Tuesday, September 8, 2009

Peristiwa di Taman Syurga!

Biasanya dalam trip umrah aku sebelum ni, travel agency akan menetapkan untuk jemaah stay kat Madinah selama 5-6 hari. Tapi kali ni hanya untuk 2 malam je di Madinah. Kenapa? Sebab ini bulan Ramadhan, so they arrange us to stay longer at Makkah supaya boleh buat umrah lebih kerap. Biasanya bulan Ramadhan, jarang orang dapat boleh buat umrah lebih dari sekali sehari. Sebab tu lah masa kami di Madinah disingkatkan, supaya kami tetap dapat buat umrah semampu mana yang mungkin di Makkah nanti.

Selepas waktu Zohor, aku dan ibu aku menuju ke salah satu bahagian di Masjid Nabawi yang dinamakan Raudhah. Raudhah terletak berhadapan dengan Makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Raudhah ni sebenarnya adalah kawasan yang akan dinaikkan oleh Allah S.W.T menjadi salah satu Kebun Syurga di akhirat kelak. Kawasannya lebih kurang sebesar sebuah bilik darjah waktu kita sekolah dulu. Perempuan dan lelaki diperuntukkan masa tertentu untuk ke Raudhah. Maksudnya, pada satu-satu masa Raudhah tu hanya akan dibuka pada jemaah lelaki atau jemaah perempuan sahaja. Tapi masa yang diperuntukkan untuk jemaah lelaki lebih lagi, sebab Raudhah tu memang berada dalam kawasan solat Muslimin.

Masuk Raudhah? Waktu aku masuk, punyalah sesak! Bila dibuka saja pintu Raudhah tu, orang terus berpusu-pusu lari ke arah Raudhah. Kali ni, aku nampak Raudhah lebih sesak dari yang pernah aku lalui sebelum ni. Aku boleh kata kesesakannya ibarat, kalau korang pernah pergi PC Fair, Raudhah tu 3 kali lebih sesak dari PC Fair! Bukan setakat sesak, orang tolak-menolak, marah-marah dengan orang yang duduk lama, pukul pun ada. Jangan heran kalau ada orang tengah sujud, tiba-tiba ada jemaah lain langkah atau even duduk atas kepala orang yang sedang sujud tu. Dalam keadaan macam tu, aku hanya sempat solat 2 rakaat dalam jangkamasa 45 saat. Memang mak aku pesan suruh cepat dan pantas. Masa nak keluar Raudhah pun, bukannya aku menyelit, tapi aku biarkan diri aku dibawak arus ditolak orang ke pintu keluar. Begitulah keadaannya.

Aku pun masa di Raudhah, tak teringat pulak untuk doa apa apa untuk diri aku atau sampaikan doa kawan-kawan yang ada kirim doa kat aku, sebab aku memang tak boleh concentrate time tu. Aku hanya mampu memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah ke sekalian kalinya Tuhan mengizinkan aku untuk menjejakkan kaki dan sujud di kawasan yang bakal menjadi kebun syurga itu. Di Raudhah ni jugaklah jemaah jemaah mengucapkan dan menyampaikan salam kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat sebab makam baginda terletak di hadapan Raudhah. Ini satu yang aku terfikir. Untuk pengetahuan korang, sepanjang pemergian aku, hanya dua orang yang mintak aku sampaikan salam pada baginda Rasulullah S.A.W, iaitu ayah aku dan boss aku. Aku just terfikir, kenapa hanya dua orang yang mintak aku sampaikan salam pada baginda? Bukankah jika kita memberi atau sampaikan salam orang lain di makam baginda, baginda akan menjawab salam kita, walaupun kita tak dengar. Bukankah ketika baginda hampir wafat, baginda tetap sebut ‘Ummati! Ummati! Ummati!’ kerana terlalu kasihnya baginda pada umatnya. Tapi berapa ramai antara kita yang benar-benar ingat pada baginda? Kenapa hanya dua orang yang mintak aku sampaikan salam pada baginda? Benarkah kita betul-betul menyayangi baginda sepetimana yang sering kita ucapkan? Something to ponder about….

OKlah…berbalik pada Raudhah. Sebaik sahaja aku berjaya keluar dari kesesakan Raudhah, aku tersedar sesuatu! Beg galas aku tercicir!!! Ya Allah! Ye lah, dalam keadaan sesak macam tu, mana la nak sedar beg galas aku tercicir. Dahlah semua duit aku ada dalam tu. Tak belanja apa apa lagi sejak dari Malaysia. Ada 400 riyal, lebih kurang RM400 la. Aku dah risau dah, macam mana aku nak teruskan hidup di tanah suci ni? Even nak buat umrah nanti pun bila nak ke miqat kene bayar tambang bas jugak. Aku terus bagitau mak aku, dan mak aku ambik tindakan pantas untuk masuk balik Raudhah cari beg galas aku. Aku nak ikut, tapi mak aku tak kasi. Agaknya dia tak sampai hati tengok aku separuh penyek masuk Raudhah tadi kot. Dua kali aku kata nak ikut, tapi mak aku larang. Mak aku kata biar dia masuk sorang. Aku pun tunggu je la. Kat luar Raudhah aku doala semoga tak jadi pape kat mak aku masa dia masuk Raudhah tu. Bagi aku, aku yakin sangat beg tu masih berada di Raudhah, orang takkan ambik. Ye la, berani ke amik barang dari kebun syurga yang terletak berhadapan dengan makan Rasulullah? Kalau berani memang nak kene ‘panah petir’ la tu. Cuma persoalannya macam mana nak bawak beg tu keluar dalam keadaan yang sesak tu. Aku niatkan, ‘Ya Allah, kalau benar duit itu hak aku dan aku dapatkan dengan cara yang halal, tolonglah pulangkan duit itu padaku untuk aku sambung perjuanganku di tanah suci nanti untuk beribadat kepadaMu. Namun sekiranya semua ini adalah ujian dariMu, aku redha duit itu tinggal di taman syurga ini. Moga dengan adanya duit aku di taman syurga ini, satu hari nanti aku akan dapat kembali ke sana di alam yang lain nanti’. Aku tak tahu kenapa, tapi aku terlalu yakin aku akan dapat balik beg galas aku tu. Bagi aku, kalau pun aku tak jumpa beg tu di Madinah, by miracle I will found my very same bag again at Makkah without loosing even a single cent. Itula instinct aku...

Setelah lebih kurang 10 minit, aku nampak mak aku keluar dari Raudhah. Tapi…nampaknya beg galas aku takde ditangannya. Waktu tu aku menitiskan air mata jugakla, bukan pasal nilai duit tu, tapi fikirkan macam mana aku nak survive lepas ni. Mak aku suruh tengok jemaah-jemaah lain yang keluar dari Raudhah, kalau-kalau ada yang bawak keluar beg tu.

And eventually a miracle does happen! Ada seorang hajjah, dari India agaknya, tiba-tiba melihat ke arah aku dan menunjukkan ke arah beg yang sangat aku kenal…beg aku! Aku dan mak aku pergi ke arahnya. Dia menunjukkan tag nama aku yang ada aku simpan sekali dalam beg galas tu, tag nama yang ada gambar aku, dan dia seolah-olah memberitahu yang dia tahu ini beg aku sebab ada gambar aku pada tag nama yang aku simpan dalam beg tu. Aku terharu sangat waktu tu, sambil kata ‘Syukran!’ kat hajjah tu. Aku cium tangan dia, mak aku siap peluk dia lagi sebab tanda terima kasih kerana bersikap jujur pulangkan beg yang berisi 400 riyal tu...

Itulah antara peristiwa yang betul-betul buat aku terharu di Madinah. Bagi aku, semuanya adalah ujian dan bukti kebesaran tuhan. Aku sendiri tak tahu kenapa dalam beg kosong yang aku letakkan duit 400 riyal semata-mata, aku turut meletakkan tag nama aku. Aku tak berniat pun untuk meletakkan tag nama tu in case kalau hilang, sebab aku tak pernah terfikir beg tu akan tercicir. I just don’t know why I put it there. Itulah dia, kadangkala kita tak akan tahu kenapa secara tak sengaja kita buat sesuatu perkara tu. Rupa-rupanya aku letakkan tag nama itu supaya bag itu dapat dipulangkan kembali pada aku. Betapa agungnya segala yang Tuhan telah aturkan! Walau apa pun, aku doakan semoga hajjah yang pulangkan beg aku tadi diberkati dan hanya Tuhan yang mampu balas budi baik dia…..dan bila terjadi perkara perkara begini di tanah suci, kita sebagai manusia akan terfikir, "Betulkan yang aku jumpa tadi adalah 'manusia'?". Hanya Allah yang Maha Mengetahui....

No comments:

Post a Comment