Tuesday, September 8, 2009

Selamat Tinggal Baitullah!

Pejam celik pejam celik, akhirnya masa untuk aku pulang ke tanah air dah tiba. Penerbangan aku dijadualkan pada hari jumaat, 4.40 pm waktu jeddah dan dijadualkan tiba di Malaysia pada hari Sabtu sekitar jam 2.00 pm. Mujurlah aku dah bertambah sihat dari semalam, walaupun sahur tadi pun rasa macam nak demam je. Start dari semalam, aku dah start kene selesema dan batuk batuk. Isk, bukan H1N1 la, insyaAllah! Rasanye pasal perubahan cuaca. Cuaca kat sana panas, dalam bilik aircond sejuk giler, pastu banyak minum air sejuk. Air zamzam pun minum yang sejuk punyer.

Alhmadulillah, aku berjaya melakukan 7 kali umrah untuk trip kali ni. Mak aku lagi best, dia dapat buat 8 kali. Semasa tawaf wida’ (Tawaf selamat tinggal), memang terasa sayu betul. Aku tengok Kaabah puas puas. Entah bila aku akan dapat mengunjunginya kembali. Sambil tawaf, aku kembali berdoa. Doa buat yang ke sekian kalinya sebelum melangkah pergi dari bumi bertuah ini. Ada 4 perkara yang aku doakan, dan pada tawaf wida’ ni jugak sekali lagi aku sampaikan doa kawan-kawan yang minta aku panjatkan doa di sana.

Kepulangan aku dan mak aku setelah tawaf wida’ diiringi angin yang bertiup sejuk sekali. Cuaca sangat indah pagi tu. Akhirnya aku dan jemaah group aku meneruskan perjalanan menuju ke Jeddah, Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiada apa yang menarik tentang perjalanan balik ni. Aku dan mak aku akhirnya tiba di KLIA pada hari Sabtu jam 2.20 pm. Disambut oleh ayah, adik, dan ibu saudaraku.

And here I am at Malaysia. By the time I am writing this blog, aku sedang MC dua hari. Semalam waktu pegi keje pun pakai mask kat office sebab batuk dan selesema agak teruk. Tapi Alhamdulillah dah beransur kurang sekarang. Mesti diorang risau tengok aku dok batuk dan selesema semalam. So to my officemate, jangan risau! Wani bukan kene H1N1 la….huhhuhuhu!

Apa yang boleh aku katakan, trip umrah Ramadhan aku hari tu memang cukup bermakna. Tapi aku rasa mungkin lepas ni aku kene simpan duit untuk haji pulak. Asyik pegi umrah je tapi tak pernah buat haji tak kene jugak. Cuma aku tak aim buat haji sekarang, mungkin bila dah kawin and I think I am physically and mentally strong, okla kot pegi haji. Kalau tak, sape nak jaga aku?

Oklah...itu saje yang sempat aku kongsikan dengan semua. Maaf kalau ada apa apa yang aku tulis ni yang mengguris perasaan, sebab aku hanya manusia biasa yang tak terlepas dari membuat kesilapan. Aku harap segala apa yang aku tulis ni akan membangkitkan keinginan pembaca-pembaca blog ini untuk ke sana. InsyaAllah, pengalaman di Tanah Suci akan menjadi kenangan terindah bagi setiap orang Islam yang pernah menjejakkan kaki ke sana.

2 comments:

  1. cerita wani ni membuatkan akak x sbar nk ke sana...tp seriusly memerlukan fizikal dan mental yang kuat be4 nk pegi...mcm2 dugaan sama ade kita sedar atau tak...how i wish i could go there one day...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, mmg itu yang wani harapkan kak sheeda...insyaAllah nanti sampai jugak...wani pun dah panjatkan doa semoga sahabat2 wani pun akan sampai ke sana...insyaAllah...

    ReplyDelete