Mmm...dah lama aku tak update blog ni...rasa kekok balik untuk menulis...macam mana nak start balik ye?.....oklah aku cuba jugak...
Bulan puasa dah dekat...tinggal tak berapa hari lagi...bermakna dah lebih kurang setahun la kali terakhir aku menjejakkan kaki ke tanah suci...Alhamdulillah...aku masih ingat kenangan dan cabaran aku waktu aku berpuasa di sana tahun lepas...dan memandangkan saban tahun ramai yang akan berangkat ke tanah suci dalam bulan puasa, kat sini aku nak ceritakan serba sedikit do's and donts' bila korang dengar pasal orang nak pergi haji dan umrah yang mungkin tak terlintas di fikiran bagi mereka yang belum sampai ke sana...
1) Kirim doa
Ada seorang sahabat aku pernah bercerita, ade seorang hamba Allah ni bila dengar je orang nak pergi haji dan umrah, dia akan bagi sehelai kertas bertulis doa dan mintak orang doakan dia dan keluarganya depan kaabah nanti. Siap tulis nama penuh satu family. Bila dah banyak kali sangat dia buat camtu, lama lama orang jadi takut nak bagitau dia bila nak ke tanah suci.
Biar aku terangkan perasaan orang yang berangkat ke tanah suci tu. Termasuk apa yang aku rasa sendiri. Tujuan mereka ke sana nak tumpukan beribadat kepada Allah. Tapi bila dikirimkan doa panjang sampai sehelai kertas, serba sedikit ia akan mengganggu tumpuan ibadah tu. Betul. Nampak bende tu macam remeh, baca je depan Kaabah apa susah? Ni bukan soal susah nak baca...tapi, korang pergi sendiri sana baru korang tahu susah tak susah nak baca doa tu. Kalau 4-5 orang suruh baca doa?...sebab tu sampai jiran jiran dah takut nak bagitau hamba Allah tu yg diorang nak berangkat ke tanah suci...
Kirim doa tak salah, cuma biarlah sekadarnya. Yang boleh diingat oleh orang yang dikirim doa tu tanpa perlu merujuk pada kertas. Contohnya waktu aku pergi tahun lepas, salah seorang kawan baik aku waktu tu tengah mengandung hanya mintak aku doakan agar dipermudahkan bersalin...dan aku tak keberatan...dan doa seperti itu tak membebankan aku sebab ianya ringkas dan mudah diingat. Jangan sampai bagi kertas, sebab mungkin orang tu akan rasa seperti satu tanggungjawab pulak, padahal dia harus mendahulukan ibadahnya kepada Tuhan...sungguh, lain perasaan bila berada disana, jangan anggap ianya mudah sebab banyak lagi perkara yang perlu didulukan...Lagipun, kenapa perlu wujud adat mengirim doa ni? Allah berada di mana mana, bukan di Makkah saje, jadi berdoalah sendiri terus kepada Tuhan dimana saje kita berada. Tak perlu minta orang doakan. Dan dah tentu doa yang kita panjatkan sendiri lebih berkat dan lebih dekat dengan Tuhan. Tuhan pun suka hambaNya berdoa sendiri kepadaNya. Wallahu'Alam...
2) Kirim barang
Sama seperti kirim doa, janganlah kirim barang barang yang banyak kepada orang yang nak berangkat ke tanah suci. Jangan ingat 1kg kurma tu tak banyak. Kirim 1kg kurma banyak tu tau! Kene ingat yang orang tu bukan kat Malaysia...dia Musafir! kene travel! Bawak beg berat-berat...dia kene fikir sedara mara dan anak cucu sendiri...kalau nak kirim, cukuplah sekadar kopiah, minyak atar, dan barang barang kecil lain...sebab bukan ada sorang je yang dia nak belikan barang...aku sendiri memang jarang sangat pesan pape barang kat kawan yang travel, sebab kita kene consider keadaan mereka sebagai musafir...tunggu je, kalau ade rezeki anda, adalah barang yang dibelikan oleh mereka untuk anda...
3) Kirim Salam pada Rasulullah S.A.W
Ini sesuatu yang wajar dilakukan. Minta orang yang pergi ke tanah suci tu kirim salam kepada baginda Rasulullah S.A.W. Salam yang diberi di makam baginda insyaAllah dijawab oleh baginda walaupun baginda telah wafat dan kita tak dapat mendengar baginda menjawab salam kita. Moga moga dengan menyampaikan salam tu, kita juga akan di panggil ke tanah suci...Bagi aku perkara ni tak berat, kalau kesuntukan masa, aku akan sampaikan salam secara general, takdelah sebut nama penuh sorang sorang. Kalau sempat dan ingat nama penuh pengirim salam tu, aku sebut, takde masalah...dan aku amat gembira bila orang mintak aku kirimkan salam pada baginda...
4) Bersedekah kepada orang yang hendak berangkat ke Tanah Suci
Satu lagi perkara yang baik. Jika anda dengar seseorang nak ke tanah suci, ringan ringankanlah tangan untuk 'hulur' kepada mereka. InsyaAllah berkat... bak kata mak aku, yang aku masih ingat lagi, tak rugi hulur duit kepada orang yang nak ke tanah suci...sebab kalau orang tu guna duit kita di sana, insyaAllah duit kita yang digunakan di sana tu akan memanggil manggil dan menjemput kita untuk turut sampai ke tanah suci...ye, aku percaya perkara tu...dan ia berlaku depan mata aku bila mak aku sendiri sudah berkali kali berpeluang menjejakkan kaki ke sana...
5) Jangan terasa hati jika tidak diberitahu
Waktu tahun lepas, tak ramai officemate yang tahu aku akan berangkat ke tanah suci. Hanya orang orang terdekat dan yang berurusan dengan aku je yang tahu. Jadi ramai yang terkejut bila dengar aku pergi umrah. Dan ada yang berkecil hati sebab aku tak beritahu mereka...
Actually janganlah berkecil hati bila orang yang nak berangkat ke tanah suci tu tak beritahu keberangkatannya. Macam aku dulu, aku lebih selesa pergi tanpa ramai orang yang tahu sebab taknak la pulak orang kata macam macam. Mulut orang ni macam macam, kalau kita bagitau semua orang ade pulak yang kata berlagak banyak duit la, berlagak alim la, setakat pegi umrah pon nak kecoh, itula inila, macam macam orang boleh cakap.... Serba salah dibuatnya sama ada nak bagitau atau tak. Haiiiiiishhhh....biarlah. Bagitau salah, tak bagitau pon salah...Aku buat cara yang aku rasa selesa je...sebab tu aku low profile je pegi...kadang kadang orang tak paham sebab mereka tak berada di situasi tu...jadi, janganlah kecik hati kalau anda tak diberitahu. Mungkin orang itu hanya nak mengelakkan orang bercakap buruk, atau nak mengelakkan sifat riya' dalam diri...
OKlah...itu saje yang sempat aku coretkan...aku harap coretan aku ni dapat sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada korang sebab perkara ni jarang dibincangkan, tapi ianya hakikat yang perlu diketahui, especially bagi mereka yang belum menjejakkan kaki ke sana...WallahuAlam...
0 comments:
Post a Comment