta maaf atas kesilapannya.

Ya, aku sangat setuju dengan pepatah tersebut. Aku amat memandang tinggi kepada orang yang berani mengaku salah dan meminta maaf walaupun untuk perkara yang kecil, dan aku cukup tak suka dengan orang yang terlalu ego nak mintak maaf walaupun telah diberi bukti yang dia salah. Kedua dua jenis manusia ini pernah aku temui dalam hidup aku.

Bagi aku, golongan yang berani mengaku salah dan meminta maaf adalah golongan yang bijak. Dan dalam urusan kerja pun, aku perhatikan biasanya orang orang yang di higher level yang berani meminta maaf. Pernah beberapa orang rakan sekerja yang hantar personal email kepada aku meminta maaf apabila mereka rasa mereka berkasar dengan aku dalam urusan kerja. Padahal aku faham sebab mereka berkasar, and in fact aku tak terasa pun yang mereka berkasar dengan aku. Tapi mereka mengambil langkah berhati hati dengan meminta maaf atas kekasaran yang bagi aku belum sampai tahap mengguris perasaan aku, dan ada juga yang aku lihat meminta maaf secara terbuka dalam email kepada beberapa individu yang terlibat dalam hal kerja yang melibatkan kesilapannya. Aku tabik spring pada golongan seperti ini. Mereka berani mengaku salah. Malah boss aku sendiri pun kalau dia ada buat silap dia berani mengaku salah, dan itu jugak yang dia pesan pada aku, kalau dah salah kita, minta maaf je...semua orang buat salah. But LEARN from mistake. Dats why many people respect her.

Berbeza dengan golongan yang terlalu berat nak mintak maaf, walaupun dah terbukti dia salah. Walaupun dah terbukti pihak yang dituduh tak melakukan seperti apa yang dituduh. Mereka merasakan meminta maaf akan menjatuhkan ego atau harga diri mereka, sebab begitulah pandangan mereka terhadap orang yang minta maaf pada mereka. Pada mereka, orang yang meminta maaf ni adalah orang yang kalah dan bersalah. Aku sangat tak gemar dengan golongan macam ni. Dan aku jugak takkan melafazkan maaf kepada golongan manusia macam ni walaupun kadang kadang dalam satu kes tu kedua dua pihak ada salah masing-masing. Aku bukanlah seorang yang 'hadap' sangat nak suruh orang mintak maaf kat aku bila mereka buat silap. Terpulang pada diri masing masing. Cuma bagi aku, kalau kesalahan tu terlalu besar dan susah aku nak maafkan, dan orang tu pun tak pernah mintak maaf kat aku, tunggu je la di akhirat nanti bila Tuhan jadi hakim setiap perkara. Tapi biasanya kalau seseorang tu adalah dari golongan yang bijak, mereka tidak akan berat nak mintak maaf ni. Itulah pemerhatian aku sepanjang 27 tahun hidup ni.

Aku bagi contohla. Katakan ada orang buat silap. Lepas tu untuk cover kesilapan dia, dia terpaksa mencari alasan atau menipu dengan fakta fakta yang tak logik a.k.a alasan bodoh la senang citer. Dia lebih rela menipu dengan alasan bodoh daripada meminta maaf dan mengaku salah. Dia anggap dengan alasan bodoh itu orang lain akan percaya, padahal tidak. Dia guna alasan alasan bodoh tu sebab dia sendiri akan percaya dengan alasan alasan tu kalau orang lain menipu dia dengan alasan yang sama (<--- ulang baca phrase ni kalau tak paham ayat aku)...betul tak?

Contoh lain....Kenapa budak budak bagi alasan bodoh bila menipu? Sebab dia ingat orang dewasa akan percaya. Padahal tidak. Kenapa dia ingat orang dewasa akan percaya? Sebab akalnya masih pendek, dan dia sendiri akan percaya hal tu jika dia ditipu dengan alasan yang sama...sekarang korang dah nampak kenapa aku kata orang yang berat nak mintak maaf dan taknak mengaku salah adalah orang yang tak bijak?


Jadi, marilah kita bersama sama menjadi orang yang 'bijak' dengan mudah meminta maaf dan berani mengaku salah. Meminta maaf dan mengaku salah adalah perkara yang mulia dan tak menjatuhkan martabat anda. In fact, anda meletakkan diri anda pada satu tahap yang lebih tinggi bila berani meminta maaf dan mengaku salah...dan yang paling penting, ia dapat memulihkan silaturrahim yang terputus akibat salah faham. Wallahu A'lam...

p/s: Minta maaf kalau ade yang tersinggung...post ni untuk membuka minda pembacanya...

Monday, August 9, 2010

Di panggil lagi...Alhamdulillah....


Mmmm....nak tulis ke taknak? nak tulis ke taknak? OKlah...tulis je lah...sebab niat aku cuma satu, aku nak bagi clear semua dosa aku....lagipun bukanla ramai sangat yang baca blog aku pon, jadi tak kisahlah nak tulis kat sini...



Actually sebenarnya tahun ni InsyaAllah aku akan ke Tanah suci...Umrah...kali ni bersama satu family, termasuk abang ipar aku, dan kami akan menyambut Syawal disana...kecuali adik aku yang nombor 3, nampaknya bukan rezeki dia untuk ikut kami sebab dia tak boleh cuti, pihak universiti tak benarkan....takpelah, rezeki lain kali kot Mira...


Aku pun tak sangka yang tahun ni aku berpeluang dan dipanggil lagi oleh Nya. Sebab baru tahun lepas je pergi sambut puasa kat sana. Tetiba tahun ni berpeluang sambut Syawal di sana pulak...Sangat bersyukur kerana Dia masih sudi menjemputku lagi walaupun aku ni adalah tetamu yang...mmm...banyak dosa dan macam macam karenah la...ye, Tuhan sentiasa memberi peluang kepada aku untuk mentarbiyah dan memperbetulkan diri aku yang masih banyak salah dan silapnya...


Harap harap takde halangan untuk kami sekeluarga sampai sana, sebab sebelum sebelum ni pon flight asyik delay je...so far perancangannya kami akan bertolak pada 7 September ni, lebih kurang 3 hari sebelum raya...dats mean 2 more weeks to go...dan insyaAllah kami sekeluarga akan sampai pulang ke Malaysia 20hb Sept...itulah perancangan setakat ni...


Jadi kepada sesiapa kawan kawan yang membaca blog ni, sempena Ramadhan dan sebelum aku nak bertolak ni, aku nak susun jari mintak maaf atas semua salah silap aku, sama ada aku sedar atau tak, sengaja atau tak...semua la...aku harap dengan kemaafan korang akan memudahkan urusan aku untuk beribadat di sana...maklumla, aku hanya manusia biasa...tak lepas dari buat silap...jadi, aku harap dengan seikhlas hati korang maafkan aku...kalau ade hutang yang aku terlupa nak bayar, cepat cepatla tuntut sebelum aku pergi ni...ye la, ajal maut di tangan tuhan...kita tak tahu...InsyaAllah, doa buat kawan kawan akan tetap aku panjatkan bila sampai di sana nanti...semoga umrah aku kali ini lebih baik dari yang sebelum ini...InsyaAllah...














Wednesday, May 19, 2010

Berhenti Berharap atau Terus Berdoa?

Aku kene tulis jugak ni. Sebab aku tengah sedih. Salahke apa yang aku nak tulis ni? Pada aku tak salah, sebab aku dah stay 3 tahun kat tempat kerja aku sekarang, and to be open that I am looking for a new place is something very common...Tak kisah pon...Dah takde perasaan...

OKlah...Dua
hari lepas aku ade apply 2 post kat UIA. Satu post Engineer, satu lagi post Information System Officer.

Dan hari ni, bila aku check jobstreet, inilah yang aku dapat…









Tak tahu nak cakap apa. Ini bukan kali pertama aku apply job kat UIA. Aku apply apa saje job kat UIA yang kene dengan qualification aku. Dan dalam masa 3 tahun aku asyik apply, hanya sekali aku pernah dipanggil untuk interview. Dan itulah interview kali pertama dan terakhir kalinya. Sekarang ni, asal aku apply je, dalam masa 2 atau 3 hari terus application aku akan jadi unsuccessful.

Aku rasa ramai kawan kawan aku, especially rakan seperjuangan aku dari UIA, dah paham sangat yang aku begitu berharap untuk dapat kerja kat sana. Aku dah tak reti nak cakap macam mana. Dah 10 tahun aku sayang UIA. Sejak sebelum SPM memang aku dah aim nak sambung belajar kat sana. Alhamdulillah, untuk sambung belajar Tuhan dah izinkan aku untuk berada disana selama beberapa tahun.

Tapi untuk bekerja, ntah...aku pon tak paham kenapa tidak diizinkan. Aku dah cuba sehabis daya. Sehabis harap. Waktu mak aku pergi umrah bulan April 2009, aku mintak dia doakan supaya aku dapat kerja kat sana. Tak dimakbulkan. Kemudian bila aku pulak sampai ke sana bulan Ogos 2009, aku pula berdoa sendiri. Pun tak dimakbulkan. Kenapa ye doa aku dan ibu aku dihadapan Kaabah tak dimakbulkan? Even untuk application aku sebelum ni, sebelum apply, dalam masa 7 hari aku buat solat hajat. Lepas 7 hari baru aku apply. Tapi sama jugak. Dalam masa sehari dua, terus application aku unsuccessful. Kenapa ye? Ya, mungkin apa yang kita sangkakan baik sebenarnya adalah tidak baik untuk kita...Tuhan lebih mengetahui...

Tujuan aku cuma satu. Aku nak jadi orang yang lebih baik. Betul. Sebab semasa berada di UIA, banyak yang aku pelajari tentang Islam, dan aku nak terus belajar. Aku selalu tertanya, tak cukup baikkah niat aku? Aku ni bukan seorang yang kuat, jadi aku perlu berada di tempat yang mempunyai Islamic environment supaya aku tak terus tersasar...3 tahun berjauhan dengan UIA, memang aku rasa banyak dah jatidiri aku hilang. Aku pernah terbaca, kalau kita duduk dekat dengan tukang besi, kita akan terkena juga asapnya. Dan jika kita duduk dekat dengan orang yang memakai kasturi, kita akan turut sama berbau harum...dan aku betul betul nak berada dengan orang yang memakai kasturi itu...

Setiap kali aku tulis luahan macam ni, akan ada yang berkata, ‘Sabar wani, tentu ada hikmahnya...cuba lagi’...Ya, selama ni pon dah berpuluh kali aku cuba dan tak pernah berhenti berharap. Aku tahu ade sebab Tuhan tak mengizinkan atau belum mengizinkan aku untuk berada di sana semula. Cuma apa sebabnya aku tak tahu...

Persoalannya cuma satu. Sampai bila aku harus teruskan doa aku? Adakah aku sudah patut berhenti berharap? Adakah aku patut apply lagi untuk kerja kat sana? Sekali lagi aku tak tahu...sebab semakin lama semakin jauh peluang aku untuk kembali berada disana, walaupun sayangku pada UIA tak pernah luntur...

Jadi, sebelum aku bukakan hati aku untuk apply kerja kat tempat lain, biar aku tulis, mungkin buat kali terakhir...Aku tetap sayang UIA...mungkin aku takkan ucapkan lagi ayat ini kerana aku sudah tak mampu berharap...hanya keajaiban Tuhan akan membawa aku kembali ke sana...God please stop the tears......

Sunday, March 7, 2010

Kenangan Terindah di Cerakah

Aduhhh!!! Kakiku masih sakit...tegang segala urat betis...itulah salah satu 'hadiah' yang aku dapat untuk camping aku di Bukit Cerakah pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Walaupun 'hadiah' itu bukanlah satu hadiah yang dialu-alukan, pengalaman bercamping di Bukit Cerakah adalah satu pengalaman berharga buat diri aku.

Group aku terdiri daripada sepuluh orang: Aku, Kak Farah, Aida, Anniza, Azhar, Sattu, Sham, Odeng, Abang Zaki, dan Encik Shah. Nama team kami Red Bomb. Bermula dengan aktiviti memasang khemah, aku dan kak Farah dibantu oleh Azhar dan Odeng kerana kami tak pernah pasang khemah sendiri. Hari tu lah baru aku tahu cara cara pasang khemah. Oh, taklah susah sangat nak pasang khemah sebenarnya!!!


Khemah kami yang telah siap dipasang


Aktiviti seterusnya adalah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu...Skytrex!!! Dalam camping ni, aku paling suka aktiviti skytrex. Alhamdulillah aku bukanlah seorang yang gayat, so aku tak takut sangat bila berada kat tempat tinggi. Lagipun aku percaya safety features dia kuat. Halangan skytrex yang paling aku suka adalah flying fox. Pelik tapi benar, setiap kali aku menempuhi halangan flying fox, badan aku mesti berpusing ke belakang bila aku berada di pertengahan flying fox, menyebabkan aku tak tahu kalau aku akan terlanggar pokok. Diorang cakap sebab teknik aku salah. Aku kene lawan force angin yang kuat time flying fox tu supaya badan aku tak berpusing ke belakang. Aku dah cuba lawan, tapi nampaknya berpusing jugak. Ntahla, agaknya aku tak mampu melawan force angin tu kot...tapi flying fox tetap best!!!

Cuma aku ada satu masalah besar nak buat aktiviti ni. Iaitu saiz fizikal aku yang sangat 'comel'. Dengan syarat minimum mempunyai ketinggian 140cm, ye aku mencapai ketinggian itu. Tapi still susah aku nak bermain skytrex ni. Ada beberapa part yang aku terasa sakit sangat sebab aku seolah olah tergantung dan tak berapa jejak kaki aku pada halangan-halangan skytrex. Dan bila nak sangkut pulley tu pon ade tempat yang mana tangan aku tak cukup panjang untuk sangkut pulley pada tali. Terpaksa mintak bantuan Junal dan Andy untuk bantu aku sangkutkan pulley. Aku terpaksa berjengket sambil diorang pasangkan pulley tu pada tali sebab tali dia memang tak cukup panjang untuk gantung aku. Untuk aktiviti skyterx, merekalah yang banyak jaga aku. Thanx Junal and Andy!!! You guys did a good job menjaga aku mase skytrex!!! Tapi kepada management Bukit Cerakah, aku rasa ketinggian minimum tu patutnya bukan 140cm la. Naikkanla kepada 150cm. Sebab kalau betul betul orang yang tinggi aku ni buat skytrex sorang sorang, gerenti tak lepas punya. Jadi, naikkan je la had minimum ketinggian skytrex tu. Memang la aku tak dapat main lagi kalau diorang naikkan ketinggian minimum tu, tapi bagi aku itulah yang patut dilakukan.







Eh, bukan ini...ini hanya untuk 'testing' je...rendah je ni...












Ha, ini baru betul...camne?Tinggi kan? Ada bran? Penat ooo nak sampai atas...Aku terberhenti beberapa kali nak tarik nafas sebelum berjaya sampai ke atas...







Pada waktu petang, giliran untuk Game Rakyat. Ada permainan Telinga Karat, Galah Panjang, dan Baling Selipar. Dan pada waktu malam, ada barbecue, persembahan berkumpulan, King of Eco, dan Raja Botol. Team aku, Red Bomb, buat persembahan Hakka pada malam tu. Ambil persembahan yang simple je sebab kami tak banyak masa untuk berlatih. Tapi sayangnya aku takde gambar persembahan team Red Bomb. Nantila bila ada IRISian yang share atau upload gambar dalam Facebook aku letak gambar tu dalam blog ni. Team lain ada yang buat Dikir Barat, nyanyian, pantomen, dan lain-lain. Tapi yang paling menarik bagi aku adalah persembahan Dikir Barat oleh Kumpulan XLR8 yang di 'karut' kan oleh Nasrom. Persembahan mereka nampak bertenaga dan kemas taking into consideration masa yang ada untuk mereka practice pun bukan lama sangat. Jadi, tepukan gemuruh untuk kumpulan XLR8!!!





Ini wakil dari setiap team untuk pertandingan King/Queen of Eco... Yang menang adalah dari Team Pirate Attack (Biru)... iaitu disebelah kanan sekali...






Kalau skytrex adalah aktiviti paling best, jungle trekking pulak adalah aktiviti yang paling mencabar. Pada pagi Ahad, kami peserta peserta camping telah memulakan cabaran jungle trekking di Bukit Cerakah. Seumur hidup aku, aku hanya pernah buat sekali jungle trekking waktu aku sertai ibadah camp masa aku darjah 3. Tapi waktu tu bukanlah jungle trekking yang sangat mencabar. Maklumla, jungle trekking untuk kanak-kanak! Tapi kali ni memang perrrgghhhh!!!! Aktiviti ni la yang menyebabkan aku sakit kaki sampai skarang ni. Mana taknya, bagi orang yang jarang berjogging macam aku, semestinya jungle trekking sejauh 3km yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu akan menyebabkan aku tegang kaki.

Waktu jungle trekking, ada satu part yang aku tergelincir di kawasan cerun hutan yang mana dibawahnya ada sungai. Aduhhh!!! Cuak jugak waktu tu. Nak kata kasut sport aku tu licin, tak jugak. Tapi dah nak tergelincir nak buat camne? Time tu Andy yang tolong tarik aku ke atas. Selain Andy, orang yang banyak menjaga aku masa jungle trekking adalah Sattu dan Sham. Thanx guys! Team member lain pon jaga aku jugak. Kengkadang rasa macam aku ni budak kecik je bila diorang asyik risaukan aku. "Tengokkan Wani tu!", "Wani baik baik jalan..", "Wani ok ke?", "Boleh naik Wani?"...itulah antara 'skrip' yang slalu aku dengar time jungle trekking. Huhuhu...Tapi aku tak kisah, dah memang aku kecik pon. Tu yang diorang risau kot. Dan memang aku terpaksa mintak bantuan mereka, especially guys (eh, kitaorang pakai glove ye! tak batal air sembahyang pon!) untuk tolong tarik aku naik cerun bukit sebab memang ada part yang aku tak mampu nak naik sendiri. Aku nak berterima kasih sangat kepada mereka yang banyak tolong aku dan jaga aku. Aku tak mampu nak balas jasa korang semua.

Itulah antara aktiviti kami IRISian yang menyertai camping at Bukit Cerakah yang dapat aku ceritakan. Alhamdulillah semuanya selamat tanpa sebarang kecederaan, kecuali kecederaan yang disebabkan oleh pacat...hehehe...Bagi aku, aktiviti macam ni dapat mengeratkan hubungan kami sebagai rakan sekerja. Malah bagi aku, kami semua bagaikan satu keluarga masa camping tu. Kenangan di Bukit Cerakah akan aku senaraikan sebagai antara kenangan terindah aku bersama IRISian...Terima kasih semua!

Wednesday, March 3, 2010

Aku Dan Camping....

Mmm....hari sabtu ni sesuatu akan berlaku pada diri aku...Aku akan melakukan perkara yang tak pernah hendak dan tak pernah terfikir akan aku lakukan seumur hidup aku...nak tahu apa? Itulah camping!!!

Sport And Recreation Club (eh, btol ke eja nih?) telah organize camping yang akan diadakan di Bukit Cerakah pada hari Sabtu dan Ahad ni. Seramai 50 orang staff IRIS akan menyertai camping ni termasuk aku. Pada awalnya, tak tergerak langsung hati aku untuk menyertai aktiviti macam ni. Sebab aku kenal diri aku. Kenal dengan kecerewetan diri aku. Camping dalam hutan memang tak pernah menjadi satu impian apatah lagi aktiviti masa lapang yang ingin aku lakukan. Kene gigit nyamuk pun dah rimas, ni nak masuk hutan? Hentikanlah Wani, aku berkata pada diri aku sendiri....

Tapi setelah diajak dengan bersungguh sungguh oleh salah seorang member aku, Kak Farah, aku pun tewas jugak dengan ajakannya itu. Ye la, aku ni memang tak boleh tengok keikhlasan dan kesungguhan orang mengajak aku join apa apa aktiviti ni, mesti aku join jugak. Macam dulu, aku join Treasure Hunt pun sebab kak Farah sungguh-sungguh ajak aku. Maka aku pun berilah peluang pada diri aku sendiri untuk join aktiviti luar yang memang aku tak pernah buat. Itupun aku adalah antara 5 orang yang terakhir mendaftarkan diri untuk join camping tu sebab pada awalnya memang aku tak berniat langsung nak pergi.

Tapi bagi aku, takpelah...mungkin camping ni aku akan lakukan sekali seumur hidup...at least ade pengalaman untuk aku ceritakan jika orang bercakap pasal camping. Dan kalau anak anak aku (bakal anak la..skang takde...hehehe) nak pergi camping pun, aku tahulah serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan 'camping' dan bolehlah cerita pada mereka. Sama macam main paintball dulu, cukuplah sekali seumur hidup. Sekadar nak rasa sakitnya kena tembak..bila badan dah lebam sampai dua minggu cukuplah. Rasanya time tu aku yang paling teruk kene tembak sebab baju aku memang jadi hot spot disebabkan baju aku adalah baju terkotor pada hari itu...hahaha....itulah pengalaman paintball aku. Tapi Treasure Hunt memang aku nak join lagi kalau ade. Sebab ia adalah aktiviti yang mengasah minda, tak ganas, tak sakit, dan sangat fun! SRC bila lagi nak buat Treasure Hunt? Aku tak sabar dah ni!!!!


OKlah...berbalik pada camping tadi...antara aktiviti yang akan diadakan adalah skytrex. Bukan calang calang punya skytrex kat Bukit Cerakah tu...Challenging jugak bila aku tengok gambar dan video kat Youtube. So far aku masih teruja untuk buat Skytrex. Harapnya aku dapat menghabiskan cabaran Skytrex itu dengan jayanya. Janganla pengsan, menangis, atau apa apa yang seumpama dengannya. Buat malu den je...hehehe...





Jungle trekking pon akan diadakan jugak pada keesokan harinya. Entahlah, kali terakhir aku jungle trekking adalah ketika aku dalam darjah 3, waktu menyertai Ibadah Camp (nama je camp, tapi tak overnight dalam hutan waktu tu) . Waktu mendengar briefing dan group discussion, aku telah sedikit sebanyak dengar tentang Do and Dont untuk aktiviti ni. Pergghhhh....memang banyak pengalaman yang akan aku timba nanti, harapnya semua adalah yang indah belaka...


Mmm...cukuplah setakat ini dulu. InsyaAllah aku akan update blog ni dengan post yang akan menceritakan pengalaman camping aku. Aku doakan semua staff IRIS yang akan turut sama menyertai camping ini selamat semuanya tanpa sebarang kecederaan...back in one piece ok? Till next posting...Wassalam...

Friday, February 26, 2010

Benarkah sayang?

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Pertama kali mendengar lagu itu adalah ketika aku berada di sekolah menengah. Lirik dan lagunya cukup menyentuh hati. Cukup puitis. Terus aku berusaha mencari dan menghafal liriknya selepas mendengarkan lagu itu, dan sering menyanyikannya bila liriknya sudah aku hafal.

MaulidurRasul adalah hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Bagi aku, sambutan MaulidurRasul itu perlu. Perlu kerana kita manusia adalah makhluk yang pelupa. Lupa akan perjuangan baginda kerana telah lama ditinggalkan. Memperingati MaulidurRasul dapat membantu menyemarakkan lagi kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. Bila aku kata memperingati, aku bukan maksudkan berarak atau jenis jenis sambutan yang tidak pernah diamalkan oleh sahabat baginda. Maksud aku berselawat dan mengenang kembali sirah baginda dalam menyebarkan Islam.

Hari Rabu 24 Februari 2010 lepas, bekas pensyarah UIA, Ustaz Zawawi Yusof telah dijemput memberikan ceramah MaulidurRasul di pejabat aku. Ceramahnya ada diselitkan video yang menggambarkan gambaran Hijrah Nabi S.A.W dan umat baginda ketika itu. Cukup menyentuh hati. Ketika video itu ditayangkan, aku teringat ketika aku melawat makam baginda sekitar bulan puasa lepas. Terasa ingin lagi ke sana untuk melawat dan memberi salam kepada baginda.

Ketika ceramah itu, Ustaz Zawawi ada bertanya kepada para pendengar, 'Jika Rasulullah S.A.W masih hidup dan anda adalah orang yang bertuah untuk bertemu baginda, apa yang anda akan cakap pada baginda?'. Aku agak terkesima dengan soalan itu. Berfikir sebentar apa jawapan yang sesuai untuk aku berikan. Ada 3 orang hadirin yang ditanya, tapi seorang pun tidak dapat memberi jawapan yang konkrit. Aku juga tidak boleh memberi jawapan yang bernas pada diri sendiri. Yang terlintas dalam pemikiran aku, jika aku bertemu baginda, aku ingin memeluk kekasih Allah itu, tapi, eh! Aku perempuan la! Mana boleh buat camtu! Aduh!! Baru aku teringat yang au tidak boleh memeluk kekasih Allah itu. Tapi yang pasti, aku akan menitiskan air mata jika dapat melihat wajah baginda.

Melihat keadaan hadirin yang seolah olah tak bersedia bila diajukan soalan ustaz tadi, ustaz pun berkata, 'Ini membuktikan yang kita semua tidak pernah ingin bertemu dengan baginda. Sebab kita tak tahu pun apa yang kita nak cakap dengan baginda kalau kita jumpa baginda'. Ustaz menyambung ceramahnya dengan soalan, 'Benarkah tuan-tuan semua sayang pada baginda?'. Hampir separuh para hadirin mengatakan 'Ya!. Sayang!'. Aku adalah antara hadirin yang hanya berdiam diri ketika diajukan soalan itu. Mengapa? Sebab bagi aku, jika aku kata sayang, apa bukti kasih sayang aku? Sirahnya pun aku tak dalami. Sunnahnya pun banyak yang tak aku amalkan. Jika aku kata tidak sayang, itu adalah seperti jawapan yang terlalu ego daripada seorang Muslim. Jadi aku memilih untuk hanya berdiam diri dengan soalan itu. Mungkin hadirin lain yang tidak menjawab apa apa ketika ditanya oleh ustaz samaada sayang Rasulullah atau tidak jugak mempunyai pandangan yang sama dengan aku. Benarkah kita menyayangi baginda? Tepuk dada, tanya iman. Namun aku harapkan kita sebagai umat akhir zaman mendapat keampunan Allah jika tidak dapat menyayangi baginda sepertimana para sahabat menyayangi baginda.

Itulah yang sempat aku coretkan sempena MaulidurRasul ini. Semoga kita mendapat syafaat baginda kelak...InsyaAllah...

Friday, February 19, 2010

Berinteraksi dengan-Nya


Anda sedang mempunyai masalah besar.

Anda kebingungan.

Anda memerlukan tempat untuk mengadu.

Anda memerlukan hidayah.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan? Mungkin ada yang akan beri jawapan, buat solat istikharah. Tapi bagaimana jika anda memerlukan masa yang terlalu singkat untuk memilih jalan untuk permasalahan anda? Atau bagi wanita yang sedang uzur, macam mana pulak nak buat solat istikharah? Jawapan diperlukan segera...atau hati anda betul betul berkecamuk...

Mungkin zikir dan doa dapat membantu. Tapi disini aku ingin berkongsi satu petua yang pernah diajar oleh sahabat aku semasa aku di UIA dulu. Dan ia benar benar berkesan. Caranya, ambil Al-Quran, jika anda tidak mahir berbahasa arab atau sedang dalam keadaan uzur, ambillah Al-Quran yang mengandungi terjemahan. Selawat dahulu sebanyak 7 kali, kemudian niatkan kepada tuhan petunjuk apa yang anda perlu dari-Nya dengan sepenuh hati. Setelah diniatkan, terus buka Al-Quran itu dari mana mana mukasurat sekalipun secara rawak, dan terus baca salah satu ayat yang anda nampak ketika itu. InsyaAllah itulah jawapan Allah pada permasalahan anda.

Aku banyak kali mengamalkan petua ini ketika hati aku benar-benar dalam keadaan lemah. Dan selalunya aku akan dapat ayat yang memang aku dapat rasa kaitan antara ayat tersebut dengan masalah yang sedang aku hadapi. Contohnya, aku pernah dapat ayat 4 dari Surah Nuh..



Niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui".

Tak perlulah aku ceritakan peristiwa yang menyebabkan aku perlu membuka Al-Quran untuk mendapatkan petunjuk tu. Cukuplah sekadar aku beritahu yang ayat yang aku dapat tu memang kene dengan situasi aku ketika itu. Sebab ketika itu memang aku bersalah, dan ketika ayat yang aku dapat itu seolah olah mengatakan yang Tuhan telah mengampunkan dosa aku, aku memang menitiskan air mata. Sangat terharu kerana Dia sudi memaafkan aku. Dan aku faham juga apa yang dimaksudkan dengan 'menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan'. Itulah jawapan Tuhan kepada permasalahan aku ketika itu. Dan aku benar benar berasa seperti berinteraksi denganNya secara terus.

Petua ini juga pernah aku ceritakan kepada sahabat aku yang lain ketika di UIA dulu. Ketika itu dia sedang menghadapi masalah dan sedang uzur. Dan apabila dia dapat satu ayat dari Al-Quran, dia pun kata dia benar-benar rasa dan nampak kaitan ayat yang dia dapat dengan permasalahannya. Dia ceritakan pada aku dengan perasaan yang sungguh puas hati. Walaupun aku sebenarnya tak nampak kaitan ayat yang dia dapat dengan permasalahan dia ketika itu, aku pun turut gembira. Sebab bagi aku, kadang-kadang hanya kita yang menghadapi masalah itu saja yang akan dapat rasa kaitan ayat yang kita dapat dengan permasalahan kita.

Ada banyak lagi ayat-ayat yang aku dapat sebab memang ketika aku dalam keadaan berkecamuk, aku sering mengamalkan petua itu. Ada yang sampai membuatkan aku terduduk sebab tak sangka dapat ayat yang begitu mendalam dan tak disangka-sangka. Subhana Allah! Sememangnya Al-Quran itu satu mukjizat yang begitu hebat!

Jadi selepas ini, jika anda menghadapi masalah, cubalah amalkan petua yang aku beri tadi. Yang penting sebelum buka Al-Quran tu, niatkan dengan sepenuh hati yang anda benar-benar perlu petunjuk dariNya dan yakin bahawa Dia sedang mendengar dan akan membantu. InsyaAllah, anda akan dapat petunjuk tersebut. Dan aku benar benar berharap tulisan aku kali ini akan memberi manfaat bagi kalian semua....

Sunday, January 10, 2010

Angan-angan...

Salahkah berangan-angan?

Adakah angan-angan itu sia-sia?

Sejauh manakah kita boleh berangan?

Aku masih ingat lagi. Sewaktu aku kecil dulu, sekitar umur aku 4-5 tahun, aku selalu melukis. Dan subjek utama yang aku biasanya lukis adalah Puteri. Mungkin waktu itu aku selalu berangan-angan nak jadi puteri. Bagi aku, puteri dan bidadari adalah sangat cantik dan indah. Aku suka pakaian mereka. Aku ingin jadi seperti mereka. Mak aku pernah framekan lukisan-lukisan aku dengan menggunakan frame kadbod keras yang dia buat sendiri, kemudian diletakkan di ruang tamu. Kelakar pulak bila ingat. Aku cuba cari balik lukisan tu untuk aku scan dan letak dalam blog aku ni, tai tak jumpa. Puas aku menyelongkar setor rumah pun tak jumpa. Mak aku kata dia tak buang lukisan tu. Cuma tak tahu kat mana. Kalau jumpa balik lukisan tu memang best...very nostalgic.

Ada dua lukisan yang aku masih ingat. Satunya lukisan seorang puteri berambut panjang paras pinggang, memakai crown, diberi sekuntum bunga ros oleh seorang putera raja...fullamakkk!!! bayangkan budak berusia 4-5 tahun lukis lukisan camtu. Sebab tu la mak aku framekan lukisan aku tu dan letak kat ruang tamu. Lagi satu, dua orang puteri yang sama jugak, berambut panjang paras pinggang, memakai crown dan skirt kembang, nak tahu dia buat apa? puteri-puteri itu bermain badminton dengan skirt kembangnya, sambil diperhatikan oleh seorang putera raja. Nak tergelak bila aku teringat balik. Dalam kebanyakan lukisan aku, subjek puteri dan putera raja mesti ade.

Mungkin aku begitu teruja nak jadi puteri waktu kecik dulu. Aku ingat lagi, waktu aku kecik dulu, ada sebuah filem lakonan Fauziah Ahmad Daud, berjudul Puteri. Aku punyalah suka scene dia jadi puteri tu. Walaupun aku tak faham dengan jalan ceritanya, aku amat tertunggu-tunggu scene Ogy jadi puteri sebab dah tengok montaj dia macam menarik. Apatah lagi ada asap asap yang seolah olah puteri tu berada di alam bunian.


Inilah pakaian Puteri yang dilakonkan oleh Ogy yang begitu aku kagumi waktu aku kecik dulu...

Waktu di sekolah menengah pulak, nampaknya aku masih sukakan dunia puteri. Aku suka giler filem yang dilakonkan oleh Amy Mastura, Puteri Impian. Sebab aku macam tengok diri aku sendiri bila aku tengok Amy dalam filem tu. Bak kata Chiko Harahap kepada Amy dalam filem tu, 'Awak ni seorang puteri yang gelojoh'. Huhuhu...kalau aku jadi puteri, mesti macam tu perwatakan aku...seorang puteri yang gelojoh dan suka berangan...hahahaha...dan salah satu sebab aku suka citer tu adalah sebab watak Tengku Faizal yang dibawa oleh Hairee Othman. Disebabkan watak tu, aku sangat minat Hairee Othman dulu. Sebab watak Tengku Faizal tu adalah seorang yang sangat gentleman, romantik, soft spoken, ape lagi? Semua la yang aku nak ade pada seorang lelaki. Dia boleh terima Amy walaupun Amy tu hanya seorang gadis kilang, walaupon dalam realiti, mane ade kes camtu? Tapi itula dikatakan dunia khayalan filem. Tapi, memang best giler filem tu!!! Berapa kali ntah aku tengok. Amy berjaya membawa watak puteri comel yang kuat berangan dan gelojoh...huhuhu....


Scene dari Filem Puteri Impian

Sekarang? Well, aku tahu, menyimpan impian menjadi puteri adalah impian yang tak begitu realistik bagi aku. Aku sedar kehidupan sebagai seorang puteri bukanlah seindah yang kita sangkakan. Everything comes with price. Lagipon, manelah aku ade peluang nak jumpa dengan mana-mana putera raja?


Tapi, sebagai menunaikan impian aku sewaktu kecil dulu, aku telah memilih tema 'Angel' waktu aku menghadiri IRIS Blockbuster Nite dulu. Angel, Bidadari, Puteri, kira adik beradik la tu. Cuma yang wajib ada mestilah crown. Itu yang aku nak pakai sangat dari aku kecik. Dan tercapai jugak impian aku sejak aku kecik dulu pada malam tu - 17 December 2009. Thanks to my mum and her friend, aunty Zainon yang bersusah payah siapkan kepak pink yang comel dan tongkat sakti untuk aku pakai time dinner tu! Itulah angan-angan aku sejak kecil yang akhirnya dapat aku tunaikan sewaktu IRIS Blockbuster Nite.

Berbalik pada persoalan yang aku timbulkan di awal tulisan aku tadi. Salahkah berangan-angan? Well, pada akulah, angan-angan tu tak salah. Malah, ia perlu. Tanpa angan-angan, tiada teknologi akan tercipta. Semuanya bermula dengan angan-angan. Tanpa angan-angan, tiada apa yang akan dapat diinovasi. Dengan angan-anganlah baru datang inspirasi dan usaha ke arah merealisasikan angan-angan itu. Tapi, janganlah angan-angan itu melampau batas. Bak lagu Raja Ema, Angan-angan..

Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan

Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan

Apa pun, dalam angan angan, kita kene jugak berpijak di bumi yang nyata. Biarkan angan-angan itu menjadi pencetus semangat dan bukan sekadar angan-angan Mat Jenin...Semoga dengan angan-angan itu, satu hari nanti ia akan membawa kita ke satu ruang yang kita sendiri tak pernah terfikir untuk dikecapi sebelum ini...


Saturday, January 2, 2010

Berlagak Alim?

Salam...

Mmm...pagi pagi lagi nampaknya dah ade orang nak cari pasal dengan aku. Ade lagi orang nak buat kacau kat blog aku. Dia tulis lebih kurang macam ni, "Oi orang yang berlagak alim, kalau kau khatam Quran 100 kali pun tak guna sebab hati kau busuk!" - PERAGUT NYAWA KAU.

Well, kepada orang yang bertanggungjawab dan sangat bersopan santun tu, aku nak tanya beberapa soalan.

Yang pertamanya, bila masa pulak aku berlagak alim? Setahu aku, memang banyak bende yang aku kene perbaiki lagi. Kalau aku tulis pasal hal amanah, halal haram, khurafat, percaya pada takdir tuhan, semua tu adalah perkara BASIC je. Bukan sampai tahap alim pon. Bende tu semua orang kene tahu dan praktik sebagai Muslim. Bukannya aku tulis aku sembahyang tahajjud setiap malam ke, puasa sunat setiap isnin khamis ke. Sebab aku memang tak mampu buat perkara perkara camtu, sebab aku memang jauh lagi dari tahap alim yang ko cakap tu. Aku hanya tulis perkara yang bagi aku memang BASIC. Sebab aku ni sendiri memang seorang Muslim yang BASIC je. Dan aku tulis sebagai peringatan kepada diri aku sendiri (terutamanya) dan untuk dikongsi dengan orang orang yang baca blog aku jugak. Sebab sbg Muslim kita memang kene saling ingat mengingati. <--Adekah statement BASIC ni pon ko nak kata aku berlagak alim?

Yang keduanya, siapa engkau nak kata hati aku busuk nih? Tuhan ke? yang engkau boleh tahu hati orang tu busuk ke tak? Layakke ko nak bagi judgment yang orang ni berhati busuk dan ko berhati suci murni? Sebusuk busuk hati aku pun, takdelah sampai aku sesuka hati judge orang lain berhati busuk. Dan kalau ko berhati suci murni, kenapa kene guna nick 'Peragut Nyawa Kau' utk cakap aku berlagak alim tu? Guna je la nama betul supaya semua orang tahu siapa yang berhati suci murni macam ko tu.

Terima kasihlah banyak banyak atas statement ko tu. Kerana dengan statement ko mengutuk aku tu, ko dah bagi aku pahala ko secara percuma kat aku. Tak cukup dah pahala? Jangan risau, ko boleh tolong tanggung dosa aku kalau ko keurangan pahala untuk diberi. Terima kasih lagi skali. Kalau ko still rasa macam aku berlagak alim, lantak kau lah. Kita jumpa jugak kat akhirat nanti kan? Kutuklah aku lagi supaya aku senang dapat pahala ko. Aku tak rugi apa apa pon. Kalau ko rasa ko benci dengan statement statement BASIC aku tu, ko jauhkanlah diri dari blog aku. Aku tak pernah suruh ko baca blog aku yang berlagak alim ni. Pergila baca blog-blog yang tak berlagak alim macam yang ko nak.

Sekian terima kasih

Yang benar,
Orang yang berlagak alim.