Tuesday, January 22, 2013

Mimpi bertemu Rasulullah S.A.W

Anda pernah berniat untuk bermimpi berjumpa dengan Rasulullah?

"Mimpi bertemu Nabi? Tak pernah terfikir pulak...sebab manalah aku layak nak mimpi jumpa Nabi...aku orang biasa je...amalan pun tak banyak..."

Mungkin itulah jawapan yang paling banyak diberi jika ditanya samaada kita pernah berniat untuk bermimpi bertemu dengan baginda S.A.W. Malah, secara jujurnya, itulah jawapan yang mungkin saya sendiri akan berikan jika soalan ini diajukan kepada saya satu ketika dulu.

Jadi tujuan saya menulis ini adalah untuk membetulkan persepsi tentang niat untuk bertemu baginda Rasulullah S.A.W dalam mimpi. Kenapa? Sebab ramai yang menyangka, hanya orang orang yang soleh akan berpeluang bermimpi bertemu dengan baginda, maka kita sebagai orang biasa takkan terpasang niat untuk bermimpi bertemu dengan baginda kerana bagi kita ia mustahil...sangat mustahil...dan kita takkan pernah berusaha untuk mencapai sesuatu yang minda kita kata mustahil. Dalam kata lain, buat apa nak berharap? Takkan dapat punya kalau amalan sikit!

Sebenarnya memasang niat untuk bermimpi bertemu Nabi tu tak salah, malah bagi saya, setiap orang Islam MESTI memasang niat untuk bertemu baginda, walaupun kita hanya orang biasa yang tak banyak pun amalannya, walaupun kita hanya orang biasa yang tidaklah tersimpan 30 juzuk AlQuran dalam hati. Bagaimana kita nak kata kita benar benar sayang baginda jika tidak ada langsung satu ruang di hati kita untuk menemui orang yang sangat kita cintai? Logikkah kita kata kita benar benar mencintai seseorang jika kita tidak pernah terfikir untuk selalu bertemu dengannya walaupun hanya dalam mimpi? 

Sekitar tahun lepas, saya telah menonton satu klip dari youtube, kisah pengalaman Dato Haron Din bermimpi bertemu dengan baginda Nabi S.A.W.


Ketika menonton klip tersebut, berjurai jurai air mata saya menitis memikirkan bertuahnya sesiapa yang dapat bertemu dengan baginda, melihat keindahan wajah baginda, mendengar suara baginda, walaupun hanya dalam mimpi. Ada juga saya terbaca kisah salah seorang bekas pelajar UIA, Syamimi, yang bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Baginda siap panggil nama "Ya Syamimi" lagi. Subhanallah! Betapa baginda mengenal umatnya! 

Dan ketika itu, saya cuba mula menanam impian untuk turut bertemu baginda dalam mimpi. Mengapa perlu tunggu untuk bertemu baginda di Akhirat? Cubalah bertemu dengan baginda sejak dari dunia lagi. Namun, saya juga sedar dimana tahap amalan saya. Tapi tiba tiba terrdetik dalam hati saya, ada satu cara sebenarnya bagi orang biasa macam kita untuk bertemu baginda dalam mimpi. Iaitu dengan mengharapkan rahmat Allah.

Rahmat Allah. Apa itu rahmat Allah? Rahmat Allah adalah umpama pemberian Allah kepada makhlukNya. Kita sebagai umat Islam, wajib percaya yang rahmat Allah itu Maha Luas. Allah boleh memberikan rahmatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, samaada orang itu baik atau  jahat, Islam atau kafir. Luasnya rahmat Allah itu tiadalah batasannya, dan kita wajib percaya akan Dialah Tuhan yang memberi Rahmat. Jika Allah ingin memberi rahmat kepada makhlukNya, tiada siapa yang boleh menghalang dan mempersoalkannya.

Jadi, apa kaitan mimpi bertemu dengan Nabi tadi dengan rahmat Allah? Perkaitannya adalah, kita minta pada Allah untuk bertemu dengan Nabi atas rahmatNya semata-mata. Sungguhpun kita hanya orang biasa, bukanlah alim ulama apatah lagi wali Allah, kita boleh memohon padaNya untuk menemukan kita dengan kekasihNya atas dasar rahmatNya. Ya, saya akan bold kan perkataan Rahmat Allah sebab itulah yang saya nak tekankan dalam tulisan saya kali ni.

Kita hendaklah yakin kepada rahmat Allah dan sentiasa berusaha menanamkan rasa rindu untuk bertemu baginda. Yakin bermaksud, jangan terlintas dalam pemikiran kita, "Ala, siapalah aku untuk mimpi bertemu Nabi"...ya, memang hakikatnya kita hanya manusia biasa. Tapi, seperti yang diutarakan tadi, kita bukan minta bertemu nabi atas dasar siapa kita, bukan atas dasar amalan kita, tapi kita minta bertemu dengan Nabi atas dasar Rahmat Allah. Jika kita tidak yakin besarnya rahmat Allah, yang mana Allah boleh kurniakan kepada sesiapa sahaja untuk bertemu kekasihNya, maka memang tiadalah peluang untuk kita bertemu baginda Nabi S.A.W. Itu perkara yang paling penting. Yakin pada Rahmat Allah yang Maha Luas.

Minta jugalah kepada Tuhan untuk bertemu dengan Nabi atas dasar kasihNya Rasulullah kepada kita, dan atas dasar kasih kita kepada baginda S.A.W. Rasulullah benar benar sayangkan umatnya melebihi kasih sayang kita kepada dirinya. Begitu besar kasih sayang baginda kepada kita, dan atas dasar itu juga kita pohon pada Allah untuk bertemu baginda. Cuba selami sirah Rasulullah dan fahami betapa kasihnya baginda kepada kita.

Untuk menguatkan lagi doa, sekiranya anda berada di Tanah Suci, contohnya di Kaabah atau Raudhah, mintalah untuk bertemu dengan baginda demi keberkatan Kaabah dan Raudhah. Sangat berkat juga jika doa ini dipanjatkan di makam baginda S.A.W, kerana baginda sememangnya sedang berada dihadapan kita ketika itu. Mintalah Allah bukakan hijab antara kita dengan Nabi S.A.W. Percaya bahawa Allah dan Nabi mendengar permintaan kita itu. Dan percaya bahawa doa itu akan dimakbulkan. Betapa ruginya saya sebab sebelum ini ketika saya ke Tanah Suci, tiada langsung pernah terlintas di fikiran saya untuk mohon bermimpi bertemu dengan baginda. Kerana ketika itu, mentaliti saya dah set yang hanya orang soleh dan para wali yang layak mendapat mimpi bertemu baginda. Dalam kata lain, tak tercapai akal untuk bertemu baginda dalam mimpi. Buang mind set begini! Percaya pada rahmat Allah yang sesiapa pun, malah orang kafir pun, boleh bertemu dengan Rasulullah atas rahmatNya, atau untuk memberi hidayah.





Oleh itu, mulai hari ini, marilah kita sama-sama menanamkan azam untuk bertemu dengan baginda dalam mimpi kita. Biar siapapun kita, meskipun diri kita banyak berdosa, tanamlah azam itu dan usahakanlah, kerana peluang itu masih ada. Kerana Rahmat Allah itu mengatasi kemurkaanNya. Tingkatkanlah juga amalan kita seiring dengan impian kita untuk bertemu Nabi S.A.W.

Alangkah indahnya jika setiap kali kita mendengar nama Nabi S.A.W disebutkan, kita sudah dapat bayangkan wajah baginda yang indah. 

Alangkah indahnya jika dalam mimpi kita bertemu baginda, baginda menyebut dan memanggil nama kita. 

Alangkah indahnya jika kita dapat menatap senyuman baginda. 

Ya, baginda sebenarnya masih hidup, dalam jiwa umat yang benar benar menyayanginya. Marilah kita bertemu dengan baginda bukan sahaja di Akhirat kelak, malah di dunia ini lagi.

Saya tahu, ada pembaca yang akan bertanya, "Jadi anda sendiri sebagai penulis dah mimpi bertemu nabi ke?". Samaada soalan itu ditanya dengan niat yang baik atau untuk mempersendakan. Secara jujurnya, saya memang belum berpeluang menemui baginda dalam mimpi. "Jadi, kenapa share bende yang belum tentu berkesan? Sendiri belum mimpi jumpa nabi dah nak bagi petua macam mana nak mimpi jumpa nabi?"...Ya, biar saya jawab dulu. Tulisan saya bukanlah petua untuk mimpi bertemu nabi. Tulisan saya ni lebih kepada ingin mengajak para pembaca Muslim untuk sama sama memasang niat untuk bertemu baginda S.A.W. Dan apa yang saya tulis adalah langkah langkah yang saya fikir wajar saya ambil dan amalkan untuk mencapai impian saya. Sharing is caring. Seandainya ada yang berjaya menemui baginda S.A.W berdasarkan tulisan saya ni, atau sekurang kurangnya anda mula memasang niat untuk bertemu baginda setelah membaca artikel ini, saya amatlah berbesar hati. Kita sama sama MESTI berusaha (bukan sekadar harus berusaha) untuk bertemu baginda sedaya upaya mungkin.

Akhir kata, seandainya ade kesilapan dalam tulisan ini, mohon diperbetulkan dengan hikmah. Jika hendak komen, mohon komen dengan hikmah juga, sebab tulisan ni bukan menceritakan tentang orang sembarangan, tapi tentang baginda Rasulullah S.A.W. Semoga tulisan saya memberi manfaat kepada kalian semua...

Wallahu A'lam....   

24 comments:

  1. Assalammualaikum,
    Seribu RAHMAT ALLAH anugerahkan kepada mereka yg sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran.
    Sesungguhnya Nabi kita MUHAMMAD saw amat mencintai umatnya,sehingga saat akhir sebelum kewafatannya,baginda masih lagi menyebut "UMATI, UMATI, UMATI" . Baginda menyebut sebanyak tiga kali. Betapa kasih dan sayangnya RASULULLAH saw kepada kita umatnya .
    Sebagai umat yg mengaku mencintai baginda kita sepatutnya berusaha "merapatkan diri" kepada baginda bagi membalas rasa kasih sayang baginda kepada kita.
    Betul kata Wani pohonlah RAHMAT dari ALLAH supaya kita dapat dipertemukan dgn NABI JUNJUNGAN kita ketika masih didunia ini lagi. Sandarkan seribu harapan kepada RAHMAT ALLAH agar NABI MUHAMMAD saw hadhir dlm mimpi kita. Itu ikhtiar kita utk bertemu NABI saw.
    Terima kasih Wani kerana memberi saranan berdoa di RAUDHAH dan BAITULLAH. Kebetulan saya akan kesana dlm waktu terdekat ini. Pastinya saya akan pohonkan RAHMAT NYA agar disempurnakan impian saya utk "berjumpa" dgn RASULLAH saw sejak sekian lama. Sentiasa berdoa kerana saya insan yg tak punya apa-apa.


    WALLAHUA'ALAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Ya, saya benar benar berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembacanya. Seandainya saya sendiri masih belum ditakdirkan untuk bertemu baginda, saya berharap adalah antara pembaca disini yg berpeluang bertemu baginda. Kebetulan, saya pun akan bertolak ke tanah suci 7feb 2013 ni...Pengharapan yang menggunung tinggi. Bagi saya, saya bukan melawat makam baginda. Tapi saya melawat baginda. Semoga kita dan umat Islam lain diberi rahmat Allah untuk bertemu baginda dalam mimpi kita...insyaAllah...

      Delete
    2. assalamualaikum..hadith ttg sahihnya Rasulullah s.a.w menyebut ummati,ummati,ummati adalah maudhu'..boleh cari link ataupun belajar dgn bertalaqi..

      Delete
  2. assalamualaikum,

    saya ingin berkongsi mimpi, tetapi masih mencari kesahihan mimpi tersebut. dalam mimpi tersebut saya membahagi-bahagikan makanan kepada tetamu (mungkin) dan ada tetamu yg dtg kemudian tidak dapat di agihkan makanan tersebut kerana sudah habis.

    kemudian saya mengetuk pintu bilik dah seorang insan keluar dari bilik tersebut dengan memakai pakaian serba putih dan sedang membetulkan kopiah yg baru disarungkan di kepala.

    saya mengadu yg makanan yg diagihkan tidak cukup. insan tersebut betanya adakah dari manakah hasil makanan tersebut. saya menjawab ada seseorang yg menyedekahkannya. kemudian insan tersebut berkata-kata tidak apa2..

    masih kesahihan mimpi tersebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahu A'lam...
      Allah jualah yg mengetahui maksudnya... :)

      Delete
  3. Salam..saya pernah bermimpi nabi muhammad..dan jibril memperkenalkan bahawa itu adalah muhammad..saya bukanlah seorang yg sempurna dan banyak kelemahan....namun saya memilih untuk bertunang pd maulud nabi dan berkahwin selepas setahun juga pada maulud nabi..saya juga suka mengikut sunnah nabi spt saya akan amalkan apa yang nabi suka...spt makan madu, susu kambing, dll...sy juga mmpunyai 2 anak lelaki yang diberikan nama awal muhammad kerana cinta sy pd muhammad...setiap thn sy akan menyambut ulangtahun pkahwinan pd hari maulud dan bukan kalendar barat...wallahualam....

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum waramatullahi wabarakatu wahai saudara2 ku islam yng ku cintai dan kukasihi...subahanallah maha suci allah.....allah huma solih ala saidina muhammad ya allah cucurilah rahmat atas nabi kami penghulu kami junjunggan kami nabi muhammad saw kedudukan yng tertinggi dan terpuji berserta keluarga dan sahabat sahabat nya ya allah.....beruntung dan berbahagia lah orang2 yng bermimpi dan bertemu dengan nabi yng mulia nabi muhammad saw...seandainya ada hamba allah yng paling penakut dan lemah d muka bumi ini aku lah orang nya...hanya 3 tmpat d dunia ini yng ingin ku pergi...mekah,masjid nabawi dan masjid al aqsa.....dan makam nabi ku yng mulia nabi mihammad saw..allah hu akbar

    ReplyDelete
  5. bolehkah syaitan meniru suara Nabi Muhammad S.A.W dlm mimpi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini adalah pandangan peribadi saya:

      Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang syatan tidak akan dapat menyerupai baginda dalam mimpi. Sama skali tidak akan dapat menyerupainya.

      Tapi bagi kita umat akhir zaman ni, yang tak pernah berjumpa Rasulullah S.A.W, syaitan akan cuba memperdayakan kita dengan menyerupai seseorang yang bukan nabi, tapi mengaku dirinya sebagai nabi.

      Jadi bagaimana kita sebagai umat akhir zaman ni nak tahu, jika kita ade mimpi seseorang mengaku sbagai Rasulullah itu adalah benar benar Rasulullah atau hanyalah syaitan yang mengaku dirinya sebagai nabi sebab kita sendiri tak pernah bertemu baginda ketika hidupnya?

      1) Tanya pada ulama'. Terangkan tentang fizikal orang tersebut dan keadaan mimpi yang anda alami. Mungkin mereka boleh memberi pendapat samaada benar atau tidak yang anda mimpi itu adalah nabi atau tidak

      2) Kenali fizikal nabi S.A.W secara mendalam. Boleh baca buku seperti Syamail Muhammadiah karangan Imam Tirmidzi. Jika yang anda mimpi tidak seperti fizikal dan karektor yang diterangkan, maka itu bukanlah Rasulullah. Contohnya, dalam buku Syamail ada menyebut Rasulullah adalah seorang yang tidak terlalu kurus dan tidak gemuk. Jadi jika orang yang anda mimpi mengaku nabi itu terlalu kurus atau gemuk, sudah tentulah itu bukan nabi S.A.W.

      3) Jika anda mimpi seorang yang menjengkelkan, contohnya berpakaian ala-ala tarzan tapi mengaku dia adalah nabi, atau seorang yang memakai baju kod dengan neck-tie dan mengaku dia adalah Rasulullah, maka itu juga sudah semestinya bukan Rasulullah S.A.W.

      Wallahu A'lam itu saja yang saya dapat kongsikan berdasarkan pengalaman saya yang cetek ini.

      Delete
  6. sy suka cakap pasal mimpi.. korang selaluka mimpi.. dpt beza mimpi benar.. mimpi gangguan dari sytn.. mimpi hayalan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya, kalau benar yang dimimpikan oleh seseorang itu benar benar Rasulullah, dia tidak akan dapat melupakan mimpinya. Sungguh baginda adalah manusia paling indah pernah dijadikan Allah S.W.T. Jadi saya percaya orang yang dapat bermimpi berjumpa baginda tidak akan dapat melupakan baginda, dan akan selalu menangis kerana merindukan baginda setelah berjumpa baginda dalam mimpi. Pada pendapat saya jika dia dapat merasakan perasaan itu, mungkin benarlah yang dimimpikan adalah baginda S.A.W. Wallahu Alam...

      Delete
    2. Alhamdulillah. Kenikmatan yang Allah SWT pinjamkan sebentar di dalam lena. Alhamdulillah.

      Mengingati Baginda sahaja membuatkan hati sangat sebak. Ya Allah.

      Delete
  7. Mimpi jumpa rasullullah... sy pun pernah...
    Buat apa nakkecoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon jaga peradaban terutama bila bercakap tentang kekasih Allah. Wallahu Alam.

      Delete
    2. Yg penting janggan jual nama Rasullullah.
      nauzubillahhiminzalik.

      Delete
    3. Salam,

      Sudah pastinya saudara/saudari juga menyayangi rasulullah seperti yang lain. Agama mengajar kita supaya bersangka baik dan dari pandangan saya kisah berjumpa nabi ini patut diwar-warkan bagi meningkatkan kecintaan kita kepada nabi muhammad s.a.w. dan juga taqwa kepada rabbul jalil.

      Selain memasang niat mungkin juga ada amalan lain yang dilakukan membolehkan kita berjumpa nabi dengan izin allah. Itu berkongsi ilmu. Tentang jual nama rasullullah dari segi ini tidak pula saya nampak niatnya sebegitu.

      Delete
    4. Salam,

      Sudah pastinya saudara/saudari juga menyayangi rasulullah seperti yang lain. Agama mengajar kita supaya bersangka baik dan dari pandangan saya kisah berjumpa nabi ini patut diwar-warkan bagi meningkatkan kecintaan kita kepada nabi muhammad s.a.w. dan juga taqwa kepada rabbul jalil.

      Selain memasang niat mungkin juga ada amalan lain yang dilakukan membolehkan kita berjumpa nabi dengan izin allah. Itu berkongsi ilmu. Tentang jual nama rasullullah dari segi ini tidak pula saya nampak niatnya sebegitu.

      Delete
  8. Assalamualaikum,saya ingin berkongsi dengan saudara saudari sekalian pengalaman saya pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w, pada mulanya saya cuba membaca hadis2 nabi,hati saya mula teringin sangat ingin berjumpa nabi didalam mimpi saya, saya cuba sedaya mampu mengikuti sunahnya dalam kehidupan harian saya, saya pernah berdoa pada Allah sekiranya sebelum saya mati saya ingin sangat bertemu dengan nabi, semoga dapat bertambah iman saya. Alhamdulillah Allah memakbul doa saya. Bila saja ada orang menyebut tentang nabi baik dalam ceramah agama atau dimana saja di dalam media TV, buku dan lain2 saya menitis air mata kerana rindu sangat pada baginda nabi. Sebelum tidur kebiasaannya saya akan mengambil wuduk dan berdoa pada Allah untuk ingin sangat bertemu dengan nabi didalam mimpi, pada 2.6.2013 saya bermimpi keluar dari satu pintu,tiba saya didatangi orang yang tidak dikenali dia memperkenalkan dirinya saidina Hamzah dan akan bawa saya bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika itu saya terdiam lalu mengikutinya kesatu bilik kelihatan baginda nabi sedang duduk diatas suatu tempat, wajahnya bercahaya, saya terus menangis dan bercakap dengan nabi saya amat merinduinya, nabi hanya senyum saja, saya terus pegang betis kaki nabi sambil menangis lalu saya tanya macam mana dengan amalan saya baginda senyum sahaja, bila saya ingin pegang sereban nabi tiba2 keluar cahaya dan terus hilang pandangan nabi tadi, dan saya tersedar dari tidur jam 4.49 pg. Bila sedar saja saya rasa tangan saya betul2 merasai saya baru lepas pegang seseorang. Allahuakhbar saya rasakan mimpi saya sebentartadi seolah-olah saya ada dalam alam yang nyata. Subahanallah siapa yang bermimpi bertemu dengan nabi akan merasai ingin lagi bertemu dengan baginda, indahnya wajah nabi sehinggakan belum pernah lagi saya melihat manusia berwajah seperti baginda. Selepas dari hari itu saya merasai saya mula berubah, saya berhijrah diri saya kearah apa yang Allah perintahkan kepada kita dan meninggal apa yang dilarangNya. Mari lah saudara dan saudari sekalian kita memperbanyakan berselawat keatas baginda nabi s.a.w dan mengikuti sunnahnya, mengikuti perintah Allah dan meninggal apa yang dilarangNya, insyallah kita akan memperoleh kesudahan yang baik iaitu syurga Allah yang di janjikan Allah kepada hambanya yang beriman dan bertakwa, dan sebaik2 jalan kembali menuju Allah di akhirat nanti. Insyallah. Amin.

    ReplyDelete
  9. Salam. Setakat ini 2 anak perempuan saya sudah mimpi Nabi Muhammad saw.
    1. Ketika ini anak saya yg sulung berumur 5 tahun. Dia bermimpi bersama anak kedua saya dan isteri saya berada didepan makam Nabi saw. Isteri saya memberitau anak2 itu Maqam Nabi, maqam Saidina Abubakar ra dan Saidina Umar ra. Anak saya yg tua memanggil2 nama "Nabi Muhammad.." berulang2 kali. Tiba2 dia nampak maqam Nabi saw terbuka, keluar seorang yang memakai kain kapan. Kemudian kain kapan itu terbuka, maka jelaslah wajah org itu sambil memakai jubah berwarna hijau.Anak saya berlari kearah org itu dan memeluknya. Bau nya sungguh wangi sehingga anak saya mengatakan "Baunya seperti org dari luar negeri" (bahasa anak 5 tahun).
    Alhamdulillah sekarang kedua-duanya sudah menjadi hafizah dan sedang belajar agama di Yaman.

    2. Minggu lepas anak saya yg ke 3 bermimpi berada di dalam sebuah apartment bersama semua (4 org) yang bernama Aisyah. 2 kawannya bernama Aishah dan seorang ustazah anak saya bernama Aishah juga. Ada seorang isteri Nabi, Saidina Aisyah berada disitu mengatakan sebentar lagi Nabi saw akan datang. Anak saya berlari masuk bilik sebab ketika itu dia tidak memakai tudung. Kemudian Nabi tiba di apartment itu. Bila anak saya keluar dari bilik dia nampak seorang lelaki berada di situ tetapi nampak bahagian belakang sahaja. Alhamdulillah, anak saya ni pun sudah menghafaz 20 juz alquran.

    Kesimpulannya, usahakanlah supaya memberi nama yng baik kepada anak2 dan didiklah mereka supaya menjadi hafizah alquran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah ke2, Anak saya bernama Aisyah juga..
      so 5 org bernama Aishah di situ.

      Delete
  10. Mimpi saya http://www.deenor.blogspot.my/2014/10/mimpi-itu.html?m=1

    Tapi hingga masih rasa x pasti

    ReplyDelete
  11. Mimpi saya http://www.deenor.blogspot.my/2014/10/mimpi-itu.html?m=1

    Tapi hingga masih rasa x pasti

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, apakah maksud mimpi ini, dalam mimpi ini , saya tiba tiba berhadapan dengan sekumpulan syiah yang ingin bertanyakan soalan dan inginkan jawapan daripada saya, sedangkan ramai lagi orang islam dibelakang saya yg layak untuk berdebat dngn golongan syiah ini. Seterusnya saya berdoa dengan Allah lalu sebak dan menangis, agak dipemudahkan saya untuk menjawap soalan yg akan diberikan dari golongan syiah, soalan yg mereka beri amat pelik sekali menyebabkan saya tidak bisa menjawab soalannya kalau tidak silap ingat apakah batu yang diletakan oleh nabi dalam lima negeri, lalu saya katakan kepada sahabat seislam,apakah kau tahu jawapanya? dia katakan tidak. Lalu golangan syiah yg memberi soalan memberikan jawapan. Sbelum soalan diberi atau sudah soalan dan jawapan diberi, ada seorang yang memceritakan kisah nabi semasa dia masih bayi kepada saya, nabi mana saya pum tidak tahu, tetapi dalam pikiran saya hanya dia munkin menceritakan mengenai Nabi Muhammad ketika kecil.selepas itu terdengarlah bunyi tangisan bayi, tangisannya pelik sekali dengan tangisan bayi normal, tangisanya mrmbuatkan hati kita tenang mashallah. Dalam pikiran saya munkin itu tangisan Nabi Muhammad ketika masih bayi.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...sebelum sy bercerita ttg mimpi sy..suka sy maklumkn..keinginan menceritakan mimpi in bkn btujuan utk riak..sekdar ingin berkongsi kisah..sekiranya mimpi ini tidak bermaksud apa2,sy bdoa moga dilindungi dr hasutan syaitan ttp sekiranya ia benar..semoga Allah merahmati hdp say dn mati dlm husnul khotimah...
    Sepnjag hdp sy sehingga kini,rasanya 2x sy diberi peluang bermimpi tentang rasullah...pertama Kali sy bermimpi berada dlm kereta Dan pada ketika itu sy mbw seorang imam yg sy kenali..ketika itu beliau mbw bsama sesorang..sy btanya siapa ka org tersebut ..beliau menyatakan bahawa org tersebut adalah rasullah.namun sy tidak bernasib utk melihat wajah rasullah...namun selepas tersedar sy bersyukur krn diberi kesemptan bmimpi walaupun hnya sbg pemandu rasullah...
    Mimpi kedua..sy dibw oleh sesorg(xnampk)dlm sebuah kereta..dlm perjlnan tersebut dia menunjukkan sy rumah siti khatijah(istri rasullah)..kelihatan rumahnya spt sebuah masjid putih..berkubah...dlm mimpi tersebut sy hanya dapat mbayangkan perjalnan rasullah dr masjidil Haram ke rumah situ khatijah...membayangkan pjlnan jarak itu..hati say menjadi sayu sekali...
    Kedua2 mimpi itu hanya menyebut nama rasullah dan kngatan terhadap baginra...ttp sy tidak pernah melihat wajah baginda..
    Walaupun sy bukannya seorang wanita soleha..sy berharap kalian dpt mdoakan sy,suatu hari nanti diberi peluang bermimpi dan dpt melihat wajah rasullah...aamiin

    ReplyDelete