Monday, March 30, 2015

BERHENTI BERTANYA SOALAN FEBERET PLS....



AMARAN:  Apa yang aku tulis ni mungkin akan dianggap poyo, desperate, ntahpape, or watsoever. It is just an honest person from woman perspective that maybe nobody ever write such thing before. Oleh itu kalau korang seorang yang negative, sila berhenti di sini dan jangan teruskan membaca. Serious. Dan tulisan ni juga bukanlah bertujuan untuk bercerita kepada sesiapa secara specifik. Aku hanya terpanggil untuk mengupdate blog yang dah bersawang sangat ni sebab tadi aku terdengar satu statement yang sangat menyentuh kalbu (--> ayat novel) sangat…

OK. Bayangkan ada seseorang yang baru korang kenal, usia dah agak …apa eh? OH ok direct to the point usia dah agak banyak. Maka mungkin akan jadi dialog seperti ini:

A: Umur u berapa?
B: 32 tahun
A: Dah kahwin?
B: Belum.
A: La, kenapa belum kahwin? Mesti memilih sangat ni…

Dialog cliche kan?

Korang mungkin kata, ala, itu kan menunjukkan kita concern kat dia? Apa salahnya tanya soalan macam tu? Soalan pasal kawin je kan? Salah ke?

Fine. Soalan tu memang tak salah pada suatu tahap. Tapi bila sampai satu tahap, cukuplah sekadar bertanya dah kawin ke belum. Dah ada anak ke belum. Maksud aku, untuk orang yang masih muda belia boleh la korang tanya soalan tu. I personally think, we should stop asking ‘Kenapa tak kawin lagi’ bila seseorang tu dah mencecah usia 30-an. Enough. Sebab dia dah banyak kali kene tanya soalan tu. Dan mungkin dia dah takde jawapan untuk dijawab. Sama juga dengan soalan ‘bila nak dapat anak?’. Aku rasa, cukuplah soalan tu ditanya pada 5 tahun awal perkahwinan je. Kalau lepas tu dia masih tak dapat anak, cukuplah tanya soalan tu. Simply because we never know what the person have been going through in his/her life.

Aku bagi contoh jujur apa yang pernah aku lalui. Dah dua kali bende ni jadi kat aku. Kali terakhir jadi waktu aku pergi umrah baru baru ni. Ada seorang pakcik ni, kebetulan dia tegur waktu naik lif, bila tau aku belum kawen, he was like, “OK, Nanti dtg jumpa saya. Kita check. Takut ade ‘bende’ ke…”.  Sebelum ni ade jugak seorang so-called ustaz kata ade bende yang ikut aku buatkan aku berat jodoh. Siap dia describe lagi bende tu mata merah, bla bla bla…Aku macam, WTH? Ade ‘bende’? Mengarut!!! Bukan jodoh ni urusan tuhan ke? Cepat ke lambat ke itu kan dah lama dah tulis. Ni siap describe rupa ‘bende’ tu lagi. Mana aku tak hangin?  Bende bende tu yg buat aku berat jodoh? Mmg BODOH! (ayat directnya…well, untuk pakcik tu eventually mmg tak kuasala untuk aku pegi jumpa dia kononnya untuk check kot kot ade ‘bende’ ikut aku…because aku percaya 0% dgn statement tu).

Why I am so confident those ‘bende’ thing is totally nonsence? Sebab, perkara ni Tuhan dah bagi jawapan kat aku 10 tahun dulu dan aku masih ingat sampai sekarang. Waktu tu aku agak kecewa sgt dgn hal hal cintan cintun ni, sampai serabut sangat. So apa yang aku buat, aku buka Quran secara random dengan niat minta Tuhan bagi petunjuk. Itu satu petua yg mmg mujarab. Ketika ada masalah besar yang perlu jawapan segera dari Tuhan, buka Quran dan InsyaAllah ayat pertama yang korang baca itulah jawapan Tuhan pada permasalahan korang. So bila waktu frust (kononnya) tu, nak tau ayat apa aku dapat? Ni dia…

Niscaya Allah akan mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui". – Surah Nuh, Ayat 4.

Mmg aku nangis giler lepas baca ayat tu sebab bende tu kene direct atas batang hidung aku. Dan aku faham bila Tuhan kata ‘menangguhkan kamu sampai waktu yang ditentukan’, aku tahu jodoh aku mungkin lambat. Aku expect ‘masa’ yang tuhan bagi mungkin lagi 4-5 tahun. Tapi nampaknya ‘masa’ itu dah sampai 10 tahun. Ye dah 10 tahun dan aku sendiri tak sangka masa tu sampai 10 tahun. Tapi disebabkan aku dah diberitahu awal awal yang aku ni diberi masa, what can I say? Terima dan redha, that’s it. So why on earth you should say ada ‘bende’ yang ikut aku menyebabkan aku berat jodoh?! Aku sendiri tak paham apa maksud ‘ketetapan Allah’ tu. Mungkin mati ke. Tak cakap pasal kawen pon. Siapa tahu. Mati pon ketetapan jugak.

Tapi apa pon, bagi mereka yg sekapal dengan aku, believe that whatever had been destined to you is the best for you. Kalau apa yang korang lalui tak sama macam orang lain, please review back every single thing in your life. Pernah satu ketika, salah seorang x-opismate aku, pernah sedarkan aku. Maksudnya lebih kurang, “Wani, ko sedar tak? Ko mungkin tak bertemu jodoh lagi, tapi ko sedar tak yang tuhan dah banyak bagi ko peluang yang sangat jarang Dia bagi kat orang lain? “. Aku tersentak. Eh, betullah. Tak perlulah aku ceritakan apa ‘peluang’ yang sering Tuhan bagi kat aku. Tapi memang betul, sgt jarang orang seusia aku yang dapat ‘peluang’ itu macam yang aku dapat. Dan aku sekali sedar, Dia memang Maha Adil. Dia bagi aku ‘peluang’ yang sangat berharga dan dah berkali kali pulak tu. So, kalau ada sesuatu perkara yang korang kurang, tentu ada perkara yang dia ‘ganti’ untuk korang. Aku bagi contoh lain. Korang tengok Siti Nurhaliza. Takde anak lagi kan? Tapi cuba tengok apa yang tuhan bagi kat dia. Rupa, Harta, Nama. OK fine. Takyah highlight la yang harta tak dapat gantikan anak or takyah persoal punca rezeki dia. Aku cuma nak highlight ttg bagaiman Tuhan ‘ganti’ satu nikmat dengan nikmat yang lain. So why need to be soooooo dukalara mode?

And another mistake is that, janganlah kata orang yang lambat bertemu jodoh ni as ‘memilih’. What do you know about ‘memilih’? Kalau aku memilih, aku akan hanya akan terima orang yg betul-betul menepati ciri-ciri aku utk jadi calon. Meh aku bagi contoh ciri ciri yg aku nak..

1)      Hafaz Quran
2)      Hensem macam pelakon Kamal Adli or Shah Iskandar
3)      Gaji at least 10K sebulan


Ha amek ko…itu ciri ciri yang aku nak. Tapi betul itu yang aku cari? Of kos la tak kan. Sebab dahla aku sendiri tak hapal Quran, takkan nak expect aku dapat org hapal Quran. Aku tak secantik Intan Ladyana, takkanla nak dapat pakwe cam Kamal Adli. Cukupla yang 5 waktu tu cukup, tahu beza baik buruk, boleh guide aku, sejuk mata memandang, financial takde masalah tak perlu asyik nak kene pinjam duit orang. Eh, cam banyak pulak….ke? Tapi, sukahati aku la kan? Apehal pulak korang nak kata aku, dan orang2 yang sekapal dengan aku ni memilih? Takkan nak main rembat je? Nak suruh aku pilih laki yang sembahyang pon kene suruh? Pastu nanti bulan bulan aku yang nak kene tanggung belanja umah? Sorry aku taknak involve sampai camtu kot.

So, kat sini biar aku bagi moral of the story.
1)      Sila jangan tanya ‘kenapa’ belum kawen kepada orang yang dah 30+.
2)      Sila jangan tanya ‘kenapa’ belum ada anak kepada orang yang dah kawin lebih 5 tahun tapi belum dapat anak.
3)      Cukup sekadar ‘dah kawen?’ or ‘dah ada anak?’. Jangan tanya ‘kenapa’.
4)       Stop thinking nonsense contohnya ‘ada bende’ kat orang yang belum kawin or belum dapat anak. Its annoying.
5)      Appreciate everything you have, and for every single thing  that you lose, He definitely replace with other thing that you never realize. Cuma korang mungkin perlu orang lain sedarkan korang apa nikmat yang Tuhan bagi kat korang tapi korang tak nmpak. Sebab mmg kita sebagai manusia biasa nampak nikmat pada orang lain je, lupa apa yang Tuhan pernah bagi kat dia. Oleh itu, selalu muhasabah diri.

Oklah panjang sangat dahh ni. Sekali lagi aku nak tegaskan, tulisan ni adalah kisah benar tapi jangan mudah terasa dengan apa yg aku tulis. Ambil yang keruh buang yang jernih. Angin ape ntah tetiba emo hari ni….update blog panjang berjela…hahahah…ok semua. Harap bermanfaat. Wassalam.









2 comments:

  1. Sabar ya amar(rasanya dulu mmg saya panggil awak amar kan...)... huhu... betullah tu.. Allah sll ganti sesuatu dalam setiap kekurangan yg kita rasa tu.. tuduhan memilih sangat tu yg tak tahan dengar kan..logik.. mestilah, kena pertimbang sbb nak hidup sebilik.. syurga neraka kita dgnnya, apa lagi kita ni perempuan ,senang sangat jadi calon ahli neraka.. biarlah mrk tak faham.. tetaplah bertabah.. semoga Allah mudahkan jodoh yg baik2 dunia hingga akhirat utk amar dan mrk yg seangkatan yg berusaha terima takdir Allah dgn sesabar mungkin.. semua ni dah tertulis di mahfuz berpuluh ribu tahun sblm kita dilahirkan kedunia lagi.. Allah Maha Tahu, kita mampu menempuh takdir berat ini... wala haula wala quwwata illa billah.. Barakallahu fik ya Amar Hazwani..Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad kama solai ta'ala sayyidina Ibrahim wa 'ala sayyidina Ibrahim, wabarik 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad kama barak ta'ala sayyidina Ibrahim wa 'ala sayyidina Ibrahim fil 'alamin na-innaka hamidun majid....Amin Ya Allah.. tabahlah & senyum sll ok.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Thanks nova! well, saya okay je, sebab mcm yg saya tulis, saya dah 'diberitahu' pasal perkara ni 10 tahun dulu...cuma harap posting ni bagi kesedaran ttg tak payahla tanya pasal urusan Tuhan...yg penting teruskan berdoa... :)

    ReplyDelete