Tuesday, September 8, 2009

Akibat Degil Tak Bersahur

Kisah ini memang menjadi pengajaran paling bermakna buat aku. Pada hari Khamis terakhir aku di Makkah, tiba-tiba aku rasa malas sangat nak sahur. Berat sangat nak buka mata. Berkali kali mak aku kejutkan aku tapi aku taknak bangun. Aku hanya bangun untuk minum air zam zam dan makan ubat aku. Pastu tidur balik. Mak aku bising, tapi still aku refuse untuk sahur. Tak tahulah kenapa liat sangat. Sampai mak aku buatkan roti sapu peanut butter dan buatkan teh untuk aku paksa aku sahur. Aku pun paksa la diri aku habiskan roti dan minum air teh tu, tapi dok bebel jugakla apsal la mak aku kejut aku sebab aku tengah ngantuk giler. Tak taula angin ape yang datang sampai membuatkan aku malas sangat nak sahur hari tu.

Lepas Subuh, aku dan mak aku pun bersiap untuk buat umrah. Kami memang biasanya buat umrah waktu pagi, sebab pagi tak ramai orang sangat dan tak berapa panas. Tapi bila nak buat umrah hari tu, lepas berniat dan nak buat tawaf, suddenly I feel like so tired. Sebelum ni umrah aku yang pertama je yang letih. Umrah kedua sampai ke 6 so far Alhmdulillah, aku dah regain energy. Tetiba bila nak buat umrah ketujuh ni, aku jadi letih even before tawaf lagi. Tak tahu kenapa. Cuma aku terasa ni sebab merungut rungut time sahur tadi la ni. Memang hari tu seksa sangat aku nak habiskan umrah. Even solat sunat tawaf pun aku buat dalam keadaan duduk. Lepas solat tawaf, aku tidur dulu kat masjid dalam sejam, pastu baru sambung sa’ie. Nak buat sa’ie pun, Astaghafirullah! Asyik kene berhenti je sebab tak larat. Memang bagi aku, aku boleh rasa sangat bende ni semua balasan Tuhan kat aku ni. Aku menyesal sangat sebab merungut rungut time sahur tadi, tapi still aku tak dapat regain energy aku. Aku taknak sambung umrah ni lepas buka puasa, sebab yang pertamanya, masa lepas maghrib terlalu singkat, nanti lepas tu orang terus bersiap untuk Isya dan solat Tarawikh, lagipun bagi aku, susah nak jaga pantang larang Ihram lama lama. Tu yang aku nak settlekan jugak umrah aku supaya boleh lepas dari pantang larang Ihram.

Lepas sembahyang Zohor, bila sampai hotel, aku terus collapse. Kaki lenguh giler. Aku dah kata kat mak aku, ‘Mak, Asar ni wangi sembahyang kat bilik…tak larat nak pergi masjid dah’. Mujur mak aku faham. Dia pun suruh rehat. Dia tanya nak buka puasa ke? Tapi bagi aku, aku kene kuat. Memang aku letih macam dah nyawa-nyawa ikan dah, tapi aku rasa takde la sampai ‘tercabut roh’ kot disebabkan puasa, Insya Allah. Takkanla datang ke Tanah Suci tak puasa pulak. Tapi ada sorang makcik kat bilik aku yang keluarkan statement yang cukup mengguris perasaan aku, ‘Tu yang tak betul tu, pergi umrah sampai tak pergi masjid’. Astaghfirullahal ‘Azim! Aku dahlah tengah sakit, nak gugur jantung aku degar statement dia! Ada banyak hujjah aku nak counter balik sebenarnya, tapi aku diamkan aje. Yang pertamanya, dia tahu ke bagaimana keadaan aku sekarang? Dia ingat aku ni sakit sakit manje ke sakit mengade ngade? Aku takde tenaga rasa macam dah separuh nyawa nak kluar. Dia boleh cakap macam tu? Apa yang berlaku ni bagi aku balasan bagi apa yang berlaku waktu sahur tadi, tapi janganla sampai dia pulak kene balasan tuhan atas statement dia tu. Kat Makkah ni memang tak boleh salah cakap. Salah cakap je, siap la...Yang keduanya, betulke solat di masjid tu lebih utama dari buat umrah? Bende ni aku tanya gak kat mak aku, mak aku sebelah aku. Dia kata, ‘Kalau tak buat umrah pun tak betul jugak, sebab kat sini je kita boleh buat umrah. Tempat lain mana boleh’. Memang la sembahyang di Masjidil Haram tu pahalanya besar, tapi aku tak berniat nak tinggalkan solat di Masjidil Haram kerana nak buat Umrah. Macam yang aku kata tadi, aku start rasa letih bila nak start tawaf. Kalau sebelum niat umrah aku dah rasa letih, takdela aku paksa diri. Dan yang ketiganya, aku tinggalkan solat jemaah di Masjid tu sebab nak pertahankan puasa aku. Aku tak berani jamin yang aku takkan pengsan dalam perjalanan aku ke Masjid sebab aku memang berjalan dalam bilik pun dah terbongkok-bongkok dah. Jadi kalau kerana nak buat solat di Masjidil Haram tapi terpaksa mengorbankan puasa, mana lebih afdhal? Lagipun bukanla aku tinggalkan solat fardhu, aku still solat, cuma bukan kat masjid je. Dalam bilik. Itu pun jadi isu ke? Itulah kadang kadang kalau kita tak faham keadaan orang, lebih baik jangan bercakap. Kalau nak bagi pendapat pun janganlah sampai nak guris hati orang...

No comments:

Post a Comment