Sunday, January 10, 2010

Angan-angan...

Salahkah berangan-angan?

Adakah angan-angan itu sia-sia?

Sejauh manakah kita boleh berangan?

Aku masih ingat lagi. Sewaktu aku kecil dulu, sekitar umur aku 4-5 tahun, aku selalu melukis. Dan subjek utama yang aku biasanya lukis adalah Puteri. Mungkin waktu itu aku selalu berangan-angan nak jadi puteri. Bagi aku, puteri dan bidadari adalah sangat cantik dan indah. Aku suka pakaian mereka. Aku ingin jadi seperti mereka. Mak aku pernah framekan lukisan-lukisan aku dengan menggunakan frame kadbod keras yang dia buat sendiri, kemudian diletakkan di ruang tamu. Kelakar pulak bila ingat. Aku cuba cari balik lukisan tu untuk aku scan dan letak dalam blog aku ni, tai tak jumpa. Puas aku menyelongkar setor rumah pun tak jumpa. Mak aku kata dia tak buang lukisan tu. Cuma tak tahu kat mana. Kalau jumpa balik lukisan tu memang best...very nostalgic.

Ada dua lukisan yang aku masih ingat. Satunya lukisan seorang puteri berambut panjang paras pinggang, memakai crown, diberi sekuntum bunga ros oleh seorang putera raja...fullamakkk!!! bayangkan budak berusia 4-5 tahun lukis lukisan camtu. Sebab tu la mak aku framekan lukisan aku tu dan letak kat ruang tamu. Lagi satu, dua orang puteri yang sama jugak, berambut panjang paras pinggang, memakai crown dan skirt kembang, nak tahu dia buat apa? puteri-puteri itu bermain badminton dengan skirt kembangnya, sambil diperhatikan oleh seorang putera raja. Nak tergelak bila aku teringat balik. Dalam kebanyakan lukisan aku, subjek puteri dan putera raja mesti ade.

Mungkin aku begitu teruja nak jadi puteri waktu kecik dulu. Aku ingat lagi, waktu aku kecik dulu, ada sebuah filem lakonan Fauziah Ahmad Daud, berjudul Puteri. Aku punyalah suka scene dia jadi puteri tu. Walaupun aku tak faham dengan jalan ceritanya, aku amat tertunggu-tunggu scene Ogy jadi puteri sebab dah tengok montaj dia macam menarik. Apatah lagi ada asap asap yang seolah olah puteri tu berada di alam bunian.


Inilah pakaian Puteri yang dilakonkan oleh Ogy yang begitu aku kagumi waktu aku kecik dulu...

Waktu di sekolah menengah pulak, nampaknya aku masih sukakan dunia puteri. Aku suka giler filem yang dilakonkan oleh Amy Mastura, Puteri Impian. Sebab aku macam tengok diri aku sendiri bila aku tengok Amy dalam filem tu. Bak kata Chiko Harahap kepada Amy dalam filem tu, 'Awak ni seorang puteri yang gelojoh'. Huhuhu...kalau aku jadi puteri, mesti macam tu perwatakan aku...seorang puteri yang gelojoh dan suka berangan...hahahaha...dan salah satu sebab aku suka citer tu adalah sebab watak Tengku Faizal yang dibawa oleh Hairee Othman. Disebabkan watak tu, aku sangat minat Hairee Othman dulu. Sebab watak Tengku Faizal tu adalah seorang yang sangat gentleman, romantik, soft spoken, ape lagi? Semua la yang aku nak ade pada seorang lelaki. Dia boleh terima Amy walaupun Amy tu hanya seorang gadis kilang, walaupon dalam realiti, mane ade kes camtu? Tapi itula dikatakan dunia khayalan filem. Tapi, memang best giler filem tu!!! Berapa kali ntah aku tengok. Amy berjaya membawa watak puteri comel yang kuat berangan dan gelojoh...huhuhu....


Scene dari Filem Puteri Impian

Sekarang? Well, aku tahu, menyimpan impian menjadi puteri adalah impian yang tak begitu realistik bagi aku. Aku sedar kehidupan sebagai seorang puteri bukanlah seindah yang kita sangkakan. Everything comes with price. Lagipon, manelah aku ade peluang nak jumpa dengan mana-mana putera raja?


Tapi, sebagai menunaikan impian aku sewaktu kecil dulu, aku telah memilih tema 'Angel' waktu aku menghadiri IRIS Blockbuster Nite dulu. Angel, Bidadari, Puteri, kira adik beradik la tu. Cuma yang wajib ada mestilah crown. Itu yang aku nak pakai sangat dari aku kecik. Dan tercapai jugak impian aku sejak aku kecik dulu pada malam tu - 17 December 2009. Thanks to my mum and her friend, aunty Zainon yang bersusah payah siapkan kepak pink yang comel dan tongkat sakti untuk aku pakai time dinner tu! Itulah angan-angan aku sejak kecil yang akhirnya dapat aku tunaikan sewaktu IRIS Blockbuster Nite.

Berbalik pada persoalan yang aku timbulkan di awal tulisan aku tadi. Salahkah berangan-angan? Well, pada akulah, angan-angan tu tak salah. Malah, ia perlu. Tanpa angan-angan, tiada teknologi akan tercipta. Semuanya bermula dengan angan-angan. Tanpa angan-angan, tiada apa yang akan dapat diinovasi. Dengan angan-anganlah baru datang inspirasi dan usaha ke arah merealisasikan angan-angan itu. Tapi, janganlah angan-angan itu melampau batas. Bak lagu Raja Ema, Angan-angan..

Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan

Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan

Apa pun, dalam angan angan, kita kene jugak berpijak di bumi yang nyata. Biarkan angan-angan itu menjadi pencetus semangat dan bukan sekadar angan-angan Mat Jenin...Semoga dengan angan-angan itu, satu hari nanti ia akan membawa kita ke satu ruang yang kita sendiri tak pernah terfikir untuk dikecapi sebelum ini...


Saturday, January 2, 2010

Berlagak Alim?

Salam...

Mmm...pagi pagi lagi nampaknya dah ade orang nak cari pasal dengan aku. Ade lagi orang nak buat kacau kat blog aku. Dia tulis lebih kurang macam ni, "Oi orang yang berlagak alim, kalau kau khatam Quran 100 kali pun tak guna sebab hati kau busuk!" - PERAGUT NYAWA KAU.

Well, kepada orang yang bertanggungjawab dan sangat bersopan santun tu, aku nak tanya beberapa soalan.

Yang pertamanya, bila masa pulak aku berlagak alim? Setahu aku, memang banyak bende yang aku kene perbaiki lagi. Kalau aku tulis pasal hal amanah, halal haram, khurafat, percaya pada takdir tuhan, semua tu adalah perkara BASIC je. Bukan sampai tahap alim pon. Bende tu semua orang kene tahu dan praktik sebagai Muslim. Bukannya aku tulis aku sembahyang tahajjud setiap malam ke, puasa sunat setiap isnin khamis ke. Sebab aku memang tak mampu buat perkara perkara camtu, sebab aku memang jauh lagi dari tahap alim yang ko cakap tu. Aku hanya tulis perkara yang bagi aku memang BASIC. Sebab aku ni sendiri memang seorang Muslim yang BASIC je. Dan aku tulis sebagai peringatan kepada diri aku sendiri (terutamanya) dan untuk dikongsi dengan orang orang yang baca blog aku jugak. Sebab sbg Muslim kita memang kene saling ingat mengingati. <--Adekah statement BASIC ni pon ko nak kata aku berlagak alim?

Yang keduanya, siapa engkau nak kata hati aku busuk nih? Tuhan ke? yang engkau boleh tahu hati orang tu busuk ke tak? Layakke ko nak bagi judgment yang orang ni berhati busuk dan ko berhati suci murni? Sebusuk busuk hati aku pun, takdelah sampai aku sesuka hati judge orang lain berhati busuk. Dan kalau ko berhati suci murni, kenapa kene guna nick 'Peragut Nyawa Kau' utk cakap aku berlagak alim tu? Guna je la nama betul supaya semua orang tahu siapa yang berhati suci murni macam ko tu.

Terima kasihlah banyak banyak atas statement ko tu. Kerana dengan statement ko mengutuk aku tu, ko dah bagi aku pahala ko secara percuma kat aku. Tak cukup dah pahala? Jangan risau, ko boleh tolong tanggung dosa aku kalau ko keurangan pahala untuk diberi. Terima kasih lagi skali. Kalau ko still rasa macam aku berlagak alim, lantak kau lah. Kita jumpa jugak kat akhirat nanti kan? Kutuklah aku lagi supaya aku senang dapat pahala ko. Aku tak rugi apa apa pon. Kalau ko rasa ko benci dengan statement statement BASIC aku tu, ko jauhkanlah diri dari blog aku. Aku tak pernah suruh ko baca blog aku yang berlagak alim ni. Pergila baca blog-blog yang tak berlagak alim macam yang ko nak.

Sekian terima kasih

Yang benar,
Orang yang berlagak alim.