Monday, December 28, 2009

Mak Esah oh Mak Esah!!!

Salam,

Posting aku kali ni aku nak bercerita tentang ‘Mak Esah’ dan ‘Tok Moh’. Mak Esah dan Tok Moh yang aku maksudkan bukanlah nama sebenar. Sekadar simbolik kepada orang-orang yang bergelar bomoh dan mereka-mereka yang mengamalkan ilmu hitam.

Inilah Mak Esah yang aku maksudkan...(sekadar gambar hiasan)


Pagi semalam, masa aku tengah lepak dalam kereta sambil menunggu pukul 8 sebelum masuk ke ofis, aku dengarla siran radio HotFM. Then adelah sedutan panggilan Hot Jam. Topiknya adalah mengenai ‘Petua’. Caller tu cakap, dia nak bagi petua mudah bersalin. Nak tau apa dia cakap? “Ni petua ‘mak esah ni’. Kalau nak mudah bersalin, bangun pagi merangkak 3 kali, lepas tu kalau banyak dosa dengan suami, pagi pagi bangun hisap ibu jari kaki suami. Mak saya amalkan ni, dan mudah dia bersalin bila dia lahirkan keempat-empat anak dia’.



'Isap ibu jari kaki? Macam ni ke?'



Astaghfirullah! Aku beristighfar panjang……

Ade beberapa isu yang aku nak kupas disini.

Pertamanya, petua tu sendiri nampak macam pelik dan menakutkan. Hisap ibu jari kaki suami? Isk isk isk. Yang aku pernah dengar, kalau nak mudah bersalin, kene mintak maaf banyak banyak kat suami. Mintak dia maafkan segala dosa. Dan juga mintak maaf kat orang-orang lain macam family dan kawan-kawan. Ni kenapa nak mengamalkan petua mak esah yang mengarut tu? Petua tu takkan beri apa apa manfaat atau mudarat. Hanya setan yang akan tergelak besar melihat anak adam itu mengikut petua mak esah tu.



"Kah Kah Kah! Bodohnya manusia ini ikut saje apa yang aku cakap. Padahal aku tipu dia je!". Puas hati setan-setan tu!!


Keduanya, nampak tak petua tu akan menjauhkan diri manusia daripada menjadi baik? Sebab kalau dah banyak dosa dengan suami tu, caranya mintak maaf je. Ni ape ke jadah pi hisap ibu jari kaki dia? Petua tu akan menyebabkan para isteri itu tak perlu mintak maaf pada suami. Sebab bagi mereka, ‘Apa susah? Kalau aku buat salah pon nanti aku isap la ibu jari kaki dia!’

Ketiganya, bila dia mengatakan dengan sebab petua tu mak dia mudah bersalin, bagi aku itu dah lari akidah dah. Petua (yang baik) hanyalah sekadar usaha, selebihnya ketentuan Tuhan. Hakikatnya, bukan petua tu yang menyebabkan mak dia mudah bersalin.

Mengamalkan petua-petua sebenarnya tidak salah, asalkan bukan yang sampai memesongkan akidah. Ada pendengar lain bagi petua kalau sakit tengkuk bangun tidur, jemur bantal yang digunakan masa tidur tadi tengah panas. Bagi aku petua macam tu takde masalah untuk diamalkan. Walaupun aku rasa sebenarnya semuanya adalah berkaitan dengan psikologi semata-mata. Bila kita jemur bantal tu tengah panas, minda kita akan berkata yang kita nak tengkuk kita baik, dan sedang berusaha ke arah itu. Sistem imuniti akan bertindak dengan membantu menyembuhkan sakit tengkuk tadi. Bukanla pasal bantal tu. Aku rasa la. Sebab apala kaitan bantal tu lagi dengan tengkuk kita bila kita dah tak tidur atasnya?




Mungkinkah salah seorang penghuni rumah ni sedang mengalami kesakitan tengkuk?



Lagi satu, contohnya dalam kepercayaan terhadap suatu perkara akan mengakibatkan satu perkara. Contohnya waktu aku skolah rendah dulu, aku slalu dengar, tak boleh amik gambar 3 orang sekali. Kalau amik gambar 3 orang skali nanti salah seorang daripada yang dalam gambar tu akan mati. Aku yang waktu tu belom pon mencapai tahap cukup umur, percaya la cakap kawan-kawan tu. Dan semakin hari bila difikirkan barulah nampak yang bende ni semua tak logik. Tak logik tu takpe, tapi kepercayaan ni pon melibatkan akidah. Sebab ajal maut ditangan tuhan, bukan bergantung pada gambar yang diambil. Ade lagi ke orang percaya dengan bende camni? Harap-harap taklah….


Alhamdulillah, setakat ni aku, Lini, dan Wennie masih lagi bernyawa...jadi tak betolla amik gambo 3 orang tu, sorang akan mati kan?

So the moral of the story is, dalam setiap kepercayaan dan petua yang kita amalkan, cuba renung-renung balik samaada ianya bercanggah dengan syara’. Jangan sampai kita tergolong dalam orang yang syirik. Na’uzubillah… jangan sampai kita meminta tolong dengan Mak Esah dan Tok Moh …Kalaulah ada antara korang yang ‘ter’kawan dengan Mak esah atau Tok Moh ni, masih belum terlambat untuk pulang ke pangkal jalan. Dan bagi yang tak pernah ‘kawan’ dengan mereka, tak payahlah nak cuba cuba kawan…takut nanti sampai mati hidup tak tenang...

3 comments:

  1. ADUHHH SIS SAKIT GIGI LA

    ReplyDelete
  2. mira, better you treat this patient quickly. believe me he's a handsome guy...haahahahah!!

    ReplyDelete