AMARAN: Apa yang aku tulis ni mungkin akan dianggap poyo,
desperate, ntahpape, or watsoever. It is just an honest person from woman
perspective that maybe nobody ever write such thing before. Oleh itu kalau
korang seorang yang negative, sila berhenti di sini dan jangan teruskan
membaca. Serious. Dan tulisan ni juga bukanlah bertujuan untuk bercerita kepada
sesiapa secara specifik. Aku hanya terpanggil untuk mengupdate blog yang dah
bersawang sangat ni sebab tadi aku terdengar satu statement yang sangat
menyentuh kalbu (-->
ayat novel) sangat…
OK. Bayangkan ada seseorang yang baru korang kenal, usia dah
agak …apa eh? OH ok direct to the point usia dah agak banyak. Maka mungkin akan
jadi dialog seperti ini:
A: Umur u berapa?
B: 32 tahun
A: Dah kahwin?
B: Belum.
A: La, kenapa belum kahwin? Mesti memilih sangat ni…
Dialog cliche kan?
Korang mungkin kata, ala, itu kan menunjukkan kita concern
kat dia? Apa salahnya tanya soalan macam tu? Soalan pasal kawin je kan? Salah
ke?
Fine. Soalan tu memang tak salah pada suatu tahap. Tapi bila
sampai satu tahap, cukuplah sekadar bertanya dah kawin ke belum. Dah ada anak
ke belum. Maksud aku, untuk orang yang masih muda belia boleh la korang tanya soalan
tu. I personally think, we should stop asking ‘Kenapa tak kawin lagi’ bila
seseorang tu dah mencecah usia 30-an. Enough. Sebab dia dah banyak kali kene tanya
soalan tu. Dan mungkin dia dah takde jawapan untuk dijawab. Sama juga dengan
soalan ‘bila nak dapat anak?’. Aku rasa, cukuplah soalan tu ditanya pada 5
tahun awal perkahwinan je. Kalau lepas tu dia masih tak dapat anak, cukuplah tanya
soalan tu. Simply because we never know what the person have been going through
in his/her life.
Aku bagi contoh jujur apa yang pernah aku lalui. Dah dua
kali bende ni jadi kat aku. Kali terakhir jadi waktu aku pergi umrah baru baru
ni. Ada seorang pakcik ni, kebetulan dia tegur waktu naik lif, bila tau aku
belum kawen, he was like, “OK, Nanti dtg jumpa saya. Kita check. Takut ade ‘bende’
ke…”. Sebelum ni ade jugak seorang so-called ustaz kata ade bende yang ikut aku
buatkan aku berat jodoh. Siap dia describe lagi bende tu mata merah, bla bla
bla…Aku macam, WTH? Ade ‘bende’? Mengarut!!! Bukan jodoh ni urusan tuhan ke?
Cepat ke lambat ke itu kan dah lama dah tulis. Ni siap describe rupa ‘bende’ tu
lagi. Mana aku tak hangin? Bende bende
tu yg buat aku berat jodoh? Mmg BODOH! (ayat directnya…well, untuk pakcik tu
eventually mmg tak kuasala untuk aku pegi jumpa dia kononnya untuk check kot
kot ade ‘bende’ ikut aku…because aku percaya 0% dgn statement tu).
Why I am so confident those ‘bende’ thing is totally
nonsence? Sebab, perkara ni Tuhan dah bagi jawapan kat aku 10 tahun dulu dan
aku masih ingat sampai sekarang. Waktu tu aku agak kecewa sgt dgn hal hal
cintan cintun ni, sampai serabut sangat. So apa yang aku buat, aku buka Quran
secara random dengan niat minta Tuhan bagi petunjuk. Itu satu petua yg mmg
mujarab. Ketika ada masalah besar yang perlu jawapan segera dari Tuhan, buka
Quran dan InsyaAllah ayat pertama yang korang baca itulah jawapan Tuhan pada
permasalahan korang. So bila waktu frust (kononnya) tu, nak tau ayat apa aku
dapat? Ni dia…
Niscaya Allah akan mengampuni
sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan.
Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan,
kalau kamu mengetahui". – Surah Nuh, Ayat 4.
Mmg aku nangis giler lepas baca ayat tu sebab bende tu kene
direct atas batang hidung aku. Dan aku faham bila Tuhan kata ‘menangguhkan kamu
sampai waktu yang ditentukan’, aku tahu jodoh aku mungkin lambat. Aku expect ‘masa’
yang tuhan bagi mungkin lagi 4-5 tahun. Tapi nampaknya ‘masa’ itu dah sampai 10
tahun. Ye dah 10 tahun dan aku sendiri tak sangka masa tu sampai 10 tahun. Tapi
disebabkan aku dah diberitahu awal awal yang aku ni diberi masa, what can I
say? Terima dan redha, that’s it. So why on earth you should say ada ‘bende’
yang ikut aku menyebabkan aku berat jodoh?! Aku sendiri tak paham apa maksud ‘ketetapan
Allah’ tu. Mungkin mati ke. Tak cakap pasal kawen pon. Siapa tahu. Mati pon
ketetapan jugak.
Tapi apa pon, bagi mereka yg sekapal dengan aku, believe
that whatever had been destined to you is the best for you. Kalau apa yang
korang lalui tak sama macam orang lain, please review back every single thing
in your life. Pernah satu ketika, salah seorang x-opismate aku, pernah sedarkan
aku. Maksudnya lebih kurang, “Wani, ko sedar tak? Ko mungkin tak bertemu jodoh
lagi, tapi ko sedar tak yang tuhan dah banyak bagi ko peluang yang sangat
jarang Dia bagi kat orang lain? “. Aku tersentak. Eh, betullah. Tak perlulah
aku ceritakan apa ‘peluang’ yang sering Tuhan bagi kat aku. Tapi memang betul,
sgt jarang orang seusia aku yang dapat ‘peluang’ itu macam yang aku dapat. Dan
aku sekali sedar, Dia memang Maha Adil. Dia bagi aku ‘peluang’ yang sangat
berharga dan dah berkali kali pulak tu. So, kalau ada sesuatu perkara yang
korang kurang, tentu ada perkara yang dia ‘ganti’ untuk korang. Aku bagi contoh
lain. Korang tengok Siti Nurhaliza. Takde anak lagi kan? Tapi cuba tengok apa
yang tuhan bagi kat dia. Rupa, Harta, Nama. OK fine. Takyah highlight la yang
harta tak dapat gantikan anak or takyah persoal punca rezeki dia. Aku cuma nak
highlight ttg bagaiman Tuhan ‘ganti’ satu nikmat dengan nikmat yang lain. So
why need to be soooooo dukalara mode?
And another mistake is that, janganlah kata orang yang
lambat bertemu jodoh ni as ‘memilih’. What do you know about ‘memilih’? Kalau
aku memilih, aku akan hanya akan terima orang yg betul-betul menepati ciri-ciri
aku utk jadi calon. Meh aku bagi contoh ciri ciri yg aku nak..
1)
Hafaz Quran
2)
Hensem macam pelakon Kamal Adli or Shah Iskandar
3)
Gaji at least 10K sebulan
Ha amek ko…itu ciri ciri yang aku nak. Tapi betul itu yang
aku cari? Of kos la tak kan. Sebab dahla aku sendiri tak hapal Quran, takkan
nak expect aku dapat org hapal Quran. Aku tak secantik Intan Ladyana, takkanla
nak dapat pakwe cam Kamal Adli. Cukupla yang 5 waktu tu cukup, tahu beza baik
buruk, boleh guide aku, sejuk mata memandang, financial takde masalah tak perlu asyik
nak kene pinjam duit orang. Eh, cam banyak pulak….ke? Tapi, sukahati aku la
kan? Apehal pulak korang nak kata aku, dan orang2 yang sekapal dengan aku ni
memilih? Takkan nak main rembat je? Nak suruh aku pilih laki yang sembahyang pon kene suruh? Pastu nanti
bulan bulan aku yang nak kene tanggung belanja umah? Sorry aku taknak involve
sampai camtu kot.
So, kat sini biar aku bagi moral of the story.
1)
Sila jangan tanya ‘kenapa’ belum kawen kepada
orang yang dah 30+.
2)
Sila jangan tanya ‘kenapa’ belum ada anak kepada
orang yang dah kawin lebih 5 tahun tapi belum dapat anak.
3)
Cukup sekadar ‘dah kawen?’ or ‘dah ada anak?’.
Jangan tanya ‘kenapa’.
4)
Stop
thinking nonsense contohnya ‘ada bende’ kat orang yang belum kawin or belum
dapat anak. Its annoying.
5)
Appreciate everything you have, and for every
single thing that you lose, He
definitely replace with other thing that you never realize. Cuma korang mungkin
perlu orang lain sedarkan korang apa nikmat yang Tuhan bagi kat korang tapi
korang tak nmpak. Sebab mmg kita sebagai manusia biasa nampak nikmat pada orang
lain je, lupa apa yang Tuhan pernah bagi kat dia. Oleh itu, selalu muhasabah
diri.
Oklah panjang sangat dahh ni. Sekali lagi aku nak tegaskan,
tulisan ni adalah kisah benar tapi jangan mudah terasa dengan apa yg aku tulis.
Ambil yang keruh buang yang jernih. Angin ape ntah tetiba emo hari ni….update blog panjang berjela…hahahah…ok
semua. Harap bermanfaat. Wassalam.