Tuesday, September 8, 2009

Tiba di Makkah

Keesokannya, aku dan jemaah group aku dijadualkan ke Makkah. Sebelum menuju ke Makkah, aku dan mak mak aku telah sekali lagi melawat makam baginda Rasulullah S.A.W untuk mengucapkan selamat tinggal kepada baginda. Antara doa aku, semoga kunjungan ini bukanlah kunjungan aku yang terakhir kepada baginda. Sejak aku kecil dan sejak pertama kali menunaikan umrah, itulah doa yang sering mak aku pesan supaya aku titipkan setiap kali aku datang melawat baginda. Dan aku turut dokan supaya sahabat-sahabat aku turut dijemput melawat baginda. Itulah doa aku buat kawan-kawan aku, semoga masing-masing dapat menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti.

Selesai ziarah selamat tinggal, kami pun menuju ke Makkah. Kami singgah di Bir Ali untuk berniat Ihram. Perjalanan ke Makkah menaiki van mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami tiba lebih kurang jam 2 petang. Selepas meletakkan beg di bilik hotel, kami pun bergerak untuk memulakan tawaf Qudum (Tawaf selamat datang). Ya Allah! Masanya pukul 2.30 petang, cuacanya, memang panas! Waktu umrah pertama ni aku memang lembik giler, dahla puasa, panas pulak tu. Ada orang kata puasa kat Makkah tak lapar, well, mungkin tak lapar, cuma aku takde tenaga betul time tu. Agaknye sebab sahur tadi makan tak banyak kot. Ye la, nak makan banyak macam mana, dah tak lalu? Tapi akhirnya Alhamdulillah dapat jugak aku habiskan umrah pertama aku dengan perlahan-lahan dalam jam 5.30 pm. Aku dan mak aku tak balik hotel. Kami terus tunggu waktu Maghrib dalam pukul 6.45pm. Untuk puasa pertama kami di Makkah, aku dan mak aku dapat kurma, roti, air teh, dan air zam-zam. Perggghhhhh!!!! Sekali lagi aku rasa betapa nikmatnya airzam-zam yang sejuk itu dimakan bersama kurma dan roti setelah lama menuggu. Memang mengagumkan, kurma dan air zam-zam dah cukup time buka puasa samaada di Madinah atau Makkah. Di Malaysia? Aku tabikla kalau ada orang boleh buat camtu. Aku mengaku aku memang tak boleh. Kene makan kenyang dulu baru solat. Kalau tak, teringat-ingat ke makanan atas meja tu. Di sini, mungkin yang menyebabkan cukup tu adalah sebab keberkatannya. Dan aura yang dirasai apabila kita lihat berjuta-juta umat Islam berbuka puasa bersama kita, sama ada di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi. Pernahkah kita terfikir, itulah perhimpunan berbuka puasa terbesar bagi umat Islam seluruh dunia setiap hari di bulan Ramadhan? Bagi aku, disitulah keberkatannya.

Dan sudah semestinya pelbagai ragam manusia dapat dilihat di Tanah Suci. Antara yang paling ketara adalah waktu nak berbuka puasa. Hampir setiap kali waktu berbuka puasa di masjid, aku dan mak aku akan nampak jenis jenis manusia yang suka ‘mengumpul’. Mengumpul apa? Mengumpul kurma yang diedarkan secara percuma. Ada yang kumpul sampai penuh beg dia berisi kurma. Nak buat berniaga kurma ke apa hajjah? Biasanya makan tiga biji kurma dan air zamzam pun dah cukup, tapi ada jenis orang yang sanggup berjalan jalan untuk cari orang yang edarkan kurma dan lepas tu sorokkan kurma-kurma yang telah dikumpul dalam beg besar dia. Isk isk isk, macam macam! Kat sana memang ramai orang sedekah makanan berbuka puasa, bukan pihak masjid je. Orang biasa macam kita pun boleh. Kalau rasa nak buat kebajikan, beli la kurma ke, kismis ke, buat air teh ke, atau apa saja, then edarkan pada jemaah lain. Tak semestinya banyak.

No comments:

Post a Comment